Pages

29 Oct 2011

Tersirat Di Sebalik Walimah Sahabatku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah selamat sudah sahabatku di ijab kabulkan. Alhamdulillah majlis, segala-galanya lancar. Ada 1-3 teladan yang aku dapat hari ini.

28 Oct 2011

Menarik Tentang Ayahku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ayah? Alhamdulillah, aku masih punya ayah dan ibu. Gelagat ayah hari ini buat aku nak cerita serba sedikit tentang ayah aku. "Im Proud With My Papa."

Life Is Like When We Are Driving A Car

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Once upon a time...pada suatu malam..aku memandu kereta untuk pergi kedai berhampiran. Dalam kegelapan masih aku nampak jelas kerlipan bintang di langit. Daripada side aku, aku tak nampak bulan. Mungkin sebab hujan jadi bulan tidak kelihatan.

19 Oct 2011

New Born of My Kids








tengok gambar nie, aku terfikir, anak kucing yang subhanallah comel nie pun aku tak sampai hati nak kelar apetah lagi bayi yang cukup sifat...mereka sangat comel

alangkah baik sekiranya aku lahir sebagai seekor anak kucing..aku tengok dorang hanya bangun untuk minum susu dan merangkak-rangkak cari susu kat badan ibu dia seterusnya tidur semula..alangkah senangnya hidup mcam tu..takde hisab bila Akhirat nanti..


Selebihnya boleh dilihat dalam Flick album saya:

23 Sept 2011

Jangan Terlalu Cepat Terasa Dengan Sahabat

Aku suka tangkap gambar dengan Danbo sebab  ia mewakili mood yang sedang aku hadapi.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Beberapa bulan yang lalu ketika aku mempunyai perselisihan faham dengan sahabat yang aku sayangi selama beberapa minggu membuatkan aku insaf untuk terlalu terasa dengan sahabat. Mungkin naluri aku sebagai anak bongsu menjadikan aku seorang yang mudah terasa. Kadang-kadang aku muhasabah diri adakah aku menyayangi sahabat kerana Allah kerana kadang kala aku kecik hati dengan mereka, rasa terpinggir, rasa tak layak bersahabat dengan mereka, kadang kala mereka bersahabat dan rapat dengan orang lain pun aku ada secebis perasaan cemburu pada mereka yang tidak patut ada dalam diri aku jika benar aku mencintai sahabat kerana Allah.

Tika Berbicara Tentang Cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kini, sebenarnya aku kurang suka dan tak minat nak cakap pasal cinta. Muak pun ada. Serik? Wallahu alam kerana aku perbetulkan doa aku agar aku tak de perasaan tentang cinta lagi. Benci? kot tetapi kadang-kadang tengok lelaki soleh (kat masjid/surau pakai kopiah, pakai jubah putih) terdetik sebentar hatiku namun aku beristighfar agar tidak menjadi sesuatu yang sia-sia pada diriku tetapi aku rasa nak taip artikel tentang cinta since aku baru lawat blog ala-ala cinta sahabat aku yang insyaAllah akan mendirikan baitul muslim tak lama lagi. Gembira aku untuknya kerana dia merupakan sahabat yang aku sayangi. Mestilah gembira, tak kan nak marah tol tak? :)

18 Sept 2011

Aku...tetapi Aku Tidak Tahu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hatiku kosong, tetapi aku tidak tahu apa yang boleh diisi
Hatiku resah, tetapi aku tidak tahu apa yang diresahkan
Mata ini menangis tetapi aku tidak tahu apa yang dinangiskan
Hati ini sunyi, tetapi aku tidak tahu apa yang boleh menceriakan
Diri ini mencari sesuatu tetapi tidak tahu apa yang dicarikan
Diri ini ingin meluahkan tetapi tidak tahu kepada siapa harus ku luahkan
Aku membuntu seorang diri di kegelapan ruang
Memikir sesuatu tetapi aku tidak tahu apa yang aku fikirkan
Aku buntu, aku buntu, aku buntu

16 Sept 2011

Mulai Mencintai Fotografi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sejak aku memiliki kamera Nikon D3100, aku mula mempelajari teknik fotografi. Mula tengok dan kenal cara-cara jurukamera tangkap gambar. Aku memang suka tangkap gambar namun suka sahaja tak memberi makna apa-apa melainkan mendalami ilmu fotografi. Aku tabik kat Ustaz Azhar Idrus, tangkap gambar pun pakai jubah. Memang style! Malam ni hampir dua jam aku study manual tentang kamera dan baca artikel fotografi. 

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites