Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah aku merasakan Ramadhan ini lebih bermakna apetah lagi dapat spend time bersama sahabat inspirasi dalam aktiviti yang sangat bermanfaat iaitu Tadarus Al-Quran. Selepas aku keluar daripada kelas peperiksaan sebelum jam 2 petang tadi, kaki melangkah ke surau. Hajat di hati ingin melelapkan mata sebentar kerana merasakan kengantukan dan aku teringat kata-kata,
“Jangan solat ketika ngantuk.”
Mencari ruang yang selesa, lantas aku terus membaringkan diri. Namun begitu, Allah seperti mengilhamkan agar aku bangun solat agar solat di awal waktu. Lalu aku bangun, tak rasa ngantuk seperti dalam kelas peperiksaan tadi dan tunaikan solat Zuhur.
Kelihatan sahabat segroup untuk Tadarus Al-Quran ada berdekatan, lalu dia bertanyakan pada aku sama ada ingin meneruskan bacaan atau dia mahu pulang, oleh sebab, dia perlu mengikut jadual bas yang lalu di hadapan rumahnya. Oleh sebab aku tiada kertas peperiksaan lagi tambahan tiada apa yang aku mahu lakukan (kerana xde mood nak belajar untuk peperiksaan seterusnya pada waktu petang) jadi kami bersama menyambung bacaan tadarus.
Kenervousan apabila ada yang memeriksa bacaan aku membuatkan aku tergagap nak baca. Namun, aku gigihkan juga agar dapat melancarkan bacaan. Sebelum itu, aku sms sahabat inspirasi yang mana patut kami mulakan disebabkan dia yang memegang borang laporan tadarus. Hati ini tahu bahawa semalam dia mengatakan dia ada paper pada pukul 4 petang, jadi kemungkinan dia tidak akan sertai kami.
Tidak mengapalah jika pendorongku tiada, aku mesti gigihkan diri agar lakukan ia walau dia tiada, hanya kerana Allah. Alhamdulillah amalan doa sebelum dan semasa Ramadhan yang aku amalkan, aku jarang rasa bosan, jemu, lemah semangat, malas dan ngantok berada di jalan-Nya. Kadang-kadang dalam kelas peperiksaan aku rasa ngantok gila, namun begitu, Allah bantu hilangkan ngantuk aku di kala aku bertadarus.
Tak lama kemudian, aku terlihat dia memasuki surau.
“Eh!” …hati bermonolog
“Dia tak join kot, kan dia ada paper petang nih”
Aku meneruskan bacaan dengan sahabat lain. Hati ternanti-nanti,
“Adakah dia akan join kami untuk tadarus?”
Tak lama kemudian, dia datang. Hati seakan-akan tersenyum kerana inspirasi a.k.a pendorong aku berada di sisi aku jadi tidaklah aku ngantuk atau mula rasa bosan nanti. Pada pukul 3.15pm, sahabat lain selain aku dan dia, minta undur diri kerana ingin mengejar bas yang akan berlepas pada pukul 3.30pm. Jadi tinggalllah aku dengannya. Hati tersenyum lagi. J
Petang itu menjadikan petang yang bermakna bagi aku, tambahan lagi, kami berada dalam aktiviti yang bermanfaat. Aku rasa bagaikan, kakak kandung yang sedang mengajarku Al-Quran. Rasa gembira!!
“Terima kasih Allah”…hati tersenyum lagi
Ada juga kami selitkan perbualan tentang tajwid, cara melancarkan bacaan. Aku khusyuk mendengarnya apetah lagi aku gembira dapat spend time dengan dia pada petang itu. Aku bersyukur sebab Allah isikan masa aku dengan buatkan aku terdorong dan terinspirasi untuk tadarus terutamanya bersama sahabat inspirasi. Kalau tak, di rumah pasti aku hanya akan membuat perkara lagha atau tidur sahaja yang boleh menjatuhkan hukum makhruh. Waktu petang yang sangat terisi dan bermanfaat.
“Sesungguhnya waktu lapang itu adalah nikmat daripada Allah, beruntunglah bagi orang yang isikannya untuk berada di jalan Allah”
Kami berhenti sebentar daripada meneruskan bacaan selepas sejam berlalu. Terlihat di depan kami, seorang pelajar muslimat yang sedang membaca Al-Quran. Lantas, sahabat inspirasi bertanyakan padaku,
“Apa kata kita ajak dia nak?”
“Akak ajaklah” …aku tersenyum
Lantas, dia bangun dan mengajak akhwat itu untuk sertai group tadarus kami. Kini, kami bertiga. Setelah hampir waktu Asar, kami berhenti. Aku sempat berbual-bual dengannya. Gembira! Terus tak sedar, waktu Asar hampir tiba. Mungkin sebab excited tadarus bersama dia. Hehe Papepun,
“Terima kasih Allah. Aku sangat gembira berada di sisinya”
Masa yang ada aku mengambil peluang untuk bertanyakan tentang cinta.
“Bagaimana nak jaga hati daripada sukakan dia”
“Itu fitrah, kita tak dapat nak halang. Apa yang penting, bagaimana kita sukakan dia. Adakah sehingga ingin jadikan dia pasangan hidup? Tahu Baitulmuslim tak?”
“Tak tahu”
“Nanti cari ya”
Aku macam pernah dengar. Oleh sebab rasa ingin tahu yang mendesak, aku minta dia jelaskan.
“Unit Baitulmuslim nih macam jadi perantara antara muslimin dan muslimat. Contoh, syira bagitahu akak yang syira sukakan muslimin ni, jadi tanyakan muslimin tu bagaimana ciri-ciri. Kemudian, taa’ruf, jumpa, berkenalan tetapi ditemani ustaz atau mahram. Kemudian jika kedua-duanya ok, so teruskan dengan selanjutnya seperti ibu bapa, pernikahan tetapi jika salah seorang tak berkenan, jadi seorang yang lain perlu terbuka hati untuk menerima kenyataan itu. Sebab itu akak perlu rahsiakan daripada orang atau salah seorang akan malu”
Aku mendengar dengan asyik merenung kakak tu. Hati tersenyum.
“Oh, terima kasih bagitau”…aku lakarkan senyuman
Selain itu, dia juga menyarankan agar aku mendoakan si dia jika dia adalah jodohku jika benar aku mencintainya kerana Allah. Jangan libatkan diri dengan kapel dengan si dia sebalik doakan agar dia adalah jodohku.
Selain itu, dia juga menyarankan agar aku mendoakan si dia jika dia adalah jodohku jika benar aku mencintainya kerana Allah. Jangan libatkan diri dengan kapel dengan si dia sebalik doakan agar dia adalah jodohku.
Seusai solat Asar, aku menemankan dia berjalan ke jalan menghala ke Tesco sebelum dia pulang. Seronok aku dapat spend time dengan dia daripada pukul 2.45-6pm. Lama tu! Subhanallah! Aku sangat gembira!! ^_^
Setelah hampir sampai di tempat guard, kami berhenti untuk bersalaman namun selepas itu, kami masih sambung berbual. Ianya tentang cinta. Ada juga aku bicarakan tentang cintaku pada si dia. Aku gembira dapat berkongsi cerita cinta aku dengan dia. Dia pun nampak tertarik untuk mendengar. Dia telahpun menjadi sebahagian daripada hidup aku dan aku harap, dia pun begitu kerana dia telahpun mengetahui serba sedikit sesuatu yang penting dalam hidup aku.
Ketika dia ingin pulang, walau hati tak nak berpisah namun hati aku sangat gembira kerana peluang dan ruang yang Allah luluskan untuk merapati dia.
“Terima kasih Allah. Saya sangat gembira. Terima kasih kerana luluskan permohonanku”
4.8.2011 12:21AM
Petang tadi, kakak inspirasi ada berikan tips untuk lancarkan bacaan Al-Quran adalah dengan membaca surah-surah pendek bermula Surah As-Syams. Oleh sebab dia ibarat inspirasi juga pendorong pada aku, lantas aku dengan bersemangatnya mula membaca page surah yang disarankan sehingga Surah An-Nas. Niat aku nak lancarkan bacaan juga agar tak nervous bila orang check ketika tadarus. Aku pun tak tahu. Biasanya kalau aku baca sorang-sorang, aku boleh baca lancar tetapi bila ada orang, aku jadi gagap =.=” pelik-pelik je kan.
Oleh sebab, saranan membaca surah-surah itu diberikan oleh kakak inspirasi aku, jadi dengan bersemangatnya aku membaca di kala malam. Hajat lain pula adalah kerana aku ingin mencari nada aku sendiri dalam bacaan Al-Quran. Mendengar para sahabat tadarus ada nada-nada tersendiri selain lancar membaca memutikkan rasa cemburu dalam hati.
“Aku juga ingin mencari dan mempunyai nada tersendiri dalam membaca Al-Quran”
Psstt! Nada yang aku tiru buat masa ini, nada kakak inspirasi ^_^ aku suka dengar dia baca. Khusyuk aku bila sampai giliran dia baca mungkin sebab dia adalah pendorong aku hee. Lantas otak aku seolah-olah merekod suara bacaannya dan aku cuba meniru nadanya ketika aku membaca surah pendek itu. Alhamdulillah jadilah sedikit-sedikit. Walau aku yang baca, tetapi aku seolah-olah merasakan dia yang baca. Mungkin juga itu antara sebab aku jadi semangat sehingga aku ulang membaca surah-surah itu. Itulah namanya,
“Melakar cinta Allah melalui sahabat”
Tips melancarkan bacaan Al-Quran:
Baca sampai lancar bermula Surah As-Syams hingga Surah An-Nas (Surah Al-Insyirah pun ada ^_^)
0 comments:
Post a Comment