Pages

14 Jul 2011

Cari Redha Ilahi Di Setiap Kebaikan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah atas 'guide' Allah aku dapat masakkan bubur nasi untuk sahabat dan housemate aku yang kurang sihat. Walau tidak dapat menilai rasanya oleh sebab berpuasa namun aku tidak patut danv berbuka puasa hanya kerana ingin memasak bubur nasi untuk sahabat yang merupakan makhluk Allah yang tidak akan memberikan pertolongan di Akhirat kelak sebaliknya Allah lah yang akan memberi kita pertolongan di Akhirat kelak.

Mendengar sahabat dan melihat housemate aku yang kurang sihat dengan tepekan tampal koyok yang berangin pada dahinya (aku tidak tahu nama dia apa, tetapi bukan tampal koyok untuk sakit sendi. Apetah nama dia. Maaflah ye lupa namanya) memutikkan rasa simpati dalam diri aku untuk membantu apa yang boleh.

Masih teringat lagi hari-hari aku ketika demam panas pada tahun lepas. Adik angkat aku yang juga merupakan kawan serumah sangat menjaga aku. Oleh sebab demam panas, badan aku terlalu berat dan tak larat untuk bangun. Dia ambil tuala, rendamkan dalam gayung dan tuam badan aku agar panasnya dapat berkurang. Terharu pula bila teringatkannya. Walau dia bukan adik kandung aku oleh sebab aku tiada adik, tetapi aku sentiasa ingin jalankan tanggungjawab aku sebagai kakak kandung dia, namun apakan daya. Oleh sebab diri aku yang tidak berkemampuan untuk support dia, dia terpaksa berhenti belajar kerana ketidak-kemampuan keluarganya menyara sara hidup di bandar metropolitan seperti Shah Alam. Aku rasa macam aku gagal untuk laksanakan tanggungjawab aku sebagai kakak dia walau aku bukanlah kakak kandung dia.

Terkenangkan dia yang begitu menjaga aku tika aku demam panas, terharu rasa hati. Rasa bersalah kerana tidak dapat berbakti untuk dia. Bak kata pepatah,
"Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati"
Di kala aku rasa sia-sia apabila aku melakukan kebaikan kerana aku tidak mendapat penghargaan atau ungkapan terima kasih, aku akan fikirkan betapa Allah sentiasa memberi kita nikmat biarpun kita lalai daripada-Nya, betapa Dia sabar menunggu taubat kita namun kita masih dengan dunia sendiri sedangkan Dialah yang memberi pinjaman dunia, oksigen percuma, tubuh badan yang nikmat-Nya terlalu banyak sehingga kita TIDAK AKAN dapat menghitungnya,
Dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), nescaya tiadalah kamu akan dapat menghitung (Surah An Nahl: 18)
Allah sentiasa berbuat baik kepada kita. Kalau Allah jahat, dah lama Dia akan biarkan kita lemas TANPA oksigen. Cubalah kalian renungkan apa akan jadi pada kita kalau Allah hentikan oksigen dalam badan kita hanya selama 3 minit? Pasti terasa keperluan untuk bernafas kerana sentiasalah anda sedar dan berfikir bahawa APA SAHAJA YANG ANDA LAKUKAN ADALAH DENGAN IZIN-NYA.


Anda angkat jari, bergerak sedikit pun adalah dengan izin-Nya.Semua dengan izin-Nya.Jika dunia ini bernilai, tidak akan Allah bagi orang kafir walau seteguk air. Oleh sebab itu, kita patut mengejar Akhirat bukan dunia. Siapkan diri dengan bekalan untuk Akhirat dan yang paling penting adalah kita memohon rahmat Allah diberikan dalam kehidupan kita.


Allahu akbar, dah banyak meleset. Asif (maaf). 


Dengan rasa simpati dan kasih pada mereka, hati didetikkan oleh Allah untuk membuat sesuatu dan Allah bagi idea adalah masakkan bubur. Jadi dengan ke-excited-an, hati melonjak seronok,


"Aku nak masak bubur esok" ..terukir sebuah senyuman


Pada pagi tadi, selepas kelas aku daripada pukul 8-9 pagi tiada aku berehat sebentar di surau sementara menunggu kelas pukup 12-2 petang. Oleh sebab aku tidak mempunyai akses kad ke tingkat rumah sewaku, jadi aku tidak pulang kerana housemateku semua telahpun pergi ke kelas.Setelah lama menunggu dan akhirnya tibanya waktu kelas tengah hari. Singgah sebentar di open lab sebelum pergi ke kelas kerana kelihatan masih awal untuk masuk ke kelas. 


"Data struct hari nie xde kelas ye kengkawan.."


"=.=' la yke, penat aku tunggu.."


Aku geram (sedikit). Bukan apa, kalau aku tahu daripada awal, dah lama aku balik terus ke rumah selepas pukul 9 pagi tadi. Namun atas dasar dambakan cinta Ilahi, aku pasrah dan redha sebab aku fikir,


"Buat apa nak marah, buang masa je. Bukan masa datang balik. Lebih baik manfaatkan masa yang ada daripada aku menyesal fikirkan perkara lalu yang hanya akan merugikan aku pada masa yang tengah berlalu."

Menuju ke Tesco dengan ke-excited-an untuk beli barang masak bubur nasi:- daun sup, kiub ayam, lobak merah. Setelah pulang, aku bertanyakan housemate aku jika mereka ada di rumah. Malangnya mereka ada kelas yang membuatkan kerisauan kerana,

"Camna nak masuk tingkat rumah nanti? Aku dahlah takde akses kad."

Namun hati kecil berbisik..."Allah kan ada, yakinlah pada Allah, Dia kan Maha Berkuasa"

Dengan keyakinan yang aku cuba sematkan ke dalam hati, aku meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Walau hati kurang yakin namun,

"Yakinlah pada Allah, Insyirah kerana Allah adalah apa yang hamba-Nya sangkakan"

Sampainya aku di tingkat rumah, kelihatan seorang lelaki cina yang sama keadaannya dengan aku iaitu, tiada kad akses. Hati bermonolog,

"Tolong aku ya Allah"

Sementara menunggu kalau-kalau ada orang yang mempunyai akses kad keluar daripada lif aku berbual sebentar dengan lelaki itu. Melihatkan telatahnya yang merungut agar ada orang yang buka pintu membuatkan aku hanya tersenyum.

Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, ada lelaki yang mempunyai akses kad keluar daripada lif menyentuh kad pada pengesan kad dan pintu terbuka,

"Terima kasih Allah"

Seperti Allah memberi kelulusan pada aku untuk aku masakkan bubur nasi untuk housemate dan sahabat aku. Berbekalkan ke-excited-an, aku mulakan operasi memasak bubur nasi. Masak nasi atas periuk, potong daun sup dan lobak merah. Aku terlupa nak masak bubur macam mana lantas aku sms housemate aku yang pandai masak (kantoi jarang masak ^^, insyaAllah akan lebih belajar untuk masa akan datang). Dengan panduan yang diberikan, aku laksanakannya. Hati sangat gembira kerana aku dapat memasak bubur nasi untuk mereka yang merupakan bubur nasi pertama yang aku masakkan untuk sahabat yang demam.

Oleh sebab aku puasa, aku masukkan garam ikut rasa yang di'guide' oleh Allah sebab Allah lah yang buat kita pandai masak betul? Jadi Allahlah the best chef, oleh sebab itu aku tanya Allah agar bagi aku instinct berapa yang patut aku masukkan ke dalam bubur itu.

Sekian lama, housemate yang demam, balik.

"Aduh, aku buat bubur untuk dia"

Bukan apa, oleh sebab aku berpuasa, aku ingin minta dia 'edit' bubur tu jika kekurangan rasa dan sebagainya.

"Takpelah, daripada tak sedar, baik aku minta dia edit"

"Kak puasa tak?"

"Tak"

"Saya puasa jadi saya tak tahu apa rasa bubur tu, saya nak minta akak edit"

"Oh, boleh-boleh"

"Aku nak masakkan untuk dia tetapi dia yang edit" ish3

Alhamdulillah siap. Nasib baik sempat siap masak sebelum aku pergi kelas pukul 2 petang. Hati gembira ingin menyampaikan bubur itu ke tangannya, harap sedap dan dia habiskan bubur itu.

"Mesti dia gembira" ...hati tersenyum sendirian

"Terima kasih Allah kerana mempermudah segalanya"


Walau kadang-kadang apa yang aku buat untuk sahabat itu, dia tidak pernah ungkapkan 'terima kasih' dan menyatakan dia hargainya namun semalam aku mendapat tazkirah ringkas tetapi padat.'

"Jangan harapkan balasan makhluk melainkan balasan Allah dan keredhaan Allah. Niatkan lakukan untuk kerana ingin mendapat keredhaan Allah. Walau ikhlas itu susah tetapi kita perlu cari. Sematkan dalam hati agar ikhlas dalam bersahabat walau apa yang kita lakukan. Insyirah niatkan untuk cari keredhaan Ilahi di setiap kebaikan yang Insyirah buat dan yakinlah Allah akan balas setimpal dengannya"

Tazkirah ringkas dan padat itu daripada naqibah yang aku sayangi membuat aku berfikir dan merenung tentangnya. Jadi marilah kita niatkan di dalam hati agar hanya mencari redha Ilahi pada setiap kebaikan yang kita lakukan. Bandingkanlah dengan kebaikan yang Allah berikan pada kita tetapi berapa kali yang kita berterima kasih dan bersyukur kepada-Nya.

Wallahu alam

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites