Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Mungkin tajuk agak gempak dan sebelum meneruskan pembacaan, aku tidak tahu jika ianya mimpi daripada Allah atau syaitan. Aku berkongsi sekadar peringatan bersama, tambahan lagi Diana Amir turut mempunyai mimpi konsep yang sama iaitu hari kiamat jadi aku tergerak untuk menulis tentangnya.
Rumah Yang Tenggelam Dek Lautan
Sebenarnya sebelum ini sekali aku mimpi tentang hari kiamat tetapi tidak full version. Hanya sebahagian. Ketika itu aku dan beberapa orang yang tidak dikenali, menginap sebuah rumah di pantai. Ada satu jambatan (yang orang biasa lepak julur kaki) ke arah lautan. Ketika sedang bersantai, tiba-tiba ombak besar datang. Aku lihat daripada dalam, airnya naik memasuki rumah dan menenggelamkan aku juga yang lain. Aku kabut cuba mencari ruang untuk bernafas dan aku terus terbangun selepas itu.
Bangunan Yang Runtuh Satu Per Satu
Aku dan seseorang berada dalam satu bangunan. Suasananya seperti ruang pejabat. Bangunan kami berhimpit dengan bangunan pencakar langit yang lain. Tiba-tiba aku nampak daripada jauh, seolah-olah satu bunyi yang sangat kuat. Bangunan runtuh satu per satu. Duppp! Duppp! Duppp! Aku menunjuk dengan jari telunjuk perkara itu kepada seseorang itu tetapi dia buat tak endah.
"Hari nak kiamat" aku berkata padanya
"A'ah" dia bersikap bersahaja
Aku muhasabah diri ketika itu.
"Adakah dia orang yang lalai?" ...hati terdetik
Aku tak tahu kenapa. Aku terkejut sebab kenapa dia masih boleh rilex cakap,
"A'ah, nak kiamat dah"
Sedangkan ketika itu kami dah nampak, bangunan runtuh satu per satu menghampiri bangunan kami. Di kala kemuncak sampai ke bangunan kami, aku terjaga daripada tidur. Hati aku berdegup laju. Risau, bimbang. Segera beristighfar.
Rumah Ditenggelami Air
Suasana ketika itu seperti sebuah apartment tetapi aku rasa rumah. Hujan lebat. Makin lama, air makin naik, aku menjenguk di tingkap, dah sampai di tangga bawah. Seketika kemudian aku lihat dan sampai depan pintu. Makin lama air itu makin naik, naik ke atas kepala aku.
Kisah pertama aku mimpi dah lama. Kisah kedua dan ketiga aku baru mimpi pagi tadi. Aku cakap pada diri,
"Kalau tiga kali aku sebarkan"
Jadi oleh sebab itu aku berkongsi cerita ini. Mungkin Allah memberi amaran dan aku tidak tahu ini mimpi daripada Allah atau syaitan. Walau apapun, sama-samalah memperbanyak amal soleh yang PENTING,
"Cari Rahmat Allah Melebihi Pahala Kerana Dengan Rahmat Allah lah Kita Dapat Masuk Syurga"
Bila fikir Hari Kiamat, aku tawar hati berfikiran jauh. Graduate, perkahwinan, kerjaya tetapi paling aku takut aku tak sempat langsaikan hutang. Aku sangat takut kalau hutang aku tak dapat diselesaikan sebelum aku mati. Itu sahaja aim aku sebelum mati. Apetah lagi apabila membaca ayat ini,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa membabitkan) hutang piutangnya.” (Hadis riwayat Muslim)
Sumber: Berhutang Dalam Perspektif Islam
Orang yang mati syahid adalah orang yang mulia tetapi sangat malang kalau dia berhutang. Jadi boleh tahu betapa teruknya akibat berhutang.
Doa Mudah Langsaikan Hutang |
Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada duka dan susah dan berlindung daripada lemah dan malas dan berlindung daripada takut dan bakhil dan berlindung daripada banyak hutang dan penindasan orang.---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
0 comments:
Post a Comment