Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Di sini aku kongsikan soalan dan jawapan yang diberikan oleh Encik Fuad Latip tentang solusi kisah cinta remaja yang menjaga hati.
Soalan:
asslm, encik Fuad Latip, ad dop tips utk muslimah 20-an tentang cinta dan jodoh.biasanya mereka ini banyak terlibat dgn perasaan ign mencintai + dicintai krn Allah.tidak kurg juga sering berfikir ttg kahwin awal, namun adakalanya masih belum sedia dan juga masih belum terbuka untuk menerima lelaki yg melamarnya apetah lagi kurg ciri2 ttg kefahaman agama pd lelaki itu.
tidak kurang juga, sudah dilamar olh lelaki yg mempunyai ciri2 idaman mereka tetapi oleh sbb mereka masih muda dan lelaki itu juga masih belajar, mereka terpaksa bermujahadah menjaga hati sehingga keadaan mengizinkan.antara masalahnya adlh kewangan krn ad juga shbt muslimah sy, mereka dah nikah tetapi walimah pending sbb masalah kewangan.
pada muslimah yg tlh dilamar olh lelaki ciri2 idaman mereka tetapi perlu menangguh kerana masalah kewangan, mungkin agak terseksa kerana mereka berjuang dengan mainan hati dan kadang kala ia membawa hiba pada mereka.ikut hati, ingin nikah segera tetapi perlu juga lihat pada keadaan semasa agar perkahwinan kelak tidak menjadi medan dilenyek masalah.
apakah tips yang boleh dikaitkan dgn sedarkan Allah?sy meminta krn tiap status encik fuad sgt mberi kesan ke dlm hati sy cuma kdg kala tak bertahan lama tetapi bile sy bce smula sy refresh kesedaran itu.syukran katsiran ya Allah dan encik fuad.
Jawapan:
Saya akui.. ia agak sukar. Walaupun keutamaannya bukan cinta mencintai... namun mana mungkin untuk menolak. Cakap mudah... namun jiwa yang merasa... Allahuakbar!.. saya sudah lalui semuanya.
Tapi mungkin... saya tidak pasti... cuma dulu saya ada juga lakukan... mencari jalan agar perasaan cinta tidak terbendung jika dihalang namun dalam masa yang sama... mengelakkan diri dari sesuatu yang melampaui batas.
Cubalah ajak pasangan pergi ke program2 yang manafaat. Tapi datangnya berasingan serta duduknya berasingan. Cuma tahu dia juga ada di program itu mungkin melalui SMS atau ternampak. Tidak berjumpa langsung pun atau ketika jumpa di program.. sekadar tanya.. macam mana program? ok ke? ... tapi cukuplah sekadar teguran ringkas.
Ini pun sudah rasa ada sesuatu perasaan reda di hati di mana kita tahu sidia ada di dalam program yang sama. Carilah program yang lebih baik... seperti khusyuk dalam solat, kekeluargaan islam, fardhu ain, belajar tajwid etc seumpamanya. Program-program yang lebih membawa kepada kemurniaan jiwa. Disamping manafaat untuk diri, ia bagus juga untuk pasangan. Sama-sama mendapat ilmu yang sama bagi persediaan untuk hidup bersama.
Wanita mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Mampu menarik lelaki yang kurang sikit hal beragama ini menjadi orang yang benar-benar patuh pada agama. Biarlah mulanya kerana cinta.. namun inshaAllah doakanlah agar dia lakukan kerana Allah. Ketika Allah membuka hati lelaki ini... siapakah dirinya untuk menidakkan.
Namun setelah menjadi suami nanti... ia agak berat untuk membawa suami mengambil tahu hal agama jika suami jenis yang tidak ambil berat tentang agama. Peluang yang ada untuk wanita adalah ketika alam percintaan ini. Namun harus benar dalam perhubungan agar tidak melampaui batas.
Tidak keluar bersama namun datang program atau majlis ilmu yang sama tetapi datangnya berasingan dengan sahabat wanita dan sidia dengan sahabat lelakinya.
Tidak makan bersama tetapi makan sama dalam program namun duduknya berasingan. Cukuplah ia sebagai pengubat hati yang ingin mencintai dan dicintai namun bimbang perhubungan itu melampaui batas.
Masih ingatkah kisah Siti Aishah ketika sebelum menjadi isteri Nabi? Diminta ayahnya untuk membawa makanan untuk Nabi. Itu pun sudah cukup untuk mengubat rindunya pada nabi.
Di sinilah saya mendapat ilham.. cara yang terbaik... bukan menghalang terus.. namun harus dengan cara yang benar lagi diredhai.
InshaAllah... semoga lebih ramai muda mudi rajin datang ke majlis2 ilmu dan niatkan dengan baik untuk kemurniaan, keharmonian rumahtangga yang akan dibina akan datang.
Wallahualam
Semoga bermanfaat
----------
Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
Parents-Teachers Meeting Hamzah - 27 Julai 2024
3 months ago
0 comments:
Post a Comment