Pages

6 Aug 2011

Nikmat Itu Juga Salah Satu Ujian Daripada Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah syukran katsiran pada Allah yang telah memberi aku nikmat. 

"Kadang-kadang kita bersabar untuk nikmat yang kita impikan dan tidak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang."

Setelah lama aku impikan sampai merajuk dengan ayah :p (saya kan anak manja ^_^) dapat juga aku pow ayah kamera DSLR Nikon D3100 seunit.

"Terima kasih ayah, terima kasih Allah"

Segan aku merajuk then tak balik rumah seminggu (seminggu je) sebab dia tak nak belikan aku kamera. Tah pape tah aku nih :D Tak pelah, yang pasti aku dapat hehe

Hmm~ hari ini aku dapat kamera DSLR Nikon D3100. Dapat juga aku sepasang jubah seluar yang memang aku impikan akhir-akhir ini. Aku suka pakai jubah seluar, bebas berbanding jubah pakai terus. Boleh lah aku anggap itu baju raya aku ngee~

"Terima kasih Allah atas rezeki dan nikmat yang Kau berikan melalui keluargaku sebagai perantara"

Alhamdulillah akhir-akhir ini juga aku dapat rapat dan akrab dengan sahabat inspirasiku. Sering sahaja Dia berikan aku peluang dan ruang agar dapat spend time dengan dia apetah lagi masih tinggal 2 bulan lagi untuk aku dapat spend time dengan dia. Lepas nie, dia akan pergi praktikal. Perpisahan itu lumrah kan. Yang hidup pasti mati, yang bertemu pasti berpisah. 

Semua itu ketentuan Allah, aku hanya senyum kerana pasti Allah telah aturkan sesuatu untuk dia yang mana Allah tahu itu yang terbaik untuknya. Allah juga pasti akan jaga dia malah kini pun Allah jaga dia. Aku tak mampu nak jaga dia sebaik Allah tetapi aku pasti, walau kami dah berpisah nanti pasti Allah akan jagakan dia bagi pihak aku. 

Dia pula kelihatan telah dapat terima aku sebagai seseorang yang ingin rapat dan akrab dengan dia. Alhamdulillah. Senang hati aku. Tiada lagi paksaan dalam berukhwah. Aku semakin bahagia terutamanya apabila dia di sisi aku. Sangat gembira!

"Terima kasih Allah atas semua ini. Ini semua adalah penyumbang kebahagiaan dalam hidup aku cuma Allah, aku berharap jangan terlalu manjakan aku dengan nikmat kesenangan dan kegembiraan yang buatkan aku jauh daripada-Mu, aku lebih inginkan musibah/ujian yang dapat mendekatkan aku pada-Mu walau mungkin ketika itu aku minta Kau 'sembuhkan' aku daripada musibah/ujian itu. Setidak-tidaknya, jika aku mati dalam keadaan musibah/ujian yang membuatkan aku dekat dengan-Mu ianya lebih beerti daripada aku dalam nikmat kegembiraan dan kesenangan yang buatkan aku lupa pada-Mu.

Sungguh, jangan manjakan aku ya Allah.."

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites