Pages

5 Mar 2012

Srikandi Inspirasiku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Aku memerhati sejak aku mula menjalankan hidup dengan fikiran positif, banyak yang sudah berubah, antaranya fikiran aku. Kalau dahulu aku sentiasa tanamkan dalam diri bahawa aku tak layak untuk merealisasikan impian aku, sering kali aku mengeluh terutamanya bila takde duit. Aku sering cakap,

"aku tak mampu"
"aku tak kaya"


tetapi sejak aku baca ebook Rahsia Tarikan aku mula memerhati keyakinan dalam diri aku. Mengikut kajian 25 tahun Dr. Fadzilah Kamsah mengenari karakter orang yang lahir bulan Februari, "ada harapan merealisasikan impiannya". Jadi aku pasti aku ada harapan dan boleh merealisasikan impian aku. Sekarang aku on the way memburu wanita yang berjaya dan bekerjaya untuk jadi inspirasi aku dalam perniagaan dan dakwah. Jadi, aku nak berkongsi siapakah antara mereka yang telah aku spot.  

Srikandi Inspirasi Utama

Saidatina Khadijah adalah orang pertama yang paling bijak dan berani mempercayai dan menerima nabi Muhammad sebagai rakan kongsi di saat orang tidak melihat kehebatannya. Beliau bukan sahaja menerima nabi sebagai rakan kongsi perniagaan, malahan rakan kongsi hidup (suami). Wanita ini adalah tokoh penting dan utama yang sangat berani dan bertanggungjawab mengambil risiko menerima, membiayai dan mengembangkan cetusan minda usahawan Rasullulah. Itulah sebabnya beliau dikategorikan sebagai tokoh usahawan ulung di zaman para sahabat …

Antara ciri-ciri usahawan Siti Khadijah yang boleh dicontohi:

1. Iman yang kukuh.

2. Fikrah dan penjiwaan yang bersungguh dalam kerja.

3. Modal yang diberkati yang bebas dari penipuan dan subahat.

4. Berilmu dan berkemahiran tinggi dalam perniagaan.

5. Bersifat mendidik dan sentiasa memberi kemahiran kepada pekerjanya

6. Sentiasa mensucikan harta dengan zakat, sadaqah dan wakaf.

7. Berani membuat keputusan.

8. Bijak membaca peluang perniagaan

9. Bijak mewujudkan asas pasaran secara jujur.

10. Bijak memilih tempat dan pusat operasi gerakan pasaran.

11. Sanggup dan berani merantau jauh

12. Bijak memilih pengurus perniagaannya

Disunting dari cakap-cakap Pengerusi Eksekutif Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Sumber : Cikgusahawan

p/s: aku mencari-cari buku yang ada berkisahkan tentang perniagaan Saidatina Khadijah tetapi masih belum ketemu. Andai sesiapa tahu, mohon share ye.

Srikandi Masa Kini

Nur Shahidat
Melihat usahawan wanita yang berjaya dan bekerjaya terutamanya dalam arena dakwah seperti kak Nur Shahidat daripada One Heart Creative Solution memberi aku inspirasi dan motivasi untuk berjaya dalam bidang perniagaan dan dakwah. Aku mula kenal beliau daripada buku Dara.com terbitan Februari kot. Terus aku terasa kagum dengannya sebab? Dia telah develop syarikat sendiri yang dahulu hanya impian dan baru-baru ini syarikat dia telahpun berjaya menganjurkan Productive Muslim Malaysia Tour 2012 yang bagi aku seminar itu bertaraf antarabangsa. Subhanallah. Hebat ciptaan Allah yang seorang ini.

Selain itu, bukan sahaja dia usahawan wanita yang berjaya malah merupakan seseorang yang aktif dalam Nisa' Malaysia (NM) iaitu merupakan NGO dalam arena dakwah (yang aku suka sebab semua akhwat =D), aku tak pasti adakah dia salah seorang dalam barisan pimpinan tetapi yang aku tahu dia merupakan orang kuat NM. 

Selain itu, dia juga merupakan seorang designer yang sama bidang dengan aku dalam Information & Communication Technology yang aku letakkan dalam portfolio design Ad Deen Foto. Aku tengok design dia professional berbanding aku yang biasa-biasa, jadi secara tak langsung dia juga menjadi inspirasi bagi aku dalam arena design.

p/s: baru-baru ini aku tengok gambar dia dengan Dr Harlina, aku tak pasti siapakah Dr Harlina.yang pasti, dia juga antara wanita yang berjaya dan bekerjaya. yang mana persepsi aku, bila kita dah berjaya, orang akan kenal kita dan secara auto, kita juga menarik orang yang berjaya bersama kita untuk kita lebih berjaya.bak kata pepatah, 

"kalau nak berjaya, perlu ikut apa yang orang berjaya buat

Rasanya korang kenal. Dia merupakan ex pelajar Akademi Fantasia 5 program realiti tv yang mengetengahkan penyanyi baru dan sekarang dia merupakan usahawan yang berjaya dengan syarikat  Heliza Helmi Production HHP dan jenama Heliza Helmi Hijab. That was so inspire! Kalau sebelum ni dia banyak menyanyi tetapi sekarang yang kalau perhatikan dia banyak terlibat dalam arena dakwah which is so good. Jadi kalau inspirasi aku ada aktif dalam dakwah, that would be a benefit for me untuk hari Kiamat + Akhirat kelak. insyaAllah

Aku mula kenal dia daripada forum Hatiku hanya Milik-Mu anjuran Karangkraf. Dia menjadi inspirasi buat aku sebab dia comey haha Sebab? Dia anak bongsu kot hoho Tak tahulah tetapi apa yang aku tahu, dia peramah, kalau aku down, aku mesti nak dapatkan kata-kata hikmah daripada dia sebab? Dia kakak yang aku mula sayang jadi aku memang suka mendapatkan kata-kata hikmah daripada orang yang aku sayang  untuk kekuatan diri. Walaupun dia sibuk tetapi tidak mengapa, aku tetap akan setia menjadi penyokong dia daripada belakang yang mengajar aku ikhlas dalam bersahabat. 

Di samping itu, penulisan kak Amie dalam Nukilan Solehah tiap hari ahad dalam Metro Ahad memberi aku inspirasi untuk meningkatkan kualiti penulisan artikel tentang dakwah since aku juga penulis bebas dan pernah dua-tiga kali disiarkan dalam IluvIslam. Sujud Sebelum Musnah.

Aku pun baru kenal dia daripada forum Hatiku Hanya Milik-Mu sama dengan kak Amie. First time aku jumpa dia time nak bergambar dengan dia, pada aku dia seorang yang peramah, ceria, style + gila-gila gak. hoho nak anggap cam kawan memang best. Aku kagum padanya sebab aku suka mendengar dia speaking. Buat inspirasi untuk aku agar develop english aku. Walaupun aku MUET band 3 tetapi disebabkan tak praktis, aku rasa macam dah band 1 balik. Almost berapa bulan yang lalu aku dah kurang cakap english. 

Pastu ternampak offer menulis artikel dalam site Productive Muslim. Aku berminat nak tulis artikel dalam tu tetapi malangnya my english grammar is bad jadi sesungguhnya adalah lebih aku mengundurkan diri. Jadi, kak Firuzlah menjadi inspirasi untuk aku dalam speaking english.

By the way, alhamdulillah.feel so lucky sebab terpilih antara jutaan orang menjadi 4 orang admin untuk page Ustazah Pilihan Firuz Akhtar Fan Club=) seperti dipermudah Allah merapati ciptaan Allah yang unik ni ^_^

Tak kurang juga kak Wardina, dia punya english pun hebat. Aku tahu pun sejak tengok video Struggling To Be A Better Muslimah. Aku suka dengar dan auto aku akan rasa kagum sebab? English dia superb power. Suka aku dengar sebab ia memberi aku inspirasi, motivasi untuk aku fluent dalam english.

Selain itu, dia merupakan seorang ibu, isteri, wanita yang bekerjaya dan berjaya, all in one. That was superb namun masih dia dapat melaksanakannya semua tanggujawab itu dengan baik. Jadi inspirasi aku bila aku jadi ibu nanti =D

p/s: alhamdulillah sekarang aku dapat 'friend' dengan dorang kecuali kak Wardina, rasa dipermudah Allah untuk mendekati ciptaan Allah yang hebat-hebat dan berjaya ini. 17 Mac 2012 ni insyaAllah aku akan bertemu dengan cikgu Heliza Helmi dan kak Shahidat yang pertama kali aku akan bertemu dengan mereka yang telah menjadi inspirasi buat diri ini. Rasa excited, semoga dipermudah. Happy Meal! >.<

terima kasih kerana membaca ^_^ semoga bermanfaat. 

You Are My Inspire, kak Shahidat, cikgu Heliza Helmi, kak Amie, kak Firuz dan kak Wardina...You Are Beatutiful, Allah Loves You ^_^

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites