Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kuat benar hari ini ilham daripada Allah agar aku sertai solat terawih di surau taman perumahanku. Oleh sebab tak lama lagi raya, bebarapa malam ini aku agak sibuk membeli dan menyiapkan rumah untuk raya nanti. Walau agak kekangan masa, namun hari ini aku tekad untuk sertai solat terawih apetah lagi ia merupakan malam terakhir sebelum Ramadhan pergi.
Rupa-rupanya ada sesuatu yang Allah ingin ajarkan pada aku. Aku mula melangkah dengan berat ke surau selepas menunaikan solat maghrib. Makanan yang banyak disuap ketika berbuka tadi membuatkan aku berat untuk bergerak..ish3 Menuju ke surau bersama ibu tersayang dan aku terpaksa ke saf depan berpisah dengan ibu oleh sebab ruang yang kosong. Ketika itu aku melihat, seorang mak cik dipegang bahunya dan dialih agar rapat ke sisi aku. Aku pelik.
"Mak cik tu tak boleh bergerak sendiri"
Aku was-was untuk pandang tepat ke arahnya, oleh sebab itu aku hanya sempat menjeling sedikit ke arah matanya.
"Terpejam, dia buta ke?"
Aku biarkan soalan itu tanpa jawapan sehingga habis solat Isyak. Seusai solat Isyak, aku salam makcik tu. Tangannya seakan-akan meraba-raba menghala ke bawah, mencari tanganku untuk aku bersalam dengannya. Baru aku tahu,
"Dia buat rupanya"
Seusai solat sunat selepas Isyak, ada tazkirah ringkas diberikan oleh imam. Aku mendengar dan merenung. Rupa-rupanya ini yang Allah ingin ajarkan kepada aku malam ini, sebab itulah agaknya Dia kuat desak aku agar pergi solat terawih malam ini. Lalu aku merenung seketika,
"Sedangkan dia yang buta pun bersemangat pergi terawih tetapi aku?? Malas. Terlalu melayan kerenah si malas untuk kembali kepada fitrah. Sepatutnya aku memacu laju beramal soleh di malam terakhir di bulan Ramadhan tetapi tidak. Cuba lihat makcik. Dia buta tetapi masih, dia pergi solat terawih. Tak de pun dia bersikap malas seperti kau. Kau sempurna semua ok. Telinga, mata, tangan semua cukup dan sempurna tetapi kau tak gunakan untuk patuh dan taat kepada-Nya, beribadah kepada-Nya."
Lalu aku merenung pula keramaian yang aku lihat di shopping complex semalam semasa aku membeli pakaian.
"Mereka itu semua sempurna, ada tangan yang dapat bergerak dan memegang, telinga yang peka mendengar, mata yang celik, tidak buta tetapi mereka lebih utamakan kepentingan mereka berbanding kepentingan Allah. Tak gunakan untuk beribadah. Begitu juga dengan orang yang tak solat, berbuat maksiat dan tidak terawih. Ada juga antara mereka yang berpuasa tetapi tidak solat, mereka itu sempurna tanpa kecacatan pada anggota badan mereka tetapi mereka tak solat terawih macam mak cik tu. Makcik tu buta tetapi keadaan dia yang buta tak dijadikan alasan untuk beribadah. MasyaAllah, betapa aku tidak mensyukuri dan menggunakan nikmat untuk beribadah kepada Allah. Maafkan aku ya Allah, aku mohon agar aku diajarkan untuk berzikir kepada-Mu, mensyukuri nikmat-Mu juga beribadah kepada-Mu"

0 comments:
Post a Comment