Pages

10 Mar 2012

Jatuh Bangunku Dalam Perniagaan Internet

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Hari ini setelah aku telefon dan beritahu ibu,

"Ibu, syira buat bisnes, syira dah ada duit sendiri. Jadi ibu tidak perlu risau tentang perbelanjaan syira"

Ada satu ilham syukur menyapa ke dalam hati aku yang membuatkan aku menitiskan air mata. Betapa aku sangat mensyukuri kehidupan yang baru yang lebih positifku ini. Oleh sebab itu, aku rasa terpanggil untuk bercerita kisah kegagalan aku sejak 3 tahun yang lalu. Hakikatnya kegagalan itu adalah kerana diri sendiri yang berfikiran negatif.


Aku mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet sejak April 2009. Masih segar di ingatan ketika itu adalah permulaan aku memulakan bisnes internet sebelum masuk Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Sebelum itu aku mula mengenal perniagaan internet daripada laman web seperti, 


Seterusnya aku mula mengenal forum perniagaan internet No. 1 di Malaysia, Wangcyber.com (WC). Di situ, aku kenal ramai usahawan-usahawan internet, antaranya Jamal Pakar Ebook, Shuth, Founder WC. Di situlah aku mula mengenal niche, dan perkara-perkara asas dalam perniagaan internet. Dalam forum tu, ada banyak usahawan yang pandai pikat pelanggan yang membuat aku menjadikan forum itu sebagai tempat untuk aku shopping ebook untuk bisnes aku, malangnya aku lebih banyak berbelanja daripada mengapply teknik-teknik dalam tu. Tak kurang juga aku membeli software untuk backlink, juga untuk melariskan artikel dan mempromosi produk aku yang rata-ratanya bernilai ratusan ringgit.

Kadang-kadang, aku tak tahu mana aku dapat duit. Ada sahaja duit yang dikeluarkan. Di WC, aku kenal seseorang yang buat servis adsense yang kita duk goyang kaki, dorang buatkan dan kita dapat duit. Namanya F2R RinggitHit. Since masa tu, aku dapat matrik, aku guna duit elaun yang diberikan bernilai RM2,500 untuk dua semester untuk bayar pakej yang F2R offer sebanyak RM1,200. Bila ibu ayah tanya, aku pandai sorokkan =D Ada sahaja alasan aku cakap agar mereka tak dapat hidu apa yang aku buat.

Terus terang, aku mulakan bisnes internet HANYA niat,

"Aku nak bawa ibu aku pergi haji"

Dengan satu-satunya panduan itulah aku mulakan bisnes internet ini. Sebab aku nak sangat tengok ibu aku pergi haji. Walau ibu larang aku dapatkan duit, tetapi aku tetap berdegil. Sebab apa yang aku buat ni aku tahu untuk apa dan aku nak buat sehingga aku berjaya. Masih aku ingat dulu ibu salu cakap bila aku nak buat bisnes internet,

"Tak payahlah tu semua tipu"

Tetapi bila aku tengok orang lain berjaya buat duit dalam WC tu, aku pasti ia bukan menipu. Cuma kerana ibu aku bukan jenis yang surf internet macam aku jadi aku faham kenapa dia cakap macam tu apetah lagi dia pernah berpengalaman ditipu orang tentang duit. Mungkin itu menjadikan dia seseorang yang lebih berhati-hati.

Di situ, aku mula dapat partner bisnes. Aku ingat lagi, bro Mutt, bro Kudus, bro Cipan (nama panggilan dia memang camtu..nama sebenar khairul). Kami buat servis backlink yang akan membolehkan website jadi top 10 in Google untuk certain-certain keyword. Dulu, nama samaran aku bestari atau Amoi. Sebab tu aku buat blog AmoiBestari.blog.com sempena nama aku dalam perniagaan internet.

Kami tak pernah bersua muka namun masih berjaya menjadi satu team yang superb di bawah pimpinan bro Mutt mendapat RM1000++ untuk bisnes kami. Kemudian melalui bro Mutt, aku bertemu dengan sifu-sifu dia yang kebanyakannya adalah 5-6 figure earner melalui online sahaja. Antaranya mereka adalah pemilik kereta Ferrari, Mazda RX-8, ada syarikat kontena..memang background bisnes yang superb. Walaupun mereka kaya tetapi mereka sangat humble, yang paling penting mereka sering menekankan kepada kami semua tentang solat Dhuha, jaga hubungan dengan Allah, bersedekah, banyakkan zikir.

---

Ini antara tips yang sifu bro Mutt bagi:



lailahaillah 6000/9000 kali (ganjilkan bilangan tu kalau boleh atau tanpa had)...
bayangkan kalimah Allah bersabdu sehingga nampak kaler silver keemasan atau emas sepuh di tengah2 dahi antara 2 kening...
niatkan zikir kerana Allah ingat Allah...
sebelum tu tenangkan fikiran.
Semasa zikir fikiran jangan menerawang fikir bukan2... 
zikirkan di hati,dimulut(sirr/secara berbisik) dan diotak... 
zikir jangan sampai terloncat2 macam orang head banging atau tengok konsert...
zikir dengan tenang.
Dalam keadaan wudhuk..dan dah mandi wajib. hasilnya anda sendiri yang akan tahu...macam2 hasilnya...

Jaga amalan Islam dengan baik melebihi korang menjaga diri korang sendiri. Antara yang disyorkan:
o Surah Al-Waqiah setiap malam.
o Surah Al-Mulk setiap malam.
o Surah Yaasin setiap pagi.
o Qiyamullail (dapat 2 rakaat Tahajjud dan 1 rakaat Witir pun dah cukup).
o Istighfar 100x setiap hari.
o Zikir atau tasbih apa-apa yang korang suka 100x hingga 500x setiap hari.
o Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari 100x sehingga 313x atau 500x.
o Solat Dhuha 2 rakaat atau 4 rakaat (nak tambah lagi bagus) setiap pagi kalau mampu.

---

Selama dua tahun aku berkecimpung dalam peniagaan internet GAGAL kerana?? Diri sendiri, aku tidak konsisten untuk fokus dan maintain bidang dalam peniagaan internet. Sebab dalam perniagaan internet ada banyak bidang, adsense, Pay Per Click, Pay Per Lead, PLR dan banyak lagi. Aku kerap ubah bidang yang membuatkan aku tak fokus pada bidang yang aku sedang ceburi sebab itu aku gagal maintain income. 

Aku juga pernah join forex, hangus RM400 macam tu je. Selepas aku tahu tentang keraguan main forex, aku tanpa pandang belakang terus tinggalkan walaupun dan bape ratus aku spend untuk forex hanya kerana aku nak rezeki aku yang aku tak ragu-ragu dan aku yakin ia halal. Aku jenis tak serik dan tak sedar diri dalam melabur dalam perniagaan. Kalau gagal, aku tak give up, malah aku akan terus cari dan mencari mana bidang yang suit dengan aku.

Bro Mutt, bro Kudus sekarang semua dah loss contact, tinggallah aku seorang diri. Mereka semua yang aku tahu sudah pun berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. Ada yang dah buka syarikat sedangkan aku masih terkebil-kebil mencari bidang perniagaan yang suit.

Aku ada langgan newsletter Sinar Niaga bisnes kepunyaan Adly Mukhtar, seorang usahawan internet yang berjaya buat RM10,000 pada usia 17 tahun. Aku nak join main dropship baju muslimah tetapi disebabkan aku tengok yuran bulanan untuk join SN masa tu, aku simpan dulu sebab aku tak yakin aku boleh bayar bulanan walaupun RM20. Adly banyak berikan bukti-bukti kejayaan ahli SN yang berjaya buat duit dengan SN. Mereka dapat jual baju muslimah sehingga mengaut keuntungan RM1000++ sebulan.

Bila aku tengok newsletter bukti kejayaan tu, aku akan cakap pada diri aku,

"orang kaya semakin kaya sedangkan aku??"

Secara tak sengaja, ia memberi momentum negatif dalam diri aku yang membuatkan aku sering mengeluh,

"kenapa aku tak kaya, kenapa aku tak banyak duit"

Tiap bulan aku akan susah hati fikir tentang bayar sewa dan expenses aku. Aku sebenarnya malu nak minta kat ibu bapa walaupun itu tanggungjawab mereka. Apetah lagi aku budak multimedia. Banyak kena masuk pertandingan, training, kursus untuk pemantapan skill multimedia dan banyak juga aktiviti mentoring kena paksa rela masuk =D Nak tak nak kena bayar + bila dah guna duit tu, aku akan berkira-kira nak minta ibu ataupun tahan perut, biar aku berlapar asal aku tak minta duit daripada ibu. Itulah aku.

Kadang-kadang sebab sayangkan sahabat, dan aku nak beri hadiah pada dia, aku sanggup tahan lapar agar aku ada duit nak beli hadiah untuk dia. Itulah aku kalau dah sayang seorang sahabat pada tahap tertinggi. Kalau dia takde duit, aku sanggup bagi duit aku agar dia kekenyangan walau aku kelaparan.


Namun alhamdulillah kini segalanya mula berubah sejak aku beli ebook Rahsia Tarikan yang develop diri aku menjadi seorang yang yakin diri dan sentiasa berfikiran positif, Rahsia Hipnosis pula memberikan impak ketenangan dalam diri aku dengan mendengar audio sebelum aku tidur. Ia membantu memberikan gelombang ketenangan dalam diri aku melalui minda separa sedar ketika aku sedang mendengar audio itu. 

Sejak aku mengamalkan dua sumber di atas, aku mendapati diri aku mula berfikiran positif, bila bangun senyum, jalan dengan yakin walau pakaian aku tak mewah mana tetapi dalam hati sangat bahagia. Rasa positif yang buatkan aku selalu tersenyum dan gembira walaupun ada masalah. Andai ada tohmahan negatif, aku tak mudah melatah dengan marah dan sebagainya sebaliknya aku akan terima dengan hati terbuka dan membuatkan aku memperbaiki diri. Duit yang ada akan aku simpan baik, macam aku caring kepada seseorang agar wang itu selesa dengan aku yang menambahkan tarikan wang pada aku. (baca ebook kalau nak faham). 

Aku mula tulis tentang impian dan kehidupan yang aku nak, aku fikir dan bayangkan tiap hari untuk menarik apa yang aku nak dalam hidup aku. Dalam majalah Jootawan edisi Februari 2012 tentang anak Abang Abu (Jutawan Malaysia) yang menjadi usahawan berjaya seawal umur 9 tahun juga ada mengatakan bahawa sebelum dia berjaya, ayahnya akan menyuruh dia tutup mata dan bayangkan apa yang dia nak. Aku percaya itulah juga salah satu faktor dia menjadi usahawan dan motivator yang berjaya seawal umur 9 tahun.

Yang mana ini menambahkan rasa yakin dalam diri aku bahawa,

"Anda adalah apa yang anda fikirkan"


Antara perkara-perkara positif yang berlaku setelah aku mengamalkan ilmu dalam ebook Rahsia Tarikan dan mendengar audio Rahsia Hipnosis adalah:

1. Ditawarkan menjadi admin Ustazah Pilihan Firuz Akhtar Fan Club - alhamdulillah. Memang aku tak sangka dapat jadi admin fan page dia apabila ditawarkan oleh seseorang admin daripada page ini hanya kerana komen aku di wall page Ustazah Pilihan Firuz. Yang best, aku terus dapat approve jadi 'Friends' dia di profile dia eksklusif sebab aku admin fan page fan club dia =D

2. Dapat 'Friends' dengan srikandi inspirasiku dan menarik orang-orang yang berjaya ke dalam hidup aku. Eksklusif kot sebab mereka adalah kenalan jutaan orang di seluruh Malaysia. Harus rasa excited bila mereka approve aku jadi Friend, secara tak langsung aku dapat merapatkan ukhwah dengan mereka. 

Sebelum tu, aku masih belum dapat friend dengan kak Nur Shahidat tetapi hanya disebabkan komen aku di status dia, dia terus approve. Selain itu, aku mula kenal orang-orang yang berjaya melalui dia iaitu kak Mastura. Selanjutnya: My Positive Life Has Begin.

Aku mula mengenal sis Raghad iaitu seorang wanita muslim di luar negara dan founder Muslim Women Success Coach. Aku suka baca dan dengar webinar yang dianjurkan, sangat inspiring bagi aku yang baru sahaja memulakan hidup ke arah kehidupan yang diingini. Artikelnya pun sangat inspiring tentang mencapai kejayaan dalam kehidupan yang kita inginkan.

3. Ditawarkan menjadi photographer dan videographer untuk pre-wedding dan charity event


 4. Sampel artikel english aku mendapat kelulusan daripada Productive Muslim untuk menulis artikel english pada mereka random time - ingatkan english aku berterabur rupanya masih awesome hehe alhamdulillah. Rasa proud dan gembira juga sebab sampel artikel english yang aku ingat bakal ditendang itu mendapat kelulusan maksudnya english aku masih ok cuma kena keep practice untuk improve grammar and vocabulary.

5. Income bisnes mendapat RM500 hanya dalam 2 minggu - permulaan yang baik ditambah dengan resepi Rahsia Tarikan dan Lubuk Rahsia Dropship


Alhamdulillah. insyaAllah akan berkongsi lebih banyak lagi kejayaan dalam kehidupan aku. Aim aku hanyalah nak bawa ibu dan ayah aku pergi haji yang aku tanggung segala perbelanjaan mereka.


Pemikir positif: Apabila orang lain berkongsi kejayaan, mereka akan jadikan itu motivasi buat mereka untuk berjaya seperti orang itu


Sempena meraikan aku dah ada income sendiri, hari ini aku spend my 1st income beli 3 buah buku. Subhanallah. Aku suka feeling tu. Duit sendiri setelah 3 tahun aku tunggu waktu ini. Jadi, the main factor of your successful is YOURSELF. By the way, aku dah pun beritahu ibu aku yang aku sudah ada income sendiri. It is a great feeling, jadi ibu aku tak perlu bimbang lagi expenses untuk aku lagi.=) Aku gembira, ibu pun pasti senang mendengarnya =)

  • Rahsia Bisnes Isteri Nabi Khadijah
  • Make Today Count by John C Maxwell (aku jumpa versi melayu je, nak cari english tak sempat =D)
  • Magnet Diri oleh Amin Idris

Now I love myself, my business and my life. Alhamdulillah. Mula menyimpan cita-cita menjadi Pakar Psikologi Berfikir Secara Positif =)

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

3 comments:

nurul fatin senyum nyum said...

assalammualakum ukhtiii.. :D hee suke sngt bca blog awk sempoi2.. ;) hmm ukhti skg buat bisnes intrnet lh nie?wahh.. sye tringn jgak nk try.tp takut..sllu blku kes2 pnipuan..

omnia8gb said...

Assalamualaikum.yang ebook duitorangmalas yang cik kata di atas tu cik salah seorang pengguna ke?

Unknown said...

assalamu'alaikum warohmatullah...

sugoiii,,, dunia maya memang bisa di jadiin duit.
tapi, bagaimanakah hukumnya dalam islam, sedangkan sistem perdagangan dalam islam itu ketika barang sudah dilihat aslinya baru di bayar, tapi jika lewat internet, tidak mungkin kita bisa melihat dengan yang real, melaikan hanya sebuah gambar saja...
kusut mode on..
jazakallah

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites