Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hati tetibe rasa sangat pilu dan rasa sedih dan mula mengalirnya air mata khilaf kepada Sang Pencipta. Sangat terkesan dengan membaca status daripada FuadLatip:
"Berbahagialah kerana kita ada Allah SWT Yang sentiasa dekat, Yang sentiasa bersama kita sejak sebelum kita dilahirkan, sejak kita berada di rahim ibu, sejak kita kecil hingga saat ini dan sehingga bila-bila. Tiada penghujung waktu, Allah tetap bersama kita.Mengasihi dan menyayangi kita. Tiada bandingan dengan kasih sayang dari yang lain. Cubalah saat ini, panggillah Allah dengan kerendahan hati... ya Allah..."
Sahabat, kita selalu ada Allah dekat dengan kita. Sangat dekat sehingga lebih dekat daripada urat leher kita. Dia selalu ada bersama kita. Selalu tunggu kita berdoa pada Dia. Sabar tunggu taubat kita. Apa kita nak walaupun kita tak minta seperti oksigen percuma, anggota badan yang boleh bergerak dengan bebas semuanya dengan izin-Nya. Kita tak minta pun Dia bagi sebab Dia tahu kita perlukannya. Cuba bayangkan, kalau Allah tak izinkan, mana mungkin tangan kita dapat bergerak, dapat menyuap sesuap nasi, berjalan dengan baik tanpa sakit-sakit, online facebook berjam-jam tetapi kita spend untuk Dia?? 5 minit je. Tunaikan solat sekejap je. Tak sampai berjam-jam seperti kita online facebook.Baca Al-Quran pun malas. Satu ayat sahaja sahabat. Itupun. Allahu akbar~
"Aku malaslah. Aku ngantuk, nantilah. Lepas solat Isyak."
"Kelas kejap lagi, mana boleh, nanti lambat ke kelas."
"Alah, bulan ni bukan bulan Ramadhan, aku laparlah. Buka jelah puasa. Orang lain pun makan juga."
Kita ada 24 jam dan pernahkah kita muhasabah berapa lama kita spend untuk Dia?? Cuma sahabat periksa dan nilai. Dalam 24 jam,
Berapa kali kita ucap, "Terima kasih ya Allah atas nikmat hari ini"
Berapa kali kita ucap, "Syukur alhamdulillah"
Berapa kali kita ucap, "Allah"
Berapa kali kita ucap, "Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar, Lailahaillah"
Berapa kali sahabat?? Berapa kali??
Kadang-kala tatkala diri ini alpa, maka lupalah bibir ini mengucapkan "Terima kasih ya Allah".
Kadang-kala ketika ada sahabat di sisi, bibir ini alpa untuk menungkapkan, "Terima kasih ya Allah".
Kadang-kala ketika mendapat nikmat, makanan, minuman, bibir ini lupa untuk berbicara, "Terima kasih ya Allah"
Tetapi wahai sahabat, Dia tidak pernah mengambil dan menarik atau mengecaj nikmat yang Dia bagi pada kita. Bayangkan kita perlu membayar pada setiap nikmat yang Dia berikan. MasyaAllah sahabat, TERLALU BANYAK sahabat, TERLALU BANYAK. Takkan pernah kita dapat menghitungnya. Tangan yang menulis, menaip, bibir yang boleh bergerak, kaki yang boleh berjalan, leher yang boleh bergerak, TERLALU BANYAK sahabat. Semua dengan izin-Nya. Dialah Allah Maha Pemurah. Dia tidak berkira dengan kita tetapi kita?? Bangun tahajjud pun malas,
"Aku ngantuklah, esok kelas pagi. Esoklah aku tahajjud."
Kita lebih sayangkan tidur daripada berdating dengan-Nya sedangkan Dia sentiasa sabar menunggu taubat daripada kita tetapi kita sering lengah-lengah solat, lengah-lengahkan solat Taubat tetapi pernahkah anda berfikir, bagaimana di kala kita malas solat Taubat, kita mati?? Bagaimana sahabat?? Bagaimana?? Roh melihat jasad dengan matanya yang tertutup rapat TANPA denyutan nadi yang berdegup lagi. Para sahabat kita, ibu bapa kita, keluarga kita semuanya mengerumuni kita. Kita telah mati sedangkan solat Taubat masih belum kita tunaikan. Bacaan Yassin kedengaran di rumah dibacakan untuk mayat kita.
Kita dimandikan dan dikafankan. Sebelum muka kita dibalut, ayah, ibu, keluarga, sahabat tersayang dan saudara beratur untuk mengucup dahi kita, mencium pipi kita buat kali terakhir. Tangisan yang lebat kedengaran di dalam rumah. Ibu, menangis semahu-mahunya. Ayah menahan sebak anaknya yang telah pergi.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"
Solat jenazah ditunaikan untuk kita. Beransur orang sekeliling mengangkat keranda kita ke tanah perkuburan. Imam mula membacakan ayat untuk mayat kita sebelum beredar. Setelah itu, mereka tinggalkan kita. Derapan kaki kedengaran dan malaikat mula menyoal.
Sahabat, apa kita nak jawab masa itu kalau iman kita masih belum kukuh untuk menjawabnya?? Bagaimana sahabat?? Kalau sekarang kita malas solat, malas baca Al-Quran, kita masih boleh perbaiki. Kita masih boleh menunaikan solat Taubat sebelum kita 'pergi'. Kalau dah mati?? Takkan dapat sahabat,kita dapat perbaiki, takkan dapat kita baca Al-Quran kerana ketika itulah segalanya muktamad untuk kita. Kalau kita tak 'ulangkaji' sekarang, mana mungkin dapat jawab 'soalan peperiksaan' dalam kubur nanti. Saya mengajak anda agar membaca dan cuba menghafal surah Al-Mulk agar dapat menjadi penyelamat untuk menjadi pengganti penjawab soalan di dalam kubur nanti.
Sahabat, kalau kita ada masalah, beradulah kepada Dia. Sering kali kita mengadu pada sahabat lain terlebih dahulu seperti sahabat kita itulah yang mampu menyelesaikannya lebih baik daripada Allah. Sedangkan Allahlah yang memberi kita masalah untuk mendengar rintihan kita. Dia rindu pada kita untuk mendengar rintihan kita. Kalau kita gembira, kita lupa pada Dia, kita lupa nak ucap, "Terima kasih ya Allah kerana gembirakan aku". Bila susah, tengah sedih, barulah kedengaran dan terungkapnya, "ya Allah, tolong aku, tolong aku ya Allah." Bila senang semula, kita lupa pada Dia.
Beribadah pun malas. Cuba bayangkan kita kafir, takde batasan atas segalanya. Semuanya bebas, takde had pergaulan, boleh makan atau minum apa-apa sahaja, segalanya bebas. Bagaimana hidup kita dengan semua itu?? Teraturkah? Baguskah? Baikkah? Segala yang Allah tetapkan semuanya baik untuk kita.
Dia Maha Mengetahui sahabat, kenapa Dia tak bagi kita makan khinzir?? Sebab dalam khinzir itu ada kuman yang takkan boleh dihapuskan walau dengan apa cara sekalipun. Kenapa Dia tak bagi kita bergaul bebas?? Sebab Dia nak keturunan kita daripada keturunan yang baik dan tidak keliru pada siapa ibu dan ayahnya. Kenapa Dia tak bagi kita minum arak?? Sebab arak itu memabukkan, kalau kita solat dalam keadaan mabuk, kita takkan sedar apa yang kita ungkapkan, malah arak itu memudaratkan tubuh badan. Dia nak kita hargai dan jaga nikmat pinjaman yang Dia berikan. Sebab Dia sayang kita. Dia nak kita jaga kesihatan agar sihat, dapat solat dengan baik, khusyuk, mudah hafal Al-Quran.
Subhanallah, Dia sayang pada kita sahabat. Dia sabar menunggu taubat daripada kita tetapi kita?? Sombong pada Dia, kita berkira dengan Dia sedangkan Dia tak pernah berkira dengan kita. Sentiasalah mengungkapkan, "Allah", "terima kasih Allah", "alhamdulillah" dalam setiap apa kita lakukan. Jangan tahan bibirmu menyebut Allah kerana akan sampai masa bibirmu tidak akan dapat mengungkapkan "Allah" (setelah kita mati)
Ramadhan yang akan menjelang ini, marilah kita berazam dan melaksanakan agar kita menjadi hamba-Nya yang terbaik lebih baik daripada hari-hari dan bulan Ramadhan yang lalu di samping menyiapkan bekalan Akhirat oleh sebab tanda-tanda hari Kiamat kini semakin banyak dan hampir juga mengejar kita dalam tak sedar.
Saya ingin mengajak anda ke bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia yang akan dikelolakan oleh Fuad Latip. Bengkel ini menekankan konsep berTuhan agar kita sentiasa rasa dan menghayati Dia Yang Maha Esa dalam segenap kehidupan kita. Jika anda perhatikan pada status Fuad Latip, seolah-olah beliau dapat merasakan sedalam-dalamnya cintanya pada Allah. Sangat terkesan kehadiran-Nya pada diri beliau. Ayuh sahabat, pada yang mampu, saya sangat menggalakkan anda pergi.
Maklumat Bengkel:
Bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia
Jalan Prima Saujana 2/A, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang Selangor.
Shop lot berdekatan 7eleven.
Bayaran RM60.
Tarikh:30 Julai 2011
Masa: 8.30am-5pm.
Pada yang berminat sila hubungi Aimi Anuar atau Norpishah Md Noor untuk maklumat lanjut.
P/s: Daripada pertanyaan saya, saya difahamkan bayar 'on the spot' di bengkel nanti.
Akhir kata, mari tonton video ini:
0 comments:
Post a Comment