Macam nielah aku |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Tangisan ini mudah sahaja mengalir. Aku tak tahu. Adakah aku sepi? DIA dekat tetapi aku tak tahu kenapa. Aku sedih sangat. Hati yang sunyi membuatkan aku mudah mengalirkan air mata. Mendengar suara kak Sol sedikit sebanyak mengubat hati ini, menggembirakan hati aku. Hanya dia dan Allah yang memahami betapa hati ini buntukan dia dalam hidup aku tetapi sayang, dia tak faham Allah. Namun aku memahami dia tak sudi, tak sudi untuk menerima aku dalam hidupnya.
Ini tak de kene mengena dengan cinta cuma aku perlukan dia dalam hidup aku. Kali kedua ini berlaku dalam hidup aku. Pernah suatu ketika ini terjadi pada aku lantas aku mengubah lirik lagu nasyid yang dapat memenangi tempat ketiga. Sewaktu aku buat persembahan nasyid bersama rakan yang lain, kakak tu akan pergi daripada situ dan terus ke belakang pentas bersama rakan sebiliknya yang lain. Seolah-olah dia ingin mengajak rakan biliknya untuk berlatih namun aku tahu dia sebenarnya mengelak daripada aku.
Tiap detik tiap masa
Kau selalu menerpa
Apa salahku hingga kau menghindari diri ini
Namun akanku tabah dengan dugaan ini
Aku bingung
Aku keliru
Reff.
Aku tidak pinta
Menyayangi dirimu
Aku tidak pinta
Kau hadir dalam hidupku
Tapi akan ku tabah dengan dugaan ini
Aku cekal
Aku kan sabar
Mengapa kau menyalahkan diriku
Mengapa kau berdusta padaku
Aku tidak sangka
Rupanya kau begini
Aku sedar siapa diri ini
Tidak perlu kau bersimpati
Yang ku harapkan hanyalah
Perhatian dan kasih sayang
Daripada seorang teman
Jika kau rasa ku mengganggumu
Izinkan aku mengundur diri daripada
Kamus hidupku
Repeat reff.
Aku rindu kak Hana. Entah mana perginya. Dialah antara kakak pendorong aku. Kalau aku malas, dialah yang bagi semangat tetapi aku tak tahu dia pergi mana. Aku harap dia ok. Aku rindu sangat kat dia Allah, rindu sangat-sangat. Dia selalu nasihatkan aku tentang cinta Allah.
"Dambakanlah cinta Allah pasti syurga menanti syira"
Itulah antara ayat nasihat daripada dia yang sangat dekat kat hati aku. Walau zahir dia biasa namun hati dia bagus. Ya Allah, aku rindukan kak Hana. Temukanlah aku dengan dia. :'( Aku sedih sangat. Panggilan aku dia tak jawab, sms tak balas, fb dia pun dah takde. Aku kehilangan seorang kakak pendorong yang sangat aku perlukan dalam hidup. Bila sahaja aku rindu pasti aku putarkan lagu 'Padamu Aku Bersujud - Afgan' sebab dia pernah beritahu itulah lagu kegemaran dia.
"Kak Hana...kakak kat mana? Syira rindu kakak. Syira perlukan kakak. Kenapa kakak tak jawab panggilan, mesej saya?? Saya perlukan kakak. Saya sedih kakak. Kalau kakak ada, saya nak peluk kakak agar tangisan ini dapat diluahkan pada bahu kakak. Kalaulah kakak ada di depan saya, saya nak peluk kakak. Syira perlukan kak Hana. Kakak kat mana?? Syira sedih kakak tak jawab panggilan saya. Kenapa kakak?? Kenapa?? Kakak pergi mana?? Kak Hana :'( ya Allah, aku perlukan dia. Tolonglah beritahu dia, aku perlukan dia. Tolonglah bagitau dia agar hubungi aku. Aku rindu pada dia ya Allah. Rindu sangat. Tolonglah aku ya Allah, Kau Maha Pengasih, takkan mungkin Kau sanggup buat aku sedih. Kau Maha Penyayang Allah"
Aku tak tahulah Allah. Dengan cara bagaimana aku nak bagi dia faham tetapi aku tahu dia tak akan pernah untuk faham. Aku hanya tulis artikel ini sebab aku nak ekspresikan kesedihan aku yang amat dalam. Kak Sol lah tempat untuk aku meluahkan segalanya. Syukurlah aku masih ada kakak yang memahami. Dialah tempat aku ekspresikan tentang kesedihan ini. Dia yang ceria membuatkan aku turut rasa ceria. Aku mampu tersenyum namun hati ini hanya kak Sol dan Allah je yang tahu peritnya.
Mungkin ini hanya sementara apabila aku tak terlalu fikirkannya. Mungkin jika aku sunyi je kot. Aku tak tahu. Aku tak tahu. Tak lama lagi midterm. Aku tak tahulah bagaimana, dengan kesedihan ini. Dapatkah aku fokus? Kesedihan yang sia-sia kan? Sampai assignment aku pun entah ke mana. Aku sedih yang amat. Apalah kurang pandai sangat aku ni. Terlalu bodoh menilai. Sangat perit rasanya. Jiwa seorang wanita. Allahu akbar. Berikan aku kekuatan dan bukakanlah pintu hati ini seluas-luasnya agar kesedihan ini berlalu seperti angin.
0 comments:
Post a Comment