Pages

9 Aug 2011

Masakan Ayam Kicap Untuk Sahabat Inspirasi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hajat hati aku nak kongsi masakan Ayam Kicap ini pada sahabat inspirasi kerana aku tahu dia suka lauk ayam kicap. Aku sangat bersemangat dan terinspirasi masakkan untuk dia. Tak tahulah kenapa, kuat benar rasa kasih & syg utknya sehingga aku sangat bersemangat dan terinspirasi untuk masakkan atau buat apa sahaja untuk dia.


Namun, apakan daya, di saat aku ingin memberi pada hari ini untuk makanan dia sahur/berbuka puasa aku dapat tahu aku tak dapat bagi dia makanan ini atas sebab-sebab tertentu. Kecewa? SANGAT.

Namun, aku fikir,

"Allah itu Maha Mengetahui, lebih tahu apa yang kita tak tahu, pasti semua ini ada hikmahnya. Mungkin adalah lebih baik jika aku tak bagi dia makanan ini."

Aku tersenyum. Jiwa yang positif itu kan jiwa bahagia yang akan mberikan aku hidup yang bahagia. jiwa positif=redha dgn ketentuan Ilahi (mengikut sunnatullah)=jiwa bahagia. Senyum aja ^_^

Tapi tak pe, walau aku tak dapat bagi lauk kegemaran dia, aku dapat belajar masakan baru. Boleh praktik kat universiti kediaman + sbg preparation utk menjadi isteri. (Padahal aku buat ini sbb sgt bsmgt utk msakkn utk shbt inspirasi klu x...lalalala :) )

Bahan2 + Cara Masak

Halia
Bawang merah (besar)
Bawang putih
Kiub ayam
Air asam jawa
Ayam
Serbuk lada hitam
Serai

1. Potong bawang besar, bawang putih seperti tertera
2. Gaul ayam dengan garam (semestinya ayam yang dah disiang)
3. Sediakan air asam  jawa seperti tertera
4. Goreng ayam terlebih dahulu
5. Dengan minyak yang baru, (nilai kuantiti minyak mengikut bahan2) masukkan bawang putih dan halia. Tunggu sehingga kuning.
6. Masukkan bawang besar
7. Masukkan ayam
8. Tak lama pastu, masukkan serbuk lada hitam dan kibu ayam.
9. Gaul sehingga sebati.

Siap! Selamat beramal! ^_^

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites