Pages

13 Feb 2012

Sejak Bila Aku Menyukai Kak Amie Sofia Ahmad

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pmulaan sy suka + admire kak Amie Sofia, Juara Solehah adalah ketika sy dpt bjumpa dia di Forum Hatiku Hanya Milik-Mu sdgkn time tu sy xknl pun dia spe..then time amik gambar, sy dpt bgambar , salam dan mendkapnya yg ketika itu sy request boleh tak sy dakap dia dan dia beri respon yg +ve evn time tu de bz sbb PA yg uruskn artis jemputan ketika itu da pgl dia.sbb bg sy, amat jarang selebriti sudi dakap seorang peminat *of koslah mahram je ok!


apetah lagi mse tu sy rindukan pelukan ibu dan ad prob yg menjengah dlm hidup sy yg mmerlukan sy dptkn kekuatan melalui dakapan seseorg (since sy anak bongsu + agk manja).sbb tak dpt pelukan ibu, jd pelukn kak Amie sgt mbantu dlm mberi sy kekuatan ketika itu dan sy rse SGT TERHARU dgn pelukan kak Amie, dpt rasa satu pelukan yg ikhlas dpd dia.rasa spt satu kekuatan/smgt yg diberikn dpd seorg kakak kpd seorg adik.apetah lagi dia kenalan jutaan orang, sy rse sgt b'untung.

sejak itu sy mula suka, admire + syg kak Amie mcm kakak sy.apetah lagi, hari sabtu yg lalu, dpt lepaking dgn dia kat SACC.sy dpt kenal dia seorg yg caring dan sy rse dihargai apabila bsma dia, rasa nikmat sgt lepaking dgn dia sbb dia tak sombong, caring, sy rse cm mesra kakak dan adik, de pun gila2 gak. Dia pun kelihatan menghargai penantian sy selama 2 jam sebab dia minta maaf ketika kami bersalaman untuk berpisah. sy happy berada di smping dia (mungkin sbb sy excited + syg kat dia).bila sy tgk gmbr sy dgn dia yg diambil di forum itu, ia akn buat sy tsym sbb sy akn t'igt time sy lepak dgn dia kat SACC hari sabtu 11/2/2012 yg lalu.sangat best.ble sy rindu dia, sy akn tgk video dia ttg Syukur yg mampu watkn sy rse sebak dn memupuk sikap syukur dlm diri sy agr merasa ckup dgn apa yg ada dan b'usaha utk apa yg sy xde. Gambar sy dan dia yang diambil di forum itu akan menjadi pengubat buat sy untuk tersenyum semula walau ketika itu pelbagai ujian yg hadir dalam hidup sy.


Orang mungkin kata sy obses, tetapi biarlah hanya saya dan Allah yang memahami. Bicara orang takkan mampu sy tutup. Saya berharap Allah akan lindungi dia daripada segala yang negatif sebab sekarang nie macam-macam yang jadi, fitnah dan sebagainya. Walau mungkin kak Amie tak tahu sy mempunyai perasaan ini kepadanya, tetapi tidak mengapa, doa sentiasa mengiringinya. InsyaAllah.sebab sy takut kalau kak Amie tahu sy mungkin sedikit obses dengan dia, dia rasa tidak selesa dengan saya (since pnh tjadi). Biarlah saya mengagumi kak Amie dpd jauh. 

Jauh di mata tetapi dekat di hati


Jika ditanya apakah impian saya dan wish untuk birthday sy, salah satunya adalah jadi PA kak Amie, mana dia pergi, sy ikut walau mungkin saya penat sebab saya nak selalu bersama dia kerana sy akan gembira jika dapat bersama dengan dia selalu. Saya anggap dia macam kakak sendiri. Saya harap saya dapat rapat dengan dia macam adik beradik. Bila saya down, saya dapat dengar tazkirah dia yang memberi saya kekuatan since tazkirah itu diberikan oleh orang yang saya sayang iaitu kak Amie. 

Untuk birthday saya, saya harap dapat celebrate dengan dia sebab mestilah kalau hari yang penting kita nak orang yang kita sayang ada bersama kita dan saya juga harap, bila saya kahwin suatu hari nanti (andai sempat sebelum saya mati/hari kiamat), saya harap salah seorang tetamunya adalah kak Amie.

Apa yang saya ingin lakukan sekarang, bekerja keras untuk jadi seseorang yang bekemampuan agar dapat pergi ke mana kak Amie pergi, jadi seperti Saidatina Khadijah; seorang kaya yang dermawan. Doakanlah agar saya lembut hati mencapai matlamat kerana saya jenis keras hati mencapai matlamat yang dikaji 25 tahun oleh Dr. Fadhilah Kamsah tentang karater orang februari.

Saya doakan kak Amie mendapat suami yang soleh juga keluarga mertuanya yang soleh dan solehah agar dapat menjaga dia dengan baik dan saya doakan dia sentiasa dijaga, dilindungi oleh Allah kerana saya pasti walau saya mungkin jadi PA dia nanti, saya takkan dapat jaga dan lindungi kak Amie sebagaimana Allah kerana Allah lah sebaik-baik penjaga dan pelindung.

Salam sukses kak Amie..barakallahu fiki. Insyirah sayang kak Amie walau kak Amie tak tahu dan tak rasa. Wishing to meet you again.

Terima kasih Allah atas oppurtinity ini. Terima kasih untuk inspirasi baruku ini.

Al-Insyirah

Kata Kak Amie dalam Majalah ANIS Isu 174
Dia jadikan qiyamulail sebagai vitamin rohani untuk memberi kekuatan pada dirinya

Ada satu pepatah, kasih sayang akan mendorong seseorang mengikut amalan orang yang disayanginya.

InsyaAllah, semoga aku juga turut menjadi qiyamulail sebagai vitamin rohani.

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites