Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sengaja dialukan lagu ‘Pemimpin yang adil - Hijjaz’ lagu kesukaan sahabat inspirasi. Hari ini aku gembira. Sangat gembira. Seolah-olah Allah luluskan aku agar dapat maximize spend time dengan dia. Mungkin Allah tahu, aku harap sangat perkara itu terjadi dan Alhamdulillah Dia luluskan.
Oleh sebab sahabatku itu akan tamat bulan 10 nanti, aku sentiasa mohon pada Allah agar aku dapat maximize mempunyai kenangan bersama dia. Banyak! Aku nak banyak kenangan dengan dia selama dia masih di sisi, wajahnya masih dapatku tatap di depan mata. 1001 kenangan bersamanya. Infinity lagi bagus ^_^
Dah lama aku wish perkara itu dan Alhamdulillah Dia kabulkan. Baru sahaja tengah hari tadi, aku dapat tahu group Tadarus Al-Quran aku dengan dia. Wah!! Hati aku tersenyum.
“Yes!! Terima kasih Allah” ..hati bermonolog lantas menyambung senyuman yang sampai ke telinga
Aku tahu Allah dengarkan doa aku cuma Dia akan makbulkan lambat atau cepat je. Allah kan dekat ;) Mungkin juga antara impak daripada Bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia.
“Hanya diam, sedarkan Allah dekat dan wish dalam hati.”
Bagi aku, sedar dan ingat itu lain rasanya. Macam kita ingat pada ibu dan sedar ibu ada di sebelah itu sangat lain rasanya. Macam kita zikir, kadang-kadang mulut sebut nama Allah tetapi hati, fikiran tak bersatu dengan apa yang dilafaz.
Sukar untuk aku ceritakan bagaimana merasakan sedarkan Allah. Kalau anda ada rezeki pergi bengkel itu, aku sangat menggalakkan!! Sebab aku rasa, kalau sekadar cerita, takkan sama dengan apa yang aku rasa dalam bengkel. Yang penting, amalkan..;)
Bertambah bahagia rasanya hidup aku kini dengan hidup berTuhan…subhanallah.
0 comments:
Post a Comment