Pages

16 Sep 2011

Mulai Mencintai Fotografi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sejak aku memiliki kamera Nikon D3100, aku mula mempelajari teknik fotografi. Mula tengok dan kenal cara-cara jurukamera tangkap gambar. Aku memang suka tangkap gambar namun suka sahaja tak memberi makna apa-apa melainkan mendalami ilmu fotografi. Aku tabik kat Ustaz Azhar Idrus, tangkap gambar pun pakai jubah. Memang style! Malam ni hampir dua jam aku study manual tentang kamera dan baca artikel fotografi. 


"Itulah kuasa apabila kita dah suka sesuatu, pasti kita tahan lama dan tak bosan menghadapnya."

InsyaAllah apabila ilmu fotografi dan skil aku dah semakin mahir, aku akan menjebakkan diri dalam fotografi yang menekankan pengisian rohani, tiap gambar yang aku ambil aku akan letak something, firman Allah atau hadis atau sesuatu kata-kata hikmah yang bermanfaat untuk sama-sama kita renungkan.

Galeri foto boleh dilihat di sini: Al-Insyirah Lensa

Bolehlah tengok-tengok sedikit gambar yang aku ambil. Sedikit je. Tak banyak pun sebab itu je baru yang aku ambil. Sekarang ni, aku fokus pada fotografi nature, potrait, dan Danbo.




Di samping itu, aku impikan aku dapat sahabat sefikrah yang sama kaki dlsr dengan aku. Tengok kawan aku ada member kaki dslr, hati aku pasti bermonolog,

"Alangkah bestnya kalau aku dapat kawan yang ada hobi sama, boleh outing sesame. ya Allah aku impikannya"

Aku juga terfikir kalau-kalau pemilik tulang rusuk aku nanti juga adalah seorang kaki dlsr, nak-nak kalau dia memang dah pro berbanding aku. Syoknya!! Tetapi hati aku mengingatkan,

"Jangan mencari terlalu sempurna"

Asalkan dia sefikrah satu perjuangan dengan aku, aku dah sangat bersyukur sebab aku harap sangat aku dapat keluarga lagi satu yang sama fikrah yang menekankan amalan sebagai seorang muslim dalam kehidupan mereka atau aku akan tersepit buat kali kedua selama-lamanya.

Buat masa ini major aku kenal jurukamera terdiri daripada lelaki, jadi nak tak nak aku kena jugalah rajin bertanya pada mereka namun aku sering mengingatkan diri agar menjaga ikhtilat, semoga Allah beri aku panduan agar tidak melampui batas kerana aku sangat risau. Aaamiin.


Aku nak minta maaf kat sesiapa yang support penulisan aku sehingga ke hari ini kerana aku rasa dah beralih bidang, insyaAllah ada ilham daripada-Nya dan kelapangan aku akan sambung penulisan aku di sini atau di Ilmi-Islam.com. Aku sangat menghargai walau siapa pun anda.

1 comments:

Anonymous said...

salam..cmne nti ambil gmbr bentuk love tue yer..ana pom baru beli nikon d3100..tapi masih baru lagi dlm bdg fotografi ini..mohon tunjuk ajar dr nti.. :)

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites