Pages

13 Aug 2011

Beriku Lauk Kegemaran Pada Sahabat Inspirasku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tak dapat idea nak letak tajuk apa. :) Layannn~

Sujud tahajud di waktu pagi memutikkan rasa kesedaran dalam diri bahawa Dia banyak makbulkan doa untuk impian aku terutamanya sahabat inspirasi. Dia sentiasa membuka peluang dan ruang agar aku dapat spend time dengan dia apetah lagi tak lama lagi dia akan pergi daripada university kerana praktikal yang mana dia tidak akan berada lagi di sisi aku di saat aku perlukannya.

Allah terlalu manjakan aku. Banyak nikmat Dia bagi aku namun aku pula AMAT SEDIKIT sekali tunaikan apa yang Dia nak/suka. Masih memanjakan sang jasad yang kurang ingin kembali pada Sang Pencipta. Sebenarnya sang jiwa itu sentiasa inginkan kebaikan terutamanya sedar akan Sang Pencipta. Dia nak ingat dan sedarkan Allah setiap saat namun sang jasad yang lebih mendahului dapat melemahkan semangat sang jiwaku untuk ingat pada Sang Pencipta

Semalam, dalam perkara yang aku tak rancang namun aku sentiasa berharap, aku terserempak atau dapat berjumpa dengan sahabat inspirasiku. Allah tahu aku selalu ingin terjumpa dengannya. Oleh sebab itu, ada sahaja yang Allah buat yang terjadi dalam hidup aku seharian agar aku dapat berjumpa dengan dia. Dalam perjalanan ke kampus dengan niat untuk menyambung bacaan tadarus bersama sahabat lain, akhirnya sampai ke masjid MSU. Ku lihat selipar sahabatku itu tiada. Aku cuba menghubunginya namun tak diangkat.

Dalam mata berkeliaran mencari jasad sahabatku itu, mata aku menangkap sekujur tubuh yang aku kenali walau daripada belakang. Tersenyum. Aku mara ke arahnya dan duduk secara berdekatan menyapanya.

“Alhamdulillah, terima kasih Allah”

Seterusnya aku menatap, mengamati wajah sahabat inspirasi yang sangat aku sayangi. Hanya mendiamkan diri dan mendengar dia berbual bersama sahabatnya. Dalam pada itu, aku mencari sahabat tadarusku, namun hampa. Dia masih tidak kelihatan.

Tak lama kemudian, sahabat inspirasi berundur diri kerana ada hal lain.

“Bye Insyirah”

Hanya tersenyum namun masih gembira walau hanya dua perkataan.

Dua hari semalam, Alhamdulillah aku dapat memberinya lauk kegemarannya setelah ketika hari yang aku ingin berikan lauk itu tak jadi oleh sebab moyangnya meninggal. Al-Fatihah kita sedekah kepadanya. Beruntunglah orang yang meninggal dunia ketika bulan Ramadhan, bulan mulia.

Ku lihat wajah muramnya sehari selepas itu namun aku tak mampu berbuat apa-apa. Oleh sebab itu aku masakkan lauk untuk dia dan sepasang jubah buat menggembirakan dia. InsyaAllah.

“Syira selalu bagi akak macam-macam tetapi akak tak bagi pape pn”
“Takpelah, saya tak minta papepun”..aku tersenyum

Sememangnya tiada apa yang aku mahukan daripadanya. Aku mencintai kerana Allah. Jadi, yangku harapkan kemuliaan di sisi Allah (petikan daripada buku Bercinta Kerana Allah karya Misbah Em Majidy). Kerana kemuliaan di sisi Allah dapat membantu aku di Akhirat, insyaAllah. Sedangkan kemuliaan di sisi manusia tidak akan membawa apa-apa di Akhirat nanti. Jadi, adalah lebih baik aku cuba sedaya upaya untuk ikhlaskan diri bersahabat, memberinya apa sahaja yang aku mampu hanya untuk mendapatkan kemuliaan di sisi Allah.

Senang aku melihatnya tersenyum sejurus aku memberi bungkusan itu.

“Thanks a lot..=)”

SMS yang aku terima setelah aku pulang ke rumah. Aku tersenyum. Gembira


Semalam Alhamdulillah. Sekali lagi Allah bagi peluang dan ruang untuk aku bersama dan mendekatinya. Setelah tamat kelas pada pukul 4 petang aku melangkah ke surau untuk menunggu solat Asar. Dalam mata meliar mencari tempat yang sesuai, aku ternampak dia sedang bertadarus bersama sahabat lain. Lantas aku tersenyum. Meletakkan beg dan sertai dia.

“Alhamdulillah, dapat spend time dengan dia lagi + dengar dia baca Al-Quran”

Mungkin kerana aku sayangkan dia jadi segala apa yang dia buat aku suka. Bagi aku, bacaan Al-Qurannya merdu dan menenangkan. Aku suka mendengarnya bacaannya. Setelah azan Asar, kami berhenti untuk solat.

“Ya Allah, aku mohon berilah peluang aku dapat solat sebelahnya” ..ku mohon pada-Nya melalui kesedaran penuh kepada Yang Maha Esa yang sangat dekat denganku

Kedengaran iqamat, dan aku mula melangkah ke saf depan. Alhamdulillah, dapat solat di sebelahnya.

“Terima kasih Allah”


Peluang seterusnya Allah berikan melalui iftar yang kami sertai. Walau aku tak semeja dengan dia namun aku tahu dia duduk tidak jauh daripada aku. Seusai aku menghabiskan makanan aku, aku mara ke mejanya. Sengaja mengarahkan ‘E-Man’ (kamera DSLRku) ke arah meja mereka dan sekaligus mengambil peluang untuk menangkap gambarnya.

“Terima kasih Allah, sekali lagi”

Masa yang berbaki membuatkan aku ingin menangkap gambar dan moment-moment bersamanya sementara aku masih sempat dan suatu hari apabila waktu itu memuncak, aku akan compilekan semua kenangan itu dan buat simpanan peribadi aku. Hanya aku yang akan menatapnya.


Kemudian ketika solat Isyak, sekali lagi aku mohon agar dapat solat di sebelahnya. Namun hampa tetapi sebenarnya Allah masih kabulkan doa aku. Seusai solat Isyak, aku dapat solat di sebelahnya untuk solat sunat. Baguskan Allah? ^_^

Hajat hati agar dapat solat terawih bersamanya namun dia ingin pulang. Walau hati hampa namun ia mengajar aku agar ikhlaskan diri solat terawih walau tidak bersamanya. Sebelum dia pulang, aku amati wajahnya dan menunggu untuk bersalam dengannya. Dan menyertai jemaah untuk solat terawih.

Lihatlah bagaimana Allah kabulkan doaku walaupun perkara yang sangat remeh temeh namun aku tak tunaikan apa yang Dia suka aku buat. Aku jarang sedarkan Dia setiap saat melain aku ada permintaan.

“Ya Allah, aku mohon aku ajarkan aku menyedarimu setiap saat”

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites