Pages

11 Feb 2012

Tunggu Itu Rahmat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang telah mempermudah urusanku pada hari ini.Ada cerita cambest bagi aku hari ini berlaku. Hari ini aku dapat lepaking dengan Kak Amie Sofia (Juara Solehah). Walau sekejap tetapi sangat bermakna, every second is a precious moment to me spend time with her.


Al-kisah hari ini aku berniat nak pergi jumpa kak Amie di MATTA Fair. Kak Amie update status ada kat  SACC pukul 2-6 petang. Jadi dengan kelurus bendulan aku, aku pun merempit dengan shbtku pergi SACC dalam 2.15pm. Dalam beg sudah tersedia hadiah istimewa untuk dia. Bajet nak passkan kat sahabat aku yang boleh bagi kak Amie kat TV Al-Hijrah tetapi aku nak juga bagi direct kat kak Amie. Baru lebih bermakna a.k.a aku memang nak jumpa dia sebab aku dah lama tak jumpa dia + rindu untuk mendakapnya dan aku memang nak jumpa dialah.

Bajet dia dah sampai so aku ckp dgn shbt yang rempit sekali tu sekejap je. Sekali dapat tahu tak sampai lagi. Then aku tunggulah. Setelah pukul 3.30pm aku dah kesian kat shbt aku tu sbb kitorg jadi fasi satu program nie, agak penat gak, semalam tidur pun 4 jam je. So aku serba salah juga dengan shbt aku ni sbb tpaksa tgu sme agr aku dpt jumpa kak Amie.

Macam aku yang ada perasaan excited nie memang tak fikir penat dah sebab aku mmg wish sgt jumpa kak Amie jadi tunggu lama pun aku tak kesah asalkan dapat bertemu dengannya. Itulah ajaibnya kasih sayang=) Sekali dapat tahu dia ada prob so sampai lambat g, masa tu dah pukul 3.38pm, aku dah risau. Jadi aku aim, kalau 4.30pm dia tak datang, aku blik, aku redha (mulut je), cuba berbaik sangka pada Allah tetapi hati sgt berharap jumpa dia, wish kat Allah banyak2.

Aku tunggu kat depan SACC main gate sambil pandang arah gate lagi satu. Pukul 4.20pm, hati dah resah gila takut sangat tak dapat jumpa. Yang aku fikir masa tu, aku akan sangat sedih dan kecewa kalau tak dapat jumpa dia.

Pukul 4.30pm, aku nampak sekujur tubuh yang aku kenali pemiliknya, aku mara ke hadapan untuk pastikan.  Aku tersenyum, aku berdiri depan dia. Aku pandang dia, tunggu dia pandang aku,

"Kakak! sayalah yang tu" ...diaku sapa, aku panggil macam adik panggil kakak

Matanya tertangkap pada diriku dan dia tersenyum. Aku bersalam dan mendakapnya. Hati gumbira, riang tak terkira. Hampir sahaja aku berputus asa untuk menunggu agar dapat bertemu dengannya. Dia tanya aku,

"Mana stage?"

"Kat dalam"

"Dah nak balik ke?"

"Taklah"


Dia tarik tangan aku dan kata, 

"Jom!"


Aku pun ngeko dia masuk dalam, *aku memang suka ngeko orang apetah lagi orang yang aku suka berdamping dengannya =) Dia pimpin aku pergi stage sebab cari Ustazah Pilihan apetah nama dia, aku lupa =D Aku ngeko dia jumpa ILuvIslam.com punya event organiser kot, tanya tentang sembang santai yang dia kene handle. Then barulah nampak sahabat UP yang dicari. Ada 3 orang. Bila kak Amie datang pada diorang, then aku turut bersalam dengan mereka. Salah seorang bertanya,

"Adik Amie ke?"

Aku tersenyum hohoho Like! Aku cakap,

"Takdalah"

Mula-mula aku tak tahu 3 orang tu UP tetapi bila kak Amie bgtau baru aku tahu. Dia duduk sebelah aku. Borak-borak dengan aku. Cam member kot. Mesra gila. Aku pun layan. Ada satu part aku tanya,

"Akak takde PA ek?"

"Takde, rileks kan"

Aku gelak-gelak je dengan jawapan dia. Haha Memang style dia sembang dengan aku, macam kawan biasa. Dia bz bincang pasal sembang santai yg de kne handle tu jadi aku memahami, aku duduk dan tunggu dia berdekatan kat situ, dia free kejap-kejap dia duduk sebelah aku then tanya. 

"Sekarang sem bape?"

"Tiga"

"Belajar kos apa?"

"IT"

"Oh budak IT. Akak bz sket ye, ad diskusi dengan UP. Kenal tak sape nih?" ..sambil tangannya menunjuk ke arah 3 orang UP itu.

"Diorang Ustazah Pilihan"

"Oh"..aku hanya mengangguk sebab aku tak tengok sebenarnya haha 

Kenal kak Amie pun melalui Forum Hatiku Hanya Milik-Mu. 

"Kalau insyirah nak balik, insyirah gtau ye, akak ada diskusi jap dengan diorang" ..nada risau + kabut pada suaranya. Mungkin dia risau tak dapat layan aku sebab dia bz.

"Ok"

Aku tak kesah tunggu dia jap since time tu pun ada persembahan di stage. Style gak dorang men drum. Jam hampir pukul 5pm, ikut hati, aku stay je asal dapat lepaking dengan dia tetapi tengok dia bz, macam menyusahkan pulak. Aku cari dia then bagi hadiah tu,

"Kak, sebelum tak sempat, tengok akak bz je" ...sebuah goodies bag handmade aku bg kat dia.

"Oh ok, akak pun ada diskusi dengan diorang, takut tak sempat jumpa lagi, salam siap-siap k"

Aku salam dan dakap dia.

"Sorry ye, tunggu akak lama. Belajar rajin-rajin"

Aku tersenyum.

"Ape nih?"..dia tunjuk kat goodies bag aku tu

"Adalah" ..aku tersenyum

"Hope akak suka, simple je"

Then aku pun berlalu pulang, rasa gembira gila dapat jumpa dia, takut gak tak dapat jumpa dia sebelum tu tetapi alhamdulillah, berbekalkan berbaik sangka pada Allah, aku dapat jumpa, spend 30 minit dengan dia. Syok habis!! =D Puas hati!! Pada aku dia jenis yang caring. Mana mungkin artis nak layan peminat camtu punya baik + mesra cmtu. Aku rasa dihargai berada disampingnya.

"Terima kasih Allah, saya sangat gembira!"

Inilah yang aku wish sebelum ini, alhamdulillah dapat gak lepaking walau bape minit dengan dia. Lama gak, puas hati GILA. Betul ayat ni,

The longer you wait for something, the more you appreciate it when you get, Because anything worth having is definitely worth waiting for Good evening..

Sebab kalau aku tak tunggu tadi, aku takkan menghargai 30 minit bersama dia setelah aku tunggu dia almost 2 hours. No big deal bagi aku. Kak Amie mewarnai hidupku.^_^

"Terima kasih sangat-sangat Allah, that would be my best bday present"

I wish gak agar dapat spend time dengan dia masa bday aku nanti. Kalau jadi, mesti best gila. Subhanallah. I'm wish Allah=) Walaupapepun aku nasihatkan diri aku agar bersederhana suka + sayang kat dia kerana,

Sederhana adalah sebaik-baik perkara

Dan Allah tidak menyukai mereka yang berlebih-lebihan.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

Cukup menyayangi kak Amie sehujung kuku dan aku rasa dihargai dilayan dengan sangat caring apabila bersama dia. Dia memang kakak cambest!!Alhamdulillah thnx for this oppurtunity Allah. I'm so happy! Hope ukhwah kami dapat serapat adik dan kakak. Aku kena kerja keras, nak jadi PA kak Amie =) insyaAllah. aamiin sbb org kate klu artis ad PA lagi susah nak dekat jadi kalau aku PA dia, tiap masa aku dapat mendekati dia =D

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites