Pages

14 Aug 2011

Ramadhan yang aku sedari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Entah mengapa seusai menadah tangan setelah selesai solat sunat witir di surau, lama. Lama aku memerhatikan tanganku.

“Adakah tangan ini yang akan menerima kitab amalanku?”

Aku terfikir namun aku tiada jawapan untuk persoalan itu.

“Aku perlu banyakkan ibadah di bulan ini”…hati bermonolog



Laluan menuju ke kolej kediamanku (rumah sewa je sebenarnya) membuatkan aku berfikir sejenak.

Kalau sebelum ini, aku tak rasa aku nantikan Ramadhan.
Tetapi kini, aku rasa aku ternanti-nanti Ramadhan. Pada permulaan sebelum Ramadhan datang, hati ini sangat berharap agar aku disampaikan ke bulan Ramadhan hatta ketika itu b eberapa jam lagi masuk Maghrib kerana ada sahaja mereka yang tidak dapat sampai ke bulan Ramadhan. Mereka ‘pergi’ tanpa Ramadhan.

Kalau sebelum ini, aku malas dan merasa terpaksa pergi solat terawih.
Tetapi kini, aku merasakan bahawa aku bersungguh-sungguh ingin sertai terawih seolah-olah satu kemanisan dan keseronokan dapat solat terawih. Kalau dulu, pergi terawih pasti aku ternanti-nanti,

“Bilakah rakaat terakhir?”

Dan setelah satu rakaat selesai pasti aku mengira. Rasa seperti lambat pula. Namun kini, dalam sekelip mata, telah pun selesai solat terawih, dan solat sunat witir.

Kalau sebelum ini aku tak sedar kepentingan beristighfar di bulan Ramadhan.
Tetapi kini, aku sedar dan aku perlu laksanakannya. Pepatah  yang aku pernah dengar baru-baru ini,

“Amatlah rugi seseorang itu jika tatkala Ramadhan telah pergi, dia tidak mendapat keampunan”

Kalau sebelum ini, bacaan Al-Quran yang aku lafazkan seperti biasa tanpa peningkatan untuk membacanya dalam seharian.
Tetapi kini, aku sentiasa ingin manfaatkan masa sama ada membaca Al-Quran atau terjemahannya untuk aku memahami apa yang aku baca. Apetah lagi tatkala aku singgah di masjid MSU, kelihatan beberapa akhwat lain yang membaca Al-Quran, telah membuatkan aku bersemangat untuk membaca Al-Quran di samping mencari nada bacaan tersendiri.

Kalau sebelum ini, aku tak tahu/jarang sedarkan Allah setiap jam apetah lagi setiap saat.
Tetapi kini, Alhamdulillah, aku mula mempraktikkan sedarkan Allah setiap saat setelah aku mempelajari cara sedarkan Allah dalam Bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia. Bulan Ramadhanlah bulan aku memulakannya untuk berlatih sedarkan Allah setiap saat.


0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites