Pages

9 Sep 2011

Aku Masih Kanak-Kanak Ribena

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Itulah yang aku rasakan saat ini.

"Aku masih kanak-kanak ribena"

Walau usia aku telah mencecah 20 tahun, tetapi aku masih rasa fikiran aku tidak sematang seseorang yang berumur 20 tahun. Malahan, banyak lagi sifat-sifat munafiq yang ada dalam diri aku, sebab itu sekarang aku mula mengamalkan dengar pada alunan Al-Quran bacaan Muhammad Taha Al-Junayd. Itu merupakan video pertama sejak aku 'jatuh hati' pada alunan bacaannya. Sangat menusuk.

Kadang-kadang bacaan Al-Quran tak syok kita dengar tetapi apa yang aku fikir, biarlah jasad aku dimanjakan dengan didengarkan pada alunan bacaan Al-Quran walau nafsu aku memberontak agar aku dimanjakan dengan muzik selain Al-Quran.

Tidak dinafikan aku memang ingin kadang-kadang tukar mood dengar lagu inggeris dan lain-lain tetapi pesan sahabat itu sangat aku hadam. Tiap aku nak buat macam itu aku akan teringat,

"Kalau boleh, elakkan dengar muzik selain Al-Quran"

Then, aku akan putarkan bacaan Al-Quran menjadi hiburan halwa telingaku. 

Kenapa aku cakap aku kanak-kanak ribena? Hmm..sebab aku masih tak sedar diri memikul tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar. Sekarang ini pun, aku banyak main-main tetapi alhamdulillah keputusan peperiksaan pertengahan aku not bad. Sengaja aku tak beritahu ibu, kalau boleh nak buat surprise. Harap keputusan final nanti cambest =D aamiin. Doakan aku ya.

Muak dengan cinta?
Sekarang ini, aku tengok banyak gak topik cinta, apetah lagi kat page kelolaan aku bersama sahabat lain, Ilmi-Islam.com banyak benor post/update tentang cinta. Buat masa ini, aku rasa cam muak pulak, tetapi tak taulah. Rasa cam dah tak de feel dah untuk semua itu. Mungkin Allah dah tutup pintu hati aku untuk jatuh cinta. Biarlah masa menentukan segalanya walau kadang-kadang aku gembira dengar sahabat-sahabatku akan bertunang dan ada juga berkahwin. 

Bagi aku, mereka telah mencapai tahap yang sesuai tetapi tidak bagi aku yang terlalu banyak kelemahan apetah lagi fikiran aku yang masih belom matang a.k.a macam kanak-kanak ribena. Manja? Yes, I am manja dengan sahabat yang pangkat kakak pada aku. 

Sebut pasal akak, aku merindui kak Farhana Azhari. Aku tak tahulah. 

"What on earth"

yang buat dia dah takmo contact aku lagi. Kecewa?? SANGAT! Tetapi aku tak boleh paksa dia kawan dengan aku. Dia berhak memilih siapa yang dia nak kawan tetapi tiada orang yang dapat replace dia. Bila aku ada masalah, i wish i can tell her too beside Allah. Walau zahirnya dia kelihatan biasa, tetapi aku suka cara pemikirannya. Manalah dia? Hmm..syira rindu sangat dengan akak. Akak adalah non-replace of my best sister. 

"Oh Allah, I wish she'll come back to me, listen to my problem, advice me with inspired word"

Semoga dia antara yang baca post aku ini.

"Saya rindu kakak"

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites