Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Melihat gambar ini membuatkan aku berfikir jauh. Masing-masing pasti mempunyai impian. Begitu juga aku. Namun dalam mencoret impian, aku sering mengingatkan diri bahawa,
"Dunia ini akan kiamat hancur dan berpindah ke Akhirat"
Kini, aku mula meminati fotografi apetah lagi aku sudah memiliki 'Eiman' (kamera dslr). Bertambah passionku.
Sahabat inspirasiku pernah berkata,
"Walau apa pun yang kita lakukan, kita harus kaitkan dengan agama Islam untuk menyambung perjuangan selepas kita keluar daripada MSU"
Jurufoto Pada Keindahan Ilahi
Oleh sebab itu, aku berazam menjadi photographer yang mengambil gambar yang mempunyai pengisian islamik dalamnya seperti HalfShutter. Gambar dia sangat inspiring. Namun, ada sesuatu yang menghalang. Aku perlu beli lens tetapi oleh sebab aku masih pelajar aku mempunyai kekangan kewangan. Itu tidak menghalang aku untuk menangkap gambar berkonsep pengisian keindahan Yang Maha Esa. Aku perlu berusaha apetah lagi semalam, aku dapat inspirasi daripada sahabat yang belanja aku juga sahabat lain makan KFC sebagai perjumpaan terakhir di bulan Ramadhan sebelum balik raya.
Sekarang, dia on the way nak praktikal dan aku melihat dan memerhati betapa dia bersungguh-sungguh cari dan mulakan perniagaan sebagai side income. Dia merupakan seorang lelaki yang berwawasan pada pandangan aku dan aku kagum pada semangatnya. Bukan senang dan selalu aku dapat mengetahui seorang lelaki pada usia remaja yang mana usia yang biasanya orang lain enjoy tetapi aku memerhati dia sebaliknya dia mencari perniagaan yang boleh diceburi untuk side income sebelum menjurus ke arah kerjaya sebenar.
Malahan aku juga kagum sebab, bukan selalu aku jumpa lelaki yang tak begitu bergantung pada kewangan ibu bapanya sebab itu aku kagum akan semangatnya yang mana ia memotivasi diri aku agar melakukan sedemikian kerana aku juga tidak mahu bergantung kepada kewangan keluarga dan aku juga boleh jadikan ia sebagai side income untuk aku bayar duit pinjaman PTPTN nanti. Jadi, tidaklah terlalu kecewa jika tidak mendapat pekerjaan dan bidang yang aku nak ceburi adalah dropshipping yang lebih mudah. Kita hanya promosi produk itu sehinggalah mendapat order dan pembekal yang akan uruskan urusan pembungkusan dan penghantaran.
Mempelajari Seni Kaligrafi
Ketika program Jejak Nur Ramadhan di MSU tempoh hari, aku tertarik pada seni kaligrafi yang dilakarkan oleh seseorang daripada Yayasan Restu. Ia memutikkan rasa ingin belajar seni kaligrafi. Sangat cantik dan lembut. Subhanallah. Apabila aku sudah ada income daripada perniagaan dropshipping aku, aku berazam untuk masuk short course (part time) berkaitan seni kaligrafi.
Menetap di Australia
Daripada kecil aku impi pergi ke Australia. Aku tak tahu kenapa tetapi aku amat berharap suatu hari nanti aku dapat menjejakkan kaki di sana. Apabila aku menonton suasana di sana di TV, impian aku akan bercambah kembali. Aku juga tahu, kat sana umat Islam ramai yang menetap di sana. Ada usrah dan aku rasa umat Islam di sana agak akrab berbanding di Malaysia.
Membuka Perniagaan Seni Kaligrafi
Selepas aku menunaikan haji bersama ibu dan ayah tersayang, andai ada rezeki aku berazam untuk menetap di Australia. Jika kedua ibu bapaku ingin mengikutiku, aku akan bawa mereka sekali. Inilah masanya untuk aku membalas jasa mereka. Kalau masa tu aku dah kahwin, aku harap si dia akan benarkan aku laksanakan apa yang aku rancang. Aku suka berhijrah. Daripada sekolah menengah hingga sekarang. Sebab itu, tempat belajar aku lain-lain negeri. Nak pergi luar negara, masih belum ada rezeki apetah lagi keputusan aku yang tak seberapa tidak mengizinkan aku ke sana.
Itulah sebabnya aku ingin berhijrah menetap di Australia dan membuka perniagaan seni kaligrafi di sana. Kalau dilihat pada keratan surat khabar di atas, betapa seni kaligrafi semakin sepi. Oleh sebab itu, aku berniat untuk mengembangkan seni kaligrafi dengan membuka tempahan gambar, design, banner, buku dan menawarkan kelas seni kaligrafi. Kalau di Malaysia mungkin dah ada, jadi sebab itu aku ingin mulakan di Australia.
Kelas Tarbiyah
Di samping membuka perniagaan seni kaligrafi, aku ingin membuka syarikat bernama 'Al-Insyirah Tarbiyah Circle' yang menekankan usrah khas untuk kanak-kanak dan remaja seakidah di sana. Sangat berharap jika si dia, pemilik tulang rusukku menyokong aku dalam kerjaya ini sebab sewaktu aku pergi program beliawanis anjuran sebuah badan dakwah, salah seorang panel untuk forum pada hari itu menyatakan bahawa dia mempunyai tadika islamik untuk kanak-kanak yang mana ia memberi aku inspirasi untuk membuka syarikat bagi tujuan dakwah.
Aku suka berniaga mungkin juga suka duit tetapi daripada sekolah rendah, aku mula berniaga, jual cokelat, gula-gula sampailah aku masuk matrikulasi cuma di MSU, aku tidak lagi berbuat demikian. Oleh sebab itu, aku ingin membuka syarikat itu bagi menyebarkan dakwah, menggunakan pinjaman Allah bagi membantu agama-Nya.
Semoga aku diberi ketetapan juga keazaman pada impian ini untuk realisasikannya pada suatu hari nanti..aku juga ingin memohon doa kalian agar aku dapat realisasikannya. Ya Allah, aku mohon agar impian ini dapat direalisasikan sebelum aku kembali kepada-Mu
0 comments:
Post a Comment