Pages

27 Jul 2011

Keletihan Yang Mengisi Hatiku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Sejak aku masuk MSU dan berkenalan dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), di situlah bermulanya kehidupan aku dalam perasaan yang lebih tenang, hati yang terisi dengan satu keajaiban dengan bertemunya aku dengan sahabat sefikrah. Alhamdulillah terima kasih pada Allah yang mempermudah aku untuk berhijrah di jalan-Nya. Daripada hati aku yang kosong dahulu kini sudah terasa diisi dengan sesuatu. Aku tak tahu bagaimana nak ekspresikan perasaan itu cuma kehidupan aku kini sangat berlainan berbanding dahulu. Aku rasa lebih tenang, lebih terisi terutamanya aku berjumpa sahabat-sahabat yang mengajak aku ke arah kebaikan dan bermujahadah di jalan-Nya.Daripada PMI lah aku mula kenal gerakan dakwah, perkataan seperti mujahadah dan sebagainya. 

"Semakin kita belajar semakin kita tahu bahawa kita bodoh sebab banyak benda kita tak tahu"

Kalau dahulu, aku penat, rasa sangat penat tetapi hati aku rasa kosong. Alhamdulillah kini, walaupun aku penat dengan kerja-kerja gerakan dakwah, hati aku rasa sangat berpuas hati. Ada suatu perasaan yang mengagumkan terisi dalam hati aku. Adanya sahabat sefikrah di sisi membuatkan aku terdorong agar bersemangat. Walaupun aku penat tetapi aku gembira dan berpuas hati dapat bersama mereka dalam gerakan dakwah. SANGAT SERONOK untuk membantu! Kepenatan itu biasa tetapi kepenatan dalam perjuangan-Nya sangat berlainan, unik perasaannya. 

Mungkin inilah hikmahnya aku masuk MSU. Kalau dahulu, aku sedih sangat sebab aku tak dapat bersama kawan-kawan di IPTA namun kini aku dapat memahami ketentuan-Nya dan aku sangat menghargainya dengan apa yang aku ada di MSU sekarang terutamanya dapat berjuang bersama sahabat sefikrah yang juga telah memupukkan dalam hati aku bahawa,

"Aku mahu jadi wanita solehah"

Kalau dulu level malu aku kurang, tetapi kini, ia semakin tinggi. Segalanya berkaitan-Nya, aku mula upgrade sedikit demi sedikit. Selain itu, aku mula berfikir tentang persiapan hari Akhirat, kematian, hari Kiamat. Kalau tak sebelum ini aku kurang nak fikirkan semua itu. Sungguh dan sangat hebat hidayah Allah yang telah diserapkan ke dalam diri aku. Terlalu banyak perkara yang telah aku belajar tentang-Nya bermulanya aku berkenalan dan rapat dengan PMI. 

"Syukran katsiran ya Allah. Terima kasih sangat atas hidayah ini. Terima kasih atas sahabat sefikrah yang aku temui. Aku sangat menghargai mereka dalam hidup aku. Kalau ikut hati, aku sedih Allah, aku sedih untuk berpisah dengan mereka. Namun ukhwah ini milik-Mu, kami bertemu kerana-Mu dan kami berpisah juga kerana-Mu. Aku berharap kami akan tetap bersama berjuang di jalan-Mu. Kuatkanlah kami ya Allah, sesungguhnya tiada daya dan kekuatan tanpa pertolongan-Mu. Hanya satu ku pinta, janganlah Kau bolak balikkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk pada kami, dan kurniakanlah kami rahmat-Mu ya Allah"

Kalau dulu, aku terdedah dengan cinta nafsu, cinta manusia hanya kerana manusia tetapi kini, aku ingin menjaga hati ini untuk cinta manusia yang mencintai-Nya agar kami sama-sama berjuang. Inspiring quote daripada kakak kesayangan aku,

"Dalam apa yang kita lakukan kita patut kaitkan dengan agama Allah, Islam sama ada kerjaya, pelajaran atau apa sahaja untuk meneruskan perjuangan membantu agama-Nya kerana di situlah terdapat kebahagiaan dan matlamat hidup yang sebenar yang hakiki atau kita akan 'pergi' dengan hati yang 'kosong'.."

Apa yang aku rancang kini, kerjaya sebagai graphic designer. Aku berazam untuk bekerja dalam ILuvIslam.com sebagai graphic designer. Dengan menggunakan medium 'Unit Media PMI', aku akan meningkatkan skill aku dalam design. Selain itu, aku tergerak dan berniat untuk buka tadika islamik sebagai perniagaan sendiri. Walaupun aku kurang layak menjadi cikgu namun aku berazam untuk dirikan tadika islamik yang akan mendidik generasi-generasi baru yang berhatikan perjuangan Islam yang dalam hatinya dipupuk dengan semangat juang yang tinggi untuk agama Islam. Aku buat semua ini sebab aku tak nak perjuangan aku hanya takat di MSU sahaja, aku perlu merancang untuk perjuangan selepas aku graduate. Sahabat doa-doakannya. ^_^ 

Harus diingat, hari Kiamat yang mengejar kini jangan dilupakan. Banyak tanda-tanda hari Kiamat sudah jelas dan nyata. Jangan kita terlalu sibuk mengejar apa yang dirancang lantas melupakan bekalan ke hari Akhirat. Bulan Ramadhan yang akan menjelang, manfaatkanlah semaksimum mungkin kerana mungkin ianya bulan Ramadhan yang terakhir buat kita. Siapa tahu kita akan mati dalam bulan Ramadhan ini. Jangan terlalu yakin wahai sahabat bahawa kita akan hidup untuk esok hari. Sentiasalah dalam keadaan taat kepada-Nya.

NABI SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya."

Akhirnya, tonton, hayatilah video ini. Lagu 'Selamat Berjuang' oleh Brothers. Selamat Berjuang Sahabatku!


Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites