Pages

23 Jan 2012

Dijaga Allah Ketika Bertudung Labuh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Aku ingin berkongsi pengalaman sepanjang aku memulakan kehidupan seorang gadis bertudung labuh. Mungkin ada yang tertarik apabila membacanya kerana itulah nikmat memakai tudung labuh.

Terselamat Daripada Bersalam Dengan Bukan Mahram

Keluargaku bukanlah golongan alim, ulamak dan seangkatan dengannya. Hanya sekadar keluarga biasa tetapi alhamdulillah, basic Islam masih kami jaga. Ada yang kata, bersalam dengan orang tua itu tanda hormat namun bagi aku, adalah lebih baik aku menghormati Tuhanku, Allah. Ketika hari raya yang lalu, seperti biasa, ramai saudara mara sepupu dua pupu aku yang datang ke rumah. Aku sebenarnya lebih suka duduk dalam bilik antaranya adalah untuk mengelakkan daripada kena salam dengan bukan mahram.


“Andaikata kepala salah seorang dari kamu dicucuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik baginya dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya” (Riwayat At-Tabrani & Al-Baihaqi)

Mungkin sepotong ayat itu hanya untuk lelaki tetapi boleh apply pada wanita betapa dahsyatnya dan tidak sepatutnya kita bersalam dengan bukan mahram.

Ayah aku kadang-kadang marah gak sebab selalu duduk dalam bilik oleh sebab itu, aku pun keluarlah. Apabila mereka pulang aku dah start gelisah, resah dan kabut. Nanti aku buatlah macam nak pergi dapur ke tetapi saat tak boleh nak elak daripada pergi tempat lain, aku akan sembunyikan tangan aku. Kat rumah, aku akan pakai tudung hitam (bidang 50) then aku jahit tengah. Aku letak tangan kat bawah dan aku hanya mengukir senyuman kepada mereka (bukan mahram) yang nak salam. Apabila mereka melihat aku yang bertudung labuh, kadang kala mereka akan faham dan tidak menghulurkan tangan ke arah aku.

"Terima kasih Allah."..monolog hatiku.


Solat

Kadang-kadang kat kampus, ada program cam best yang aku minat nak join tetapi kalau organizernya non-muslim aku akan fikir banyak kali tidak terkecuali muslim. Kalau macam program sambutan tahun baru dengan Ustaz Azhar Idrus dahulu masa nak Isyak seriously aku dah risau, sekali pengacara cakap solat jemaah, aku bersyukur sangat. Oleh sebab aku tak bawa telekung time tu, aku tunaikan solat kat Masjid Negeri Shah Alam walaupun berseorangan tetapi aku yakin Allah melindungi aku kerana aku nak pergi 'jumpa' Dia.

Kalau program kampus yang bukan organizer Islam, aku akan risau. Ada satu part dalam hidup aku baru je berlakulah gak. Time tu aku ada seminar dua hari di Putrajaya. Sebelum balik, aku ngadu kat Allah, biarlah aku dapat tunaikan solat Asar terlebih dahulu sebelum kami pulang sebab aku takut mesti sampai lewat. Time tu nasib baik ada hamba Allah yang aku kagumi peribadinya walaupun dia hanya mengatakan tentang solat. Dia berani cakap dengan lecturer agar solat terlebih dahulu, walaupun lecturer cam nak mengelak tetapi dia bertegas dan alhamdulillah lecturer approve dan dapatlah kami menunaikan solat terlebih dahulu sebelum bertolak pulang.

Aku tersenyum dan mengucapkan, "terima kasih Allah". Sangat nikmat rasanya apabila selesai menunaikan solat Asar, rasa lega setelah seharian berada di bilik seminar.

Lelaki Memberi Laluan Yang Luas

Kebiasaannya apabila aku pulang ke kampung, aku akan naik KTM. Hari Jumaat dan weekend adalah hari ramainya umat manusia kat situ. Nak tak nak kenalah bersardin dan berburger (rapat-rapat antara satu sama lain), nasib baik ada koach wanita. Apabila keluar di KL Sentral yang memerlukan aku tukar train ke Seremban, kadang kala aku terpaksa menyelinap di celah-celah lelaki untuk lalu di situ dan ada satu part, time tu major adalah lelaki. Ada antara mereka yang mengetepikan diri mereka untuk aku jalan. Aku rasa terharu dengan pertolongan Allah kerana Allah tahu aku risau menyelinap di tengah-tengah celahan itu kerana risau tubuhku ini aku menyentuh mereka walaupun berlapik. Sekali lagi, 

"Terima kasih Allah"



Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara – suara hati berkata, “ Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih menutup aurat.” “ Don’t judge a book by its cover.” Kuhormati semua kata – kata ini. Aku Cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh begitu istimewa. Buat adik – adik remaja yang bertanya, moga adok – adik menemui jawapannya.
oleh: Fatimah Syarha Mohd Noordin – Majalah Solusi Isu-21


---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites