Pages

6 Feb 2012

Hidayah: Cari Atau Tunggu? Aku Cakap...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Terdetik hari ini aku nak gerak gempur tulis (taip) artikel. Banyak sebenarnya ilham datang tetapi tak tertaip-taip di samping kekangan masa. Hari ini aku nak mengulas tentang Hidayah: Cari Atau Tunggu?

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. (39:37)

Daripada ayat di atas, kita dapat memahami bahawa Allah akan berikan hidayah pada sesiapa yang dikehendakinya.
Aku teringat kata-kata Sham Kamikaze time aku datang forum 'Hatiku Hanya Milik-Mu',

"time saya pergi rumah kawan saya yang dahulu lebih rock daripada saya, bila dia ajak solat, saya buat muka kering je" 

Lebih kurang begitulah kata-kata bro Sham. Tak salah tak lama lepas tu barulah dia terdetik nak solat. Apa yang aku boleh ulas kat sini adalah seolah-olah bro Sham tidak mencari hidayah. Maksud aku, pada aku orang yang cari hidayah ini macam berjinak-jinak dengan buku agama, mula pergi masjid. (Pendapat peribadi)

Kak Irma Hasmie pula,

"Saya tercari-cari bahagia, gembira bila balik rumah. Happy je. Saya nak tenang tetapi saya tak dapat sebelum saya berhijrah"

Lebih kurang begitulah. Macam aku pula, zaman jahiliyah maksima dahulu aku langsung tak terdetik untuk berubah. Hati kering je. Orang tegur, hina, aku buat dek je.Langsung tiada kesedaran walaupun dah kena bebel beberapa jam tetapi suatu hari aku tersedar. Ada satu ilham ajaib yang datang terdetik dalam hati aku. Aku rasa benci, meluat imbas apa yang aku buat masa itu dan daripada situlah aku memulakan 'Penghijrahan 2011' aku dan alhamdulillah sehingga sekarang dipermudah Allah. 

Dapat sahabat-sahabat yang membantu. Jemputan usrah. Sertai NGO yang memperjuangkan dakwah islamiah. Bak kata aku,

"Kalau nak jadi baik, insyaAllah dipermudah oleh Allah, Allah akan guide jadi baik"

Mungkin inilah hikmah aku masuk MSU sedangkan geng matrik semua masuk IPTA, aku je sesat masuk IPTS. Dahulu aku nangis gak tetapi sekarang aku tersenyum gembira dan memahami kenapa Allah letak aku di MSU.

Jadi?? Aku pom tak dapat nak konpem, hidayah ni cari atau tunggu sebab apa yang aku rasa dahulu, hidayah ini tunggu sebab sebelum detikan ajaib itu, aku langsung tak terdetik nak berubah tetapi yang penting apabila detikan untuk menjadi baik, perbaiki diri itu ada, insyaAllah Allah akan permudahkan macam apa yang aku state kat atas.

notakaki: ini hanyalah pendapat peribadi aku mengulas tentang Hidayah: Cari Atau Tunggu? berdasarkan pengalaman. lain orang lain pendapat dan ini hanya pendapat daripada pengalaman aku ketika diketuk 'hidayah'

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites