Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Lautan dosa yang lalu membuatkan aku disapa oleh-Nya. Terdetik di dalam hati pada suatu hari ketika di sekolah menengah. Telah terlalu jauh aku daripadanya. Solatku jaga namun oleh sebab solat yang tidak benar, masih ada kemungkaran yang dahsyat aku lakukan.
Suatu hari hati terdetik merasa benci pada kemungkaran itu. Rasa meluat yang teramat. Rasa jijik dengan dosa itu. Aku menangis sendirian mencari cahaya untuk menyinari kegelapan yang telah lama malap dan kelam.
Sejak daripada itu, aku tekad berhijrah agar aku dapat lari daripada kelompok kemungkaran itu. Memang benarlah kawan boleh jadi pengaruhnya.
Di sekolah menengah aku rasa lebih dekat pada jalan-Nya, apabila maghrib, aku dan rakan asrama yang lain akan pergi ke surau untuk solat jemaah dan stay sehingga Isyak sambil membaca Al-Quran. Kelompok yang membaca Al-Quran ketika itu membuatkan aku turut sama menyertai mereka membaca Al-Quran.
Selama dua tahun di sekolah teknik, aku mendapat kekuatan untuk terus berada di jalan Tuhanku. Aku bersyukur kerana Dia memberikan aku kemudahan dengan menawarkan aku bersekolah luar daripada negeri kelahiranku.
“…Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu….” (surah an-Nur,24: ayat 35)
“Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.” (surah an-Nur,24: ayat 46)
Aku sangan bersyukur kerana menjauhkan diri daripada kelompok kemungkaran aku di sekolah menengah yang dahulu adalah usahaku untuk berubah kembali ke jalan Allah dan membuatkan aku lebih kuat berubah di jalan-Nya.
Aku berniat lagi setelah selesai sekolah teknik, aku ingin pergi berhijrah ke negeri lain dan Allah menghantarku ke kolej matrikulasi di Pahang. Di situ, Allah mengajarku untuk mempertingkat usaha penutupan aurat iaitu memakai stoking dan handsock. Aku bertambah kuat apabila berjumpa dengan kakak bertudung labuh yang menjadi fasilitatorku ketika itu, iaitu kak Syuhada dan beberapa kakak yang lain. Ada juga kakak yang lain walaupun tidak bertudung labuh tetapi masih menutupi dada aku tabik pemikiran mereka dan salah seorangnya adalah kak Hana.
Dahulu aku tak rapat dengan dia tetapi Allah merapatkan kami setelah aku tamat matrikulasi sehingga sekarang. Sering kali aku mencarinya untuk menasihati aku dalam permasalahan kehidupan seharian dan aku sangat suka mendengar nasihatnya.
Kak Syuhada pula adalah seorang kakak yang aku luahkan kisah silamku dan mendapatkan tips dan semangat daripadanya ketika di kolej matrikulasi dahulu agar terus kuat dan tetap tabah dalam penghijrahan ini. Aku menangis di hadapannya dan dia memelukku dengan penuh makna memberi ketabahan dan kekuatan pada diri ini.
Ketika di matrik, aku mengenali seseorang bernama Hanim. Kami sama-sama dalam penghijrahan dan dialah menjadi tempat untuk aku mendapatkan kekuatan, kami pergi masjid sama-sama. Saling mengajak pergi masjid, baca Al-Quran. Tambahan lagi, dia adalah rakan sebilikku.
Apabila aku pergi ke kursus kepimpinan di Kedah, aku melihat ramai sahabat muslimah yang bertudung labuh. Naluriku yang berhijrah tertarik pada seseorang bernama Tasnim. Di kala sebelum Subuh, aku melihat dia ke surah berdekatan. Mungkin menunaikan solat sunat lantas aku menyegerakan langkahku menurutinya. Aku perhatikan dia dan menuruti amalannya. Sangat tertarik pada peribadinya. Lembut tutur katanya menarik aku untuk mendekatinya.
Setelah selesai kursus itu, aku meminta nombor telefonnya dan mengambil sekeping gambar dengannya sebagai kenangan. Hasrat hati aku ingin menjadi sahabat sejatinya namun aku tidak mahu memaksa. Ketika dia disuspek demam H1N1 dan kena kurung di kolej matrikulasinya di Melaka, aku mendapat instinct untuk sms dia. Oleh sebab "im a good listener but not a good responder", aku hanya mampu berasa simpati dan memberi sedikit nasihat untuknya.
Penghijrahanku diteruskan lagi di MSU. Aku didekatkan dengan PMI. Bertemu sahabat-sahabat yang bertudung labuh membuatkan aku excited untuk mendekati mereka. Dari situ aku rasa bertambah kuat, menyertai usrah dan juga cuba merapati beberapa sahabat untuk mendapatkan kekuatan bertudung labuh. Bermula dengan kak Ummu kemudian kak Sol. Aku lebih banyak lepaking dengan kak Sol berbanding kak Ummu.
Suatu hari ketika menemani kak Sol membeli tudung di SACC Mall, aku menyatakan hasratku untuk berubah kepada tudung labuh. Kak Sol memberikan kata-kata dorongan untuk aku upgrade bertudung labuh kerana aku sudah melalui asas-asas sebelum bertudung labuh. Daripada atas sehingga bawah daripada segi pemakaian cuma daripada segi akhlak aku cuba memperbaiki sedikit demi sedikit. Ketika menemani kak Sol ketika itu, aku turut membeli sehelai tudung bidang 60" berwarna hijau lumut dan itu tudung labuh aku yang pertama.
Setelah pulang, pada keesokan harinya, ketika ingin memilih tudung, aku merenung tudung itu dan menyarungnya bersama t-shirt muslimah paras lutut. Begitulah aku bertudung labuh.
---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
3 comments:
alhmdulillah bgus, ade peningkatan dri segi menutup aurat..kalo rjin try cari pndangan 4 imam mzhab dlm hal aurat..msti terkejut kalo jmpa nnti..bleh jdi nangis pn ade..slmat mencari
cerita yg memberi inspirasi :) mungkin suatu hari nanti giliran sy, insyaAllah~ doakan ye, krn asas2 sbelum b'tudung labuh tu, sy masih x kuat utk melaluinya :(
insyaAllah.syukran sudi melawat blog ini.
harus kuat ^_^ sy doakan smoga dipermudah
Post a Comment