Pages

8 Mar 2012

Jika Cintai Dia Kerana-Nya, Ini Buktiku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Suatu hari di kala Subuh, aku terlihat bulan yang bercahaya. Saiznya yang besar lebih daripada biasa menimbulkan rasa takut pada hatiku.

"semacam je bulan ni"

Namun cahayanya tatkala itu sangat cantik. Subhanallah.

"Ruginya, aku takde telelens nak tangkap gambar bulan tu. Kalau guna hp pasti tak sama dengan apa yang aku lihat sekarang."


Hampa namun aku merenung ke arah bulan itu. Terus merenung.

"Hari nak kiamat."..hatiku terdetik.

Pada hari Ahad yang lalu, ada konvokesyen berlangsung di kampus. Akan terdetik dalam hatiku,

"Sempatkah aku konvo sebelum aku mati atau hari kiamat? Aku teringin ya Allah, memakai pakaian graduasi itu. Teringin sangat."

Dalam masa yang sama. Aku menghembus nafas.

"Sempatkah aku mendirikan baitul muslim? Entah dengan siapa."

Aku teringatkan dia. Mengeluh.

"Namun aku masih belum bersedia untuk menjadi seorang isteri."

Buat apa aku sibuk memikirkan tentang jodoh andai diri belum bersedia menjadi seorang 'makmum' untuknya.

Aku tak patut walaupun cinta itu fitrah. Seolah-olah melibatkan diri dengan mempunyai perasaan cinta adalah bermaksud aku juga harus mempersiap diri menjadi 'makmum'nya.

Sahabat sejatiku pantas sekali memikirkannya oleh sebab umurnya yang telah sampai waktunya sedangkan aku masih 'kanak-kanak ribena' baru 12 tahun. 


Hadirnya tanpaku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi


Dia datang dan pergi dalam hidupku. Kejap ada dan kejap takde, macam biskut walau satu kampus. Walau ekoran mataku sentiasa mencari tetapi jarang sekali ia menemui dan aku bersyukur kerana Allah menjarakkan kami kerana aku takut aku bermain dengan hatiku sendiri yang akan berdegup tatkala terlihatnya di depan mata, akan ku larikan pandangan ini agar tidak menjadi pandangan kedua yang mengundang dosa.


Dia ada muka buku tetapi sengaja aku tidak mengeaddnya. Aku takut tiap hari selalu stalk yang mana ia mencabar keutuhan hatiku dan lebih melaghakan aku dengan perasaan itu. Walau dia meletakkan gambarnya, kadang-kala suara nakal minta download menjadi tatapan tetapi imanku berperang dan ia menang. Aku menahan diriku daripada memuat turunnya untuk mengelakkan daripada perbuatan lagha yang menjadikan tempatnya di hatiku melebihi tuhanku, Allah.

Kadang-kala kelibat daripada belakang kelihatan sepertinya, namun hampa ketika berada di depannya namun

"Terima kasih ya Allah kerana menjarakkan kami"

Kadang-kala ingin ku luah perasaan ini kepada sahabatku hanya untuk melegakan tetapi biarlah. Hanya Allah yang memahami. Biarlah sampai di sini sahaja aku menyimpan perasaan ini sehinggalah aku bersedia menjadi seorang 'makmum' pada dirinya/pendampingku suatu hari nanti.

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu 
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu 
Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Kau Selamanya...Zulensa...

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites