Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Hari ini aku terkenang kenangan-kenangan aku yang dahulu dan kini berkaitan kawan yang aku ada sekarang. The person yang aku sayang, kasihi dan cintai.
1. Tiap kali aku berpuasa, dialah orang yang tahu aku berpuasa walaupun aku tak cakap dan dia akan menyibukkan diri menyiapkan makanan untuk aku berbuka walaupun masa itu aku ada makanan untuk dimakan.
2. Pernah sekali aku demam panas, disyaki demam denggi. Diala orang yang lapkan tangan, dahi, kaki aku agar panas aku kebah, bila aku perlukan sesuatu dia akan offer diri dia untuk bantu aku dengan misscall dia since dia pernah menjadi budak rumah aku dahulu.
3. Aku seorang yang tak pandai balas apabila dibuli secara lisan dan dialah yang selalu backup aku time aku kena buli melalui lisan.
4. Sewa rumah di apartment bersama pelajar lain dengan kuantiti sederhana merupakan sesuatu yang compact. Ampaian rumah selalu penuh dengan baju-baju housemate. Tiap kali aku nak basuh kain, dialah orang yang akan tolong angkatkan kain yang dah kering dan yang sedia ada diketepikan untuk memudahkan aku jemur kain aku sesudah aku basuh kain nanti.
5. Dia adalah earner yang dah expert. Apabila aku minta dia ajar, dia akan luangkan masa untuk mengajar. Kadang-kala perspektif aku, orang kaya sombong, tetapi aku tengok dia biasa je. Sangat caring tanya proces aku macam mana. Dia tak kedekut ilmu untuk share bagaimana dia achieve such success money earner.
Mungkin ada antaranya sesuatu yang remeh tetapi it really touched me. Dengan adanya teman seperti mereka, hidup aku lebih ceria. Ada antaranya free hair, tak sefikrah dengan aku but afterall, aku amik yang baik, the best thing yang ada dalam diri mereka. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Dengan awesomenya jasa mereka ini, mengajar aku,
walau seburuk mana pun seseorang itu pasti ada baiknyawalau sebaik mana pun seseorang itu pasti ada buruknya
Jadi kita tak boleh nak expect seseorang yang kurang baik itu semua buruk dalam dirinya and vice versa. Teringat satu pepatah,
Apabila kamu ingin memarahi temanmu itu atas 1 kesilapannya, kenanglah 10 kebaikkannya, pasti ia melebihi kesilapannya
Jadi hargailah the best part of your friends people around you. Same goes to,
Apabila kamu ingin memarahi Allah kerana 1 ujian-Nya, kenanglah 1000 nikmat yang telah Dia berikan
Dia bagi kita sihat tetapi jarang sekali kita bersyukur, berterima kasih pada Allah dan apabila Dia bagi kita sakit, masa itulah nak marah.
"Kenapalah Kau bagi aku sakit time ni"
"Tak sukalah selsema!"
Cuba kenang ketika kita sihat, ada tak kita bersyukur. Kalau perasan, time kita sakit barulah adanya kalimah Allah terungkap di bibir,
"Ya Allah sembuhkanlah aku, aku tak tahan dengan selsema ni"
Kadang-kala Allah bagi masalah/musibah sebab Dia nak dengar kita merintih pada-Nya sebab Dia dah lama tak dengar rintihan kita. Dia nak dengar kita selalu menyebut nama-Nya. Jadi? Biasakanlah diri mengungkap nama Allah agar bila kita merintih, Dia sudah serasi dengan kita kerana Dia tahu,
"Oh inilah hamba yang ingat Aku di kala sihat"
---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
0 comments:
Post a Comment