Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Sangat manis dan cambest tengok gambar di atas. Cinta. Suatu isu yang menarik untuk dikupas. Kadang-kadang bila datang program islamik seperti kuliah Maghrib oleh Ustaz Azhar Idrus hari tu, aku lihat ramai calon-calon suami soleh. Hati aku pasti bermonolog,
"Aku berharap, calon suami aku nanti antara seperti mereka"
Kadang-kadang aku tertanya-tanya,
"Siapalah yang jadi pemilik tulang rusukku = suami nanti"
Macam malang je dia dapat aku nanti. Sebab? Kalau sekarang, memang dan semestinya aku mengatakan aku tidak bersedia untuk menjadi isterinya. Malahan aku merasakan kriteria-kriteria menjadi seorang isteri yang baik seperti memasak kurang ada pada aku tetapi bak kata sahabat aku,
"Kita perlulah mula bersedia untuk perkara-perkara seperti itu"
Kadang-kadang bila kakak inspirasi aku kurang ada masa untuk layan aku yang cam kanak-kanak ribena ni, aku mesti fikirkan tentang 'dia'. Aku tak tahulah siapakah dia cuma aku sering berfikir tentang dia dan siapakah dia nanti.
"Jadilah solehah sebelum mencari yang soleh"
Itulah motto yang aku pegang. Kadang-kadang kalau agak-agak terlebih berbual dengan ikhwat pasti aku teringatkan dia dan bertanya pada diri sendiri,
"Agak-agak kalau dia berbual dengan akhwat lama-lama, kau suka tak? Kau mesti tak nak kan? Mesti kau nak jaga pergaulan kau untuk dia kan? Nak ke kau, suami yang suka berbual dengan perempuan?Kalau tak nak, kau pun mestilah jaga pergaulan kau dengan ikhwat lain agar dia pun nanti akan jaga dirinya untuk kau walaupun dia pun tak tahu yang kau akan jadi suri dalam hidupnya nanti"
"Agak-agak kalau dia berbual dengan akhwat lama-lama, kau suka tak? Kau mesti tak nak kan? Mesti kau nak jaga pergaulan kau untuk dia kan? Nak ke kau, suami yang suka berbual dengan perempuan?Kalau tak nak, kau pun mestilah jaga pergaulan kau dengan ikhwat lain agar dia pun nanti akan jaga dirinya untuk kau walaupun dia pun tak tahu yang kau akan jadi suri dalam hidupnya nanti"
Berjalan mencari makanan untuk berbuka puasa hari itu di Tesco dengan kak Sol menemukan kami dengan pasangan muda yang sudah berkahwin. Suami agak cerah kulitnya, alhamdulillah isterinya solehah dengan bertudung labuh. Hatiku aku tergerak,
"Siapakah dia pemilik tulang rusukku nanti"
Usia 20-an sememangnya sangat mencabar dengan dugaan fitrah manusia yang ingin mencintai dan dicintai namun akanku kuatkan diri dan minta pertolongan-Nya agar aku tidak terlalu memikirkan tentang cinta kecuali cinta kepada-Nya.
Aku pun tak nak terlalu yakin dengan ikhwat sekeliling aku bahawa merekalah antara yang akan menjadi calon suamiku kerana jodoh itu tidak mustahil. Entah-entah si dia adalah pelajar indonesia ke..sebab aku ada abang angkat di Indonesia namun kini kami sudah jarang berhubung. Bagus abang tu sebab dia belajar tentang bidang syariat ke apa tah kat Mesir. Wahh~
Apa yang penting, aku sangat berharap si dia akan menjadi pembimbing aku untuk sama-sama mencintai-Nya dan aku pula insyaAllah akan menjadi pendorongnya. Aku berharap cinta aku pada si dia nanti, TIDAK AKAN SAMA SEKALI MELEBIHI cintaku pada Sang Pencipta.
Aku berazam dan berniat, bila dah diijab kabul nanti, aku nak pakai purdah. Aku suka tengok muslimah yang pakai purdah, dan kadang-kadang aku men sergah je mereka untuk bersahabat dengna mereka sebab? Bila aku bersahabat dengan mereka, bonding aku untuk pakai purdah akan semakin kuat. Hanya si dia dan Allah sahaja yang akan mengetahui wajahku cuma aku sangat berharap, aku mempunyai kekuatan untuk itu. Aku ingin membuatkan dia rasa istimewa kerana aku ingin menyembunyikan wajah itu untuk si dia dan DIA.
Maafkan aku wahai si dia,
Aku bukan wanita sempurna,
Namun aku akan berusaha mencari kesempurnaan,
Menjadi wanita solehah hanya kerana-Nya dan istimewa padamu.
Maafkan aku wahai si dia,
Aku selalu online,
Yang membuatkan aku sering berkongsi tiap apa yang aku rasakan dan sedang lakukan serta hadapi,
Adakalanya ia bermanfaat untuk orang lain,
Adakalanya tidak,
Harap itu tidak menjejaskan cintamu padaku
(=.=" amende tah aku nih huhu ^_^)
Wahai si dia,
Minggu depan saya nak exam,
Kalaulah awak ada di sisi,
Saya nak dengar awak bagi saya semangat untuk belajar,
Tetapi awak takde, macam mana?
Kenalah saya tunggu awak yang datang entah bila,
Itupun kalau sempat,
Sebab hari Kiamat dah hampir,
Takpelah awak,
Kalau ada jodoh,
Jumpalah kita,
Kalau tidak,
Cinta kita kan sampai syurga..insyaAllah
Sangat indah perasaan kalau ada suami macam dalam artikel Awak, Kenapa Kahwin Dengan Saya?
Esok pergi bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia, insyaAllah ini akan membantu aku untuk lebih mengenali Tuhanku, Allah. Menambah rasa khusyuk dalam solat dan merasa sangat dekat akan kehadiran-Nya pada diri ini. Ya Allah, aku ingin menggapai cinta-Mu agar aku bisa menggapai cinta si dia yang juga mencinta-Mu.
Esok pergi bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia, insyaAllah ini akan membantu aku untuk lebih mengenali Tuhanku, Allah. Menambah rasa khusyuk dalam solat dan merasa sangat dekat akan kehadiran-Nya pada diri ini. Ya Allah, aku ingin menggapai cinta-Mu agar aku bisa menggapai cinta si dia yang juga mencinta-Mu.
Mencintai dan dicintai kerana Allah
0 comments:
Post a Comment