Waktu senja di MSU.subhanallah |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selesai solat Maghrib. Hati terdetik. Sebak. Kepala didongak ke atas memandang langit yang telah senja tetapi masih cantik di pandangan mata.
"Aku rindu dia. Aku rindu kak Amie. Aku rindu kak Ummu"
****
Dalam perjalanan ke kampus untuk kelas petang tadi, aku terdetik lalu mengambil handphone di pokej baju. Pantas jari jemari menari di atas keypad Nokia X2-03. Dah siap. Sent.
"Kedit aku xpired"
Hmm..hati mengeluh.
"Pasti dia sibuk, dia pun sekarang dah tak salu on9 fb, wall post + inbox aku pun dah tak balas. Takpe, harus memahami. Doakan sahaja daripada jauh."
Bila aku rindu dia, pasti aku tengok profile dia + main video Syukur untuk dengar + hayati tazkirah dia. Buat aku menjadi hamba yang bersyukur.
Kak Ummu pula, kali terakhir status dia, "mahu pergi jauh..." tatkala itu terus risau menyapa. Entah kenapa dia. Malam itu juga aku mimpi dia tak ceria dalam mimpi tu. Kadang-kala aku perasan, diri aku mempunyai instinct yang kuat untuk beberapa perkara dan biasanya instinct aku betul. Selepas bangun je daripada tidur daripada mimpi dia yang kurang ceria terus aku bagi sms menyatakan kebimbanganku.
Malangnya dia tak balas tetapi tidak mengapa, papepun aku tahu dia baca. Mungkin kredit dia expired. Cuba berbaik sangka. Doaku dia ok-ok je. Dia pun lebih kurang aku, lebih suka pendam daripada menceritakan masalah kepada orang lain. Moga Allah ceriakan dia untuk aku. Rindu padanya buat aku dengar lagu Hakikat Bahagia - UNIC yang merupakan lagu kegemaran dia. Kadang-kala aku tak sms bukan kerana apa, cuma aku takut sms aku mengganggu dia a.k.a sms datang pada masa yang tak betul
Hari isnin ritu dia datang MSU sayangnya aku tak dapat jumpa dia sebab kondisi kesihatan aku yang tak berapa kuat untuk join program Persatuan Mahasiswa Islam MSU pada malam itu. Keesokan harinya, aku sms untuk bertemu dengannya dengan harapan dia tak balik KL lagi malangnya dia dah balik since dia praktikal sekarang. Hatiku bersedih sebab aku nak sangat jumpa dia.
Dia menjadi kekuatan pada diri ini. Aku nak dakap dia. Bila tengok gambar dia kat program tu tanpa sengaja, air mata aku menitis kerana terlalu ingin + rindukan dia tetapi aku harus redha dengan ketentuan Ilahi yang tidak pertemukan aku dan dia. Mungkin Allah ingin aku menghargai waktu itu kerana "tunggu itu rahmat". Once aku dapat jumpa dia lagi, pasti aku akan lebih menghargai walau sesaat bersamanya.
****Tanpa sengaja aku menangis kerana aku terlalu rindu mereka berdua. Kak Amie pasti sibuk dengan jemputan merata tempatan. Aku nk sms pun serba salah, takut salah timing. Inbox + wall post aku dia dah tak balas lagi. Aku tak kisah pasal tu. Sebab aku terinspirasi dengan kisah Rasulullah SAW dengan pengemis Yahudi yang buta bagaimana Rasulullah SAW terus buat baik pada pengemis itu walau baginda dimaki. Dalam soal ini, aku nak terus sokong kak Amie walau aku mungkin tak dihargai tetapi ini semua mengajar erti ikhlas dalam bersahabat
Kak Ummu. wallahu alam. Hajat di hati nak call dia tetapi entah kenapa diri seperti menurut agar membiarkan dirinya sendiri.
Semoga mereka baik-baik sahaja walau di mana mereka berada.
"Istimewanya seseorang dalam hidupmu adalah betapa istimewanya dia dalam doamu walau tanpa kamu hampir dengannya"
---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
0 comments:
Post a Comment