Pages

19 Feb 2012

1001 Sebab Untuk Tersenyum, 1 Sebab Untuk Bersedih

 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan kegembiraan pada diri ini yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk tersenyum daripada bersedih. Walau di kala ini aku dibenci, walau di kala ini aku tidak disukai, walau di kala ini aku resah, gelisah, kabut dan kelam, namun aku punya lebih banyak sebab untuk aku tersenyum.


Alhamdulillah, tanpa disangka-sangka aku ditawarkan jadi admin UP Firus Akhtar FC hanya kerana komen yang aku drop by pada page UP Firuz. Tak sangka pom tetapi inilah yang akan menjadi oppurtunity aku dapat merapatkan ukhwah dengan UP Firuz, juga keluarga dia. insyaAllah. + yang paling best, senang-senang dapat approve daripada UP Firuz untuk jadi fren dia.





2. Bagaikan dipermudah Allah rapat dengan kak Amie Sofia Ahmad

Hajat di hati ingin rapat dengan kak Amie macam aku rapat dengan kakak sendiri. Dapat lepaking sama macam sahabat karib aku. Namun apakan daya, dia artis, kenalan jutaan orang sedangkan aku hanyalah manusia biasa yang bukan kenalan jutaan orang tetapi kadang kala aku cuba memberanikan diri menegurnya melalui sms/inbox fb sebab takut2 kalau dia bz time aku sms tu. Oleh sebab aku ditawarkan menjadi admin page kak Firuz, hati tergerak untuk offer buatkan untuk kak Amie. Sebelum itu, aku mendapatkan approve dan bertanya pendapat kak Amie. Setelah aku tahu, dia minta hold dulu then baru wat page untuk dia.

Bila dia balas inbox aku plus, cakap minta tolong aku watkan, aku rasa seperti Allah permudah aku dapat rapat dengan dia. Hajat di hati aku sangat berharap dapat spend time dengan dia pada hari lahir aku tak lama lagi, 25/2. (waktu Yusry KRU + Lisa kahwin =D) sebab mestilah kita nak orang yang kita sayang ada bersama-sama kita ketika hari penting kita. Aku harap, akulah yang akan menjadi admin terawal kak Amie di samping PA dia yang mungkin ada tidak lama lagi since sekarang dia pun makin bz dan banyak jemputan.


3. Dapat reply inbox daripada kak Heliza Helmi

Seperti yang boleh lihat pada page beliau, dia dah ada ratus ribuan likers tu baru yang ada facebook belum yang tiada facebook. Pasti dia juga menjadi kenalan jutaan orang di luar sana. Dapat reply daripada dia merupakan satu perkara yang superb bagi seseorang kerana cuba bayangkan,

"daripada ratus ribuan likers, dia balas komen aku, mention nama fb aku..WOW!!"

mesti rasa awesome!! sangat awesome. begitu juga aku. Beberapa hari yang lalu aku hantar kad bday design sendiri padanya dan send ke inbox dia. Aku PASTI ratusan orang yang nak jadi frens dia. Sebelum tu aku request approve daripada dia melalui inbox, tak dapat approve atau reply daripada dia. Then Allah ilhamkan aku sesuatu, aku rasa nak buat birthday e-card untuk dia dan hantar ke emel yang ada kat page dia. Alhamdulillah PM-personal manager dia balas dengan segera


Tak lama lepas tu, PM dia add aku kat facebook since aku bagi sekali profile fb aku dalam emel tu. Then de post kat wall profile kak Heliza Helmi + tag aku. Aku punyalah excited tunggu komen kak Heliza Helmi. Lama gak baru dia komen.

Aku rasa happy dia suka sebab of kos kita wat/bg kad birthday untuk dia suka tol tak? Dalam kesempatan itu, aku request dia approve aku sebagai bukti dia suka card tu hehe trick. Alhamdulillah dapat approve. Baru-baru ini, baru dia balas inbox yang aku bagi gambar tu kat dia.


hehe ape lagi, melompatlah aku! hihihi inilah yang aku kenang yang aku wat aku tersenyum=D


4.Rasa dihargai oleh sahabat yang selama ini aku damba perhatian dan kasihnya

Alhamdulillah di saat memerlukan, aku dapat jumpa dia hari ini. Sangat bersyukur. Yang buat aku terharu adalah dia datang khas untuk aku daripada jauh, tak jauh mana pun dekat KL je =D tetapi cambest lah juga since dia sahabat pertama yang buat macam itu pada aku selain daripada ibu ayah yang sanggup datang jumpa + bawa bekalan makanan air tangan ibu untuk aku daripada Seremban. 

Ibu dan ayah datang pun aku terharu sebab walau mereka penat tetapi masih sanggup datang jumpa aku sebab aku dah lama tak balik oleh sebab program2 di kampus. Apetah lagi strangers bukan daripada kalangan keluarga aku (tetapi strangers yg important bg aku =) )

Bulan 3 ni genaplah setahun perkenalan juga persahabatan aku dengannya. Aku suka bersamanya. Apabila dia berada di sisi aku, diri ini rasa kuat dan bersemangat, dan dia menjadi penyebab untuk aku senyum walau tatkala itu ombak badai datang dalam hidup aku.

Setiap saat bersamanya pada petang tadi sangat bermakna bagi aku setelah aku tunggu dia daripada waktu tengah hari yang akhirnya dapat berjumpa pukul 5.30 petang. Alhamdulillah (macam tunggu kak Amie hari tu tetapi yang nie lagi lama) tetapi penantian itu berbaloi kerana akhirnya aku dapat jumpa dia. Tatkala menjemput dia di apartment kediamanku, senyuman yang terukir datang daripada hati yang gembira. Sangat seronok dan gembira menemuinya pada petang tadi. Rasa rindu melihat wajah dan mendengar bicaranya. Terluah serba sedikit rasa rindu padanya.

Cara dia berbicara pada petang tadi seakan-akan benar-benar risau akan kondisiku sekarang dan jauh dalam lubuk hati, aku rasa dihargai dan disayangi olehnya. Bicaranya sangatku rindui. Perhatiannya sangat aku perlukan di kala diri terasa lemah.

Yang aku rasa terharu lagi apabila dia bercerita tentang coklat pemberianku (dah lama rasanya) yang masih dia simpan, tak makan hingga sekarang. (Aku pun tak faham =.=") tetapi aku menganggap itu satu penghargaan yang tinggi sebab kalau orang bagi aku hadiah coklat pom, paling koman pun aku simpan pembalut dia tetapi dia lagi dahsyat sampai tak makan coklat aku. =D Begitu dalam penghargaan itu=) 

Karakter aku seseorang yang caring tapi tak reti nak tunjuk, dan aku pun tak reti nak tunjuk betapa aku hargai kehadiran dia di sisi aku pada petang tadi + betapa aku hargai, penghargaan dia yang sampai tak makan coklat yang aku bagi =D

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Yang paling best aku dapat jumpa ummi dia. Memang aku teringin jumpa ummi dia sejak aku mula menyenangi dia sebagai sahabat inspirasi aku. time Raya berhajat nak pergi rumah dia, apakan daya, tak kesampaian. Alhamdulillah tadi time hantar sahabat balik dapat hadiah biskut macam biskut Muzik daripada ummi. Dalam kelapa otak, aku nak simpan wat kenangan sampai dekat expired baru makan =D daripada ummi tu!! sebab aku teringin panggil ibu dengan gelaran ummi tapi tak mengapalah, insyaAllah pasni jumpa ummi dapat panggil 'ummi' lagi ^_^ 

Papepun Allah, saya mohon dapat spend time dengan sahabat saya ini pada hari lahir saya 25 februari nanti, insyaAllah panjang umur tetapi semakin hampir bertemu Allah dan kematian sebab dia adalah antara sahabat yang saya sayang =) Dialah kak Ummu Aiman


p/s: aku tidak kisah andai ada bicara mengatakan aku obses terhadap mereka dan aku hanya akan tersenyum daripada menjelaskan lebih lanjut mengenainya. cukup ia menjadi rahsia aku dan Allah kerana Allah lebih memahami diri aku daripada judgement orang lain. wallahu alam. sekadar berkongsi rasa gembira diri ini.

blog aku, ISA-ikut suka aku =P
papepun,

cari dan galilah 1001 sebab untuk anda tersenyum berbanding 1 sebab untuk anda bersedih. insyaAllah yang ada hanyalah senyuman=)

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites