Semenjak dua menjak ini aku gusar memikirkan tanggungjawab yang aku akan ditanya. Antaranya,
“Kenapa kau tak ajak/kejutkan kawan kau solat??”
Aku tak kuat nak tegur. Aku sangat lemah. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan TANPA pertolongan Allah. Sebelum pergi Bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia, aku hanya berdoa pada Allah agar tolong lembutkan hati dia, berikan hidayah agar dia solat.
Namun selepas bengkel, apa yang aku buat adalah, sedarkan Allah dalam diri a.k.a ‘link’kan diri dengan Allah, diam dan mohon dalam hati sekian, sekian dan sekian.
Alhamdulillah keberkatan di bulan Ramadhan dan impak amalan yang disarankan dalam bengkel, aku mula lihat dia menunaikan solat. Begitu menakjubkan aku!! Subhanallah..lantas aku mengucapkan,
“Terima kasih Allah”
Apa yang aku belajar di sini, (kalau anda pun seperti saya, nak tegur kawan-kawan yang tak tutup aurat, tak solat) buatlah seperti berikut:
1. Sedarkan Allah dalam diri a.k.a ‘link’ kan diri dengan Allah (sebab Allah itu DEKAT kan?!)
2. Diam sambil maintainkan sedarkan Allah
3. Mohon pada Allah
InsyaAllah dengan kehendak-Nya, Dia akan kabulkan.
Pernahkah anda mendengar ayat seperti berikut:
“Jika kau merasakan getaran cinta, kembalikan ia pada Allah (dengan berdoa) dan mohonlah rasa cinta pada-Nya, kerana apabila kau mohon rasa cinta kepada-Nya, kau juga akan dapat cinta orang ingin merasakan cinta pada-Nya.”
Apa yang aku dapat belajar di sini adalah,
“Setiap jiwa manusia itu Allah yang pegang”
Jadi, kalau anda merasakan cinta pada seseorang dan ingin menjaga hati hanya untuknya, serta berharap dia juga mencintai anda dan dapat berkahwin dengan dia, mohonlah pada Allah kerana jiwa dia itu dipegang oleh Allah jadi seharusnya kita mohon pada Allah untuk memiliki hatinya bukannya kita minta dia agar mencintai anda.
InsyaAllah jika dia yang terbaik, Allah akan aturkan hatinya dimiliki oleh anda.
Selamat beramal ^_^
0 comments:
Post a Comment