Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Bagiku, sahabat, kawan dan teman itu lain rasanya. Lain kemanisannya yang dapat aku rasakan. Melalui persahabatan dengan seorang SAHABAT, aku dapat merasakan kemanisan dalam menjalinkan persahabatan sepanjang kehidupanku.
Sahabat,
Inilah jawapannya jika pernah kau bertanya,
"Apa yang ada padaku sehingga kau anggap aku sahabat istimewa. Sungguh aku tiada apa yang untuk menjadi sahabatmu, malah banyak kelemahan yang ada padaku. Aku juga tidak pernah melakukan apa-apa untukmu sehingga perlu kau anggap aku sahabat istimewa"
Tidakku pandang kecantikan pada wajahmu,
Kerana ada sahaja yang lebih cantik berbanding dirimu.
Tidakku pandang kekayaanmu,
Kerana ada sahaja yang lebih kaya dan berharta berbanding dirimu.
Tidakku pandang kelebihan unikmu,
Kerana ada sahaja yang lebih bagus dan banyak kelebihan pada dirinya berbanding dirimu.
Tidakku pandang kesolehanmu,
Kerana ada sahaja yang berpurdah yang mana lebih baik darimu.
Tidakku pandang pada kelunakan suaramu membaca Al-Quran,
Kerana ada sahaja para qariah yang lebih sedap, merdu dan lunak suaranya berbanding dirimu.
Tidakku pandang jawatanmu,
Kerana ada sahaja muslimah yang lebih tinggi jawatan kepimpinannya dalam gerakan dakwah yang lebih berat tanggungjawabnya berbanding dirimu.
Tidakku pandang kelembutan layananmu terhadapku,
Kerana ada sahaja muslimah yang lebih berkata dengan lemah lembut denganku.
Aku TIADA sebab untuk mengganggap "Kau Sahabat Istimewaku" melainkan hanya kerana Allah.
"Uhibbuki Fillah - Aku menyayangimu kerana Allah"
"Bertemu, Berpisah, Saling Menyayangi kerana Allah"
"Bertemu, Berpisah, Saling Menyayangi kerana Allah"
Maafkanlah aku atas kasih sayang yang istimewa ini untukmu kerana semua ini datang daripada Allah. Perasaan, perlakuan, dan tutur kata terhadapmu. Bukan tiruan atau kebetulan, itulah refleksi kasih sayang dari hatiku untukmu wahai sahabat istimewaku.
“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’, tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka, tempat mereka di sisi Allah s.w.t. Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda: ”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah, bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan. Demi Allah, di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya. Ketika manusia takut,mereka tidak takut. Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih. Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”
...Melakar Cinta Allah Melalui Sahabat...
0 comments:
Post a Comment