Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Detik-detik yang agak worst tetapi tak worst sangat. Tahla, aku pun tak tahu nak cakap ujian, musibah, atau apa pun. Yang aku boleh cakap, Allah tengah 'bergurau' dengan aku sebab nak tahu aku marah ke, maki Dia ke ketika Dia sedang bagi aku ujian untuk uji kesetiaan aku pada-Nya sama ada aku ingat Dia, berterima kasih pada-Nya walau Dia bagi aku ujian sepertimana aku bersama-Nya pada ketika senang, bersyukur, berterima kasih atas nikmat hari ini. Entah kenapa, hati ini senang benar dengan gurauan-Nya. Aku tak rasa ini sesuatu yang membebankan malah aku senang menerimanya.
"Terima kasih ya Allah atas kekuatan ini. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah."
Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)
Pertama kali Insomnia menyapa hidupku
Sejak daripada pagi Ahad di rumah famili, aku tidur pukul 3 pagi since siapkan projek IT aku. Aku terjaga pukul 6.30AM. Mungkin bagi orang lain, mende tu biasa tetapi malangnya aku tak dapat balik pastu sebab tak cukup tidur tetapi aku tak dapat tidur. Puas aku lelapkan mata. Aku bangun,
"Asal aku tak leh tidur balik nih?"
Since pagi tu aku nak balik Shah Alam, jadi aku terus siapkan diri. Aku ingat mende tu biasa. Kesihatan aku masa tu mula masuk fasa awal demam, aku selsema sedikit, sakit tekak. Aku request kat ibu, belikan ubat.
*****
Nikmatnya balik rumah spend time dengan ibu dan ayah
Sebelum aku teruskan, pause jap =D Juz nak kongsi cerita aku. Sejak program motivasi tingkatan 5, behave aku dengan kedua ibu bapa aku mula semakin baik, alhamdulillah. Biasalah dahulu remaja, hati memberontak. Fikiran pun K.O g =D Alhamdulillah sekarang aku lebih menghargai mereka. Apa yang aku dapat bila belajar jauh, aku lebih menghargai time aku bersama mereka. Bila balik, aku cium tangan mereka, peluk mereka, cium pipi mereka. Kalau dulu, sebelum program motivasi, aku jarang peluk ibu, cium pipi ayah tetapi segalanya berubah.
Yang best bila balik rumah, aku cakap je mesti ibu buatkan walau aku tak request. Sabtu ritu, dorang ada kenduri, aku tak ikut sebab kesihatan tak mengizinkan. Aku just cakap,
"Syira nak masak bubur. Tak larat makan nasi"
Hajat hati nak masak bubur nasi bila ibu dah pergi, tetiba aku tengok kat dapur dan ibu cakap sebelum dia pergi,
"Tu, ibu dah masakkan bubur. Nanti makan ye"
Aku tersenyum. Aku nak buat tetapi ibu dah buatkan =D Alhamdulillah. Pastu aku tak cakap pun nak makan kepsi. Tetibe balik, ibu belik kepsi. Aku senyum. Walau takde selera makan makanan berat tetapi aku makan juga. Balik makan aku mewah sikit =D Ibu memang pandai baca selera aku. hoho
*****
Ok.sambung. Then balik kenduri, belikan aku ubat. Sampai di Shah Alam, aku rasa badan tak sihat, niat nak tidur. Aku pun baring. Aku cuba lelapkan mata. Lama. Sejam kemudian aku terbangun pastu terus tak boleh tidur. Aku anggap mende tu biasa tetapi tidak bila malam. Aku mula rasa lesu, penat. Aku mula demam.
Badan aku sangat penat, rasa tak larat. Jalan pun tak bermaya. Kalau aku tidur pun, setengah jam, sejam aku lelapkan mata mesti tak dapat lena. Semalam aku pergi klinik, alhamdulillah blood pressure aku macam biasa cuma doktor kata penyakit bimbang sebab aku ada 4 projek yang mana projek ni berat gak, time consuming, nak siapkan dalam masa yang singkat memang taklah jawabnya + projek individu. Jadi memang tak dapat minta orang tolong.
Hari ini pula aku rasa kesihatan aku lebih kritikal, jalan terhuyung hayang, kepala aku pening. Detik hatiku,
"ya Allah jangan Kau pengsankan aku di khayalak ramai"
Allah cemburu rupanya
Antara sebab lain aku sakit mungkin sebab aku stress dengan beberapa masalah. Aku ingin sekali ada seseorang untuk diluahkan, melepaskan segala luahan aku tetapi malangnya aku tak dapat mencari siapakah dia. Lantaas, aku hanya menangis di hamparan sejadah. Luahkan segala-galanya pada Allah. Walaupun Allah itu tak bekomunikasi dengan kita cara bercakap secara direct tetapi setelah aku menangis aku akan rasa sangat lega yang sebenarnya ketika itu, Allah sedang berkomunikasi dengan aku. Memberi aku kekuatan dan ketenangan. Baru-baru ini pula aku mula memahami kenapa Allah tak detikkan aku beritahu seseorang untuk luahkan masalah aku,
Kadang-kadang, kita mencari manusia untuk berkongsikan kelelahan kita. Tapi percayalah, semakin kita mahu mencari mereka, kadang-kadang masa tu jugalah Allah sibukkan mereka daripada mendekati kita. Itu tandanya DIA sedang cemburu. Subahanallah...Subahanallah..Subhanallah... Maha Penyayang-NYA DIA
Rupa-rupanya Dia cemburu. Dia nak aku cakap kat Dia je. Subhanallah. Comel Allah aku yang Satu ni. Patutlah aku rasa pendam lebih baik daripada luahkan pada orang lain kerana Allah lebih mengerti, Allah yang beri masalah itu dan seharusnya kita cerita kat Dia dan mohon diberikan kekuatan dan penyelesaian untuk masalah itu.
Bukanlah bermaksud aku pendam aku takde sahabat baik atau sahabat yang dipercayai cuma aku lebih selesa cakap dengan Allah berbanding manusia kerana Allah lebih mengerti apa yang aku alami. Sebab kadang-kadang bila kita luahkan pada manusia, respon mereka tidak seperti yang kita harapkan. Tetapi kalau kita cakap dengan Allah, walau kita tak dapat respon yang kita harapkan, respon Allah lebih menenangkan dan ia menusuk ke dalam hati kita.
Of kos kita harap tatkala kita berduka sahabat rapat kita, orang yang kita sayang ada dengan kita, tetapi aku juga harus memikirkan, mereka juga ada hal tersendiri jadi aku tak nak susahkan, ambil masa mereka yang mana perkara ini buat aku lebih dekat dengan Dia. Apa sahaja aku cakap dengan Dia. Mungkin orang kata aku gila cakap sorang-sorang tetapi aku selalu sedar Dia tu ada. Sentiasa mendengar. Allah kan Maha Mengabulkan=)
Allah pendengar yang setia walaupun Dia mencipta lebih daripada jutaan manusia kat dunia ini tetapi Dia Maha Hebat sebab kalau 3 juta orang tengah bercerita dengan Dia, Dia masih boleh spend time. Hebat tak Allah =) Cuba bayangkan 3 juta orang cerita masalah kat kita, Fuhh tak larat=D
Riang yang buatku gembira mengatasi rasa dukaku
1. Dipermudah Allah dapat berkenalan dengan kenalan kak Heliza Helmi
Alhamdulillah sejak dua menjak ni, aku dapat sedikit memperkenalkan diri pada kak Heliza Helmi yang sekarang aku panggil 'cikgu' sebab terikut Ain Ismail daripada mukabuku, peminat setia cikgu sejak cikgu belum aktif lagi yang cikgu kenal + rapat gak lah.
Bermula daripada aku buat design bday card untuk cikgu>bagi kat personal manager (PM) cikgu by emel>PM dia add aku kat facebook>upload photo yang aku bagi tu then tag aku kat profile cikgu. Sejak daripada tu aku jadi batak (jakun), excited sebab cikgu balas, reply komen + wall post aku hihi yang paling penting sebab e-card tu juga dia approve aku jadi fren dia hehe sebab aku pasti mesti ramai yang request dia fren dan aku adalah yang paling bertuah dia approve hehe alhamdulillah
Pastu cikgu pun ada gak kadang-kadang blas inbox aku, aku pun faham dia mesti sibuk tapi tak kesahla. Papepun dia dah tahu rupa aku macam mana jadi aku rasa lebih senang dia kenal once dia jumpa aku nanti. Pastu sekarang pula, aku + ain ismail + kenalan cikgu yang lain plan g langkawi. Best gila dapat rapat dengan crowd tu. Rasa dipermudah Allah. Subhanallah =D
Bila dah agak selalu cikgu balas komen/inbox/wall post aku, aku pun dah mula tak batak lagi hoho sebab dah dapat reply daripada cikgu agak banyak gak tetapi kira oklah tu =D alhamdulillah. Aku wish dapat follow dorang g Langkawi. Yang penting dapat bercuti dengan cikgu!!yeappy!!=D
2. Bisnes ebay dropship yang semakin berjaya
Sudah seminggu since aku mulakan bisnes dropship dengan niat nak bayar hutang, sara hidup diri dan keluarga + kahwin dengan 'Muhammad' =) Aku nak jadi orang kaya. Nanti kalau kalau ada orang minta tajaan untuk program amal, aku senang je dapat sponsor. Best kan bila fikir, ada orang minta tajaan RM20K untuk konsert amal/majlis anak-anak yatim then kita bagi je RM20K. Subhanallah. Lagipun itu kan sedekah al-jariah, anak-anak yatim pula tu.
Aku tak kesah kalau orang kata,
"duit bukan segala-galanya"
Pastu yang aku geram orang cakap
"aku tak mampu lagi"
Bila aku baca Rahsia Tarikan, yang sebenarnya effect kita adalah apa yang kita fikirkan. Kalau nak tahu lebih tentang yang orang salu cakap "fikir positif" beli dan bacalah. Kalau korang nak tahu, dengan fikiran boleh ubah hidup kita. Abaikan orang yang fikir negatif, sebab hidup orang yang fikir negatif tak kemana. Sebab kalau kita stay dengan dorang, kita pun tak ke mana.
"zuhud bukan bermaksud hidup miskin"
Aku apply rahsia tarikan pada bisnes ebay aku, mula-mula aku fokus imaginasi aku dapat 10 bidders, aku terus imaginasi a.k.a berangan. alhamdulillah menjadi. Mungkin kebetulan tetapi aku rasa tu faktor gak. 3>5>9
akhirnya
dan itulah sebenarnya yang aku fikirkan seminggu yang lalu. Item terjual dan dapat duit. Payment tak dapat lagi tetapi yang bestnya item aku terjual..73.00 AUD = 237.024 MYR.sape nak bagi =D lepas ni aku kena imaginasi agar dorang bayar item tu then aku dapat duit poket =D seminggu dapat almost RM150 (profit) =D tak ke best tu. Sorry to say, aku kurang berminat dengan lelaki yang nak kahwin awal tetapi dorang tak buat papepun untuk kahwin awal. Harapkan ibu bapa taja. Bila tanya, kenapa tak kahwin?
"Sebab tak mampu"
Tetapi tak buat pape untuk kasi mamu. Aku suka dan tabik lelaki yang cari duit sendiri walaupun family dia kaya sebab bermulanya dia cari duit sendiri adalah sebagai titik permulaan dia sanggup cari duit untuk bagi keluarga dia nafkah suatu hari nanti.
Aku 'sakit' dengar ibu aku mengeluh. Kadang-kadang nak minta duit segan sebab aku tahu ibu aku pun tak cukup duit. Ibu aku sanggup bagi aku duit untuk bagi aku makan walaupun dia tak ada duit untuk dia. Kadang-kadang duit aku tinggal sedikit tetapi bila ibu tanya,
"ada duit tak?"
Aku akan senyum dan cakap ada. Sebab aku faham, kalau ibu tanya maksud di sebaliknya,
"ibu harap syira ada duit lagi sebab ibu tak punya duit lebih untuk bagi syira"
else ibu akan bagi je aku duit belanja tanpa tanya yang maksudnya masa tu dia ada duit lebih untuk bagi aku. Tak ke sedih bila dengar ibu kita cakap macam tu? Kalau aku keluarga kaya tak kesah, tak perlu buat semua ini. Pakai je duit ibu ayah tetapi malangnya aku tak, sebab tu aku nak teruskan bisnes ni sampai balance akaun aku RM250,291 then kahwin. Aku nak mulakan perancangan baru. Nanti ada duit, boleh bayar hutang, pergi umrah, pergi umrah pun senang hati sebab hutang dah selesai. Kalau orang minta tajaan untuk kerja amal, senang je hulur duit.
Biarlah orang nak kata apa, duit bukan segala-galanya. Itu semua fikiran orang negatif. Aku nak jadi pemikir positif yang akan positifkan hidup aku. Cikgu (Heliza Helmi) jadi inspire bagi aku untuk lebih berjaya. Dia ada syarikat sendiri. Aku juga nak bangunkan Ilmi-Islam.com sebagai wasilah dakwah aku yang utama. Antara yang aku fikirkan, iis.com jadi medium untuk aku buat filem pendek versi dakwah sebab aku memang minat buat filem pendek berkonsep dakwah macam One Heart Creative Solution. Terlalu banyak impian yang aku nak capai dengan duit yang aku ada nanti.
Beli kereta, pastu dapat pergi + join program2 cikgu, kak Amie Sofia, UP Firuz sebab sekarang ni masalah aku transport + kewangan, aku ada transport sendiri nanti, aku nak tumpangkan ain ismail (kenalan rapat cikgu) + kenalan cikgu yang takde kereta yang lain. Pergi sama-sama support program cikgu. Pergi bercuti dengan cikgu. Oh indahnya=) same goes dapat ikut mana je kak Amie pergi.
ok dah. cite dah abis. thnx baca + maaf terasa =D doakan kesihatan insomnia aku semakin pulih. teringin ada orang caring time aku tengah tak sihat tetapi dorang sume bz, ibu pun jauh =(( bestnya dapat balik rumah di kala aku tengah sakit nih.
teringat time demam dlu, adik angkat aku tolong lapkan tangan aku untuk turunkan suhu panas aku, basahkan tuala letak kat dahi aku. sanggup bangun dalam kul 3-5 pagi bsahkan kain pastu letak balik kat kepala aku. semua tu buat aku rasa hargai sangat2 + takkan aku lupa. bende tu simple tetapi sangat bermakna. mana taknya, di kala kita sakit, takde orang yang jaga tetibe sorang tu je yang jaga kita, caring, buatkan makanan untuk kita. mestilah terharu.takpelah jaga diri sendiri cukup.ubat dah ada makan. self service. Allah kan ada. terima kasih Allah. saya sayang Kamu!
Bila aku rindu cikgu, aku mesti g kat page dia else aku tengok video ni, mengubat rindu aku + aku wish dapat jumpa dia suatu hari nanti secara face to face + spend time dengan dia
bila aku rindu kak Amie Sofia Ahmad mesti aku g kat profile dia else aku tengok video tazkirah yg dia menang dalam rancangan Solehah
----------
Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
0 comments:
Post a Comment