Pages

28 Jan 2012

Berjumpa Selebriti Kerana Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah semalam, Allah pertemukan aku dengan beberapa selebriti yang berhijrah dan berdakwah. Agak stress ketika itu oleh sebab sesuatu, gerun diriku dengan 'gurauan' Allah yang buat aku down. Seusai meeting, ada sahabat ajak. Aku pom baru tahu tentang forum 'Hatiku Hanya Milik-Mu' di Karangkraf seksyen 15. Then terus rempit dengan member kamcing aku pergi sana.



Aku dop minat beli majalah then terus cari tempat forum tu then duduk kat situ. Tak lama kemudian nampak Irma Hasmie. Kak Amie Sofia (Juara Solehah rancangan TV Al-Hijrah) dan kak Firus (Juara Ustazah Pilihan) aku tak kenal mula-mula, then aku perhati punya perhati, rupa-rupanya mereka selebriti. Teruja gak aku nampak selebriti serapat 9 kaki. Sebelum itu aku terlihat bro Sham Kamikaze. Ustaz Azhar Idrus (UAI) je yang takda sebab bro Sham sinonim dengan UAI.

Forum bermula, mereka naik ke atas. Aku rasa syok sangat, terlupa sebentar masalah aku. Best tengok Imam Muda Asyraf jadi moderator, lawok je. Lama aku renung mreka sambil mendengar forum itu. Hati terdetik ingin memeluk kak Irma Hasmie sebab bagi aku, di kala resah, aku perlukan seseorang untuk didakap. Kalau dapat ibu memang nikmat tetapi ibu jauh. Akhir forum, aku tergesa-gesa menunggu mereka untuk salam dan tangkap gambar tetapi bila kat depan kak Irma, aku rasa dia tak selesa jadi aku hanya bersalaman dan mengambil gambar dengannya. Aku salam pulak kak Amie, ambil gambar then salam, aku request,

"kak saya nak peluk akak boleh?"

"boleh"

Dan dia memeluk aku. Rasa nikmat sangat, beban aku rasa lega, rasa ringan. Sebelum itu, aku anak bongsu jadi memang kebiasaan aku memeluk akhwat, jangan salah faham pula sebab aku memang memeluk ibu juga akhwat lain apabila aku rindu pada mereka. Akak tu sangat mesra. Best dapat berkenalan dengan dia. Hajat hati kalaulah aku boleh lepaking, berusrah dengan dia macam aku lepaking dengan member aku kan best. Subhanallah.Then aku alih pula dengan kak Firus, dia sangat best. Mesra + sempoi + gila-gila. Akak tu pandai speaking, respek gila aku. Seliuh mulut aku kalau speaking macam dia.

Aku pulang dengan rasa excited terlebih jumpa kak Amie dan kak Firus yang cambest. Senyum sampai telinga.

"Terima kasih Allah atas hadiah hari lahir ini"

GEMBIRA! Lepas ini memang aku akan selalu menatap fanpage mereka.

Kak Amie: Tasneem Amie
Kak Firus: Ustazah Pilihan Firus

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites