“Kakak habis bile?”
“Lambat lagi..2013”
Di luar jendela
Memandang pemandangan dunia pinjaman-Nya
Yang hanya sementara
Jika sakit, kemudian pulihlah ia
Jika panas, kemudian sejuklah ia
Jika jauh, kemudian dekatlah ia
Jika susah, kemudian senanglah ia
Jika sedih, kemudian gembiralah ia
Segalanya sementara
Kiamat
Aku hampir tak percaya
Namun itulah realitinya
Yang perlu aku hadapi dan alami
Tapi aku terlalu takut
Aku terlalu gerun
Jika aku menjadi saksinya
Melihat kehancuran dunia
Tenggelam dalam bumi
Dirembas dengan ombak bergelora
Kepanasan larva
Juga terik mentari
Yang sangat dahsyat dan perit juga pedih
Entah kenapa
Hati yang kecil
Sering sahaja terasa
Mudah tersentuh dengan
keadaan dunia
Sahabat yang ada sering sahaja
aku mahu peluk seeratnya
Aku terlalu sayang pada mereka
Terlalu ingin selalu menggembirakan mereka sebaiknya dengan izin-Nya
Entah mengapa
Amat sayang pada mereka
Amat sayang untuk melepaskan mereka yang beransur pergi
Berhijrah menuntut ilmu di serata dunia
Namun aku harus akur pada ketentuan-Nya
Kerana-Nya kami bertemu
Kerana-Nya juga kami kan berpisah
Aku rela dan redha
Agar kami bersama meraih cinta-Nya
Semuanya kerana Allah
Cinta
Entah sempat entah tidak
Untuk aku bertemu dengannya
Si pemilik tulang rusukku
Namun aku tidak mahu terlalu memikirkan tentang cinta
Kecuali cinta pada-Nya
Hanya cinta-Nya yang aku dambakan
Hanya cinta-Nya aku ingin rasa dan hayati dalam hati ini
Agar aku benar-benar merasa cinta kepada-Nya
Cinta pada Sang Pencipta
Kakak pendorong, kak Hana
Entah mana perginya
Aku mencari
Namun masih tiada
Panggilan sepi daripada jawapan penerima
Sedih, hatiku pilu
Dia telah pergi meninggalkan aku yang buntu perhatiannya
Pendorong yang ada tak sudi menerima
Yang sering bersama menasihat agar rajin belajar
Ya Allah, aku mahukan kak Hana
Di mana dia
Kembalikan dia kepadaku ya Allah
Aku perlukan dia sebagai pendorongku terhadap-Mu
Nama penuhku
Kan terlakar di batu nisan
Entah bila dan bagaimana
Awalkah aku, atau lambatkah aku
Sampai pada-Nya
Sebelum hari Kiamat atau semasa
Tidakku mahu menjadi saksi kedahsyatannya
Masjidil Haram yang aku damba
Entah bila dan sempatkah aku sampai padanya
Bilakah dapat aku menjadi tetamu-Nya
Ibu
Aku tak mampu menajamu ke sana
Aku tak mampu ibu
Ingin sekali aku menajamu ke sana
Ingin sekali aku menghantarmu ke sana
Biar kau sampai ke sana dahulu sebelum aku
Allah
Ingin sekali aku ke sana sebelum aku pergi
Ingin sekali aku menghadap Kaabah-Mu yang selama ini aku sujud ke arahnya
Ingin sekali Allah
Ingin sekali aku menatapnya depan mata
Aku tak mampu Allah
Aku tak mampu membayar untuk ke sana
Hutang di sini masih berbaki
Dosaku telah menggunung tinggi
Ingin sekali, ya Allah
Aku menjejakkan kaki ke sana sebelum aku pergi
Dalam keadaan mampu
Agar aku dapat pergi dalam ketenangan dan kekosongan fikiran
Bahawa semuanya telah aku langsaikan
Di depan Kaabah-Mu ya Allah
Ingin sekali aku pergi dalam keadaan sujud
Dan terus pergi dari dunia fana ini
Kerana aku terlalu takut
Aku terlalu takut
Jika diri ini lebih bongkak daripada-Mu
Setelah aku berkemampuan menjejak ke rumah-Mu
0 comments:
Post a Comment