Pages

19 Jul 2011

Impak Hidup BerTuhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, terima kasih dan syukur ke hadrat Ilahi yang telah menggerakkan hati ini untuk pergi ke 'Bengkel Mihrab Cinta' pada bulan Mac 2011 yang lalu. Terlalu dan SANGAT BANYAK impak/kesan yang aku dapat rasakan sehingga kini sejak aku mula berkomunikasi/berdialog dengan Allah. Aku pernah dengar, orang kata, kalau nak 'berdialog' dengan Allah melalui solat tetapi sebenarnya pada pendapat aku, berdialog dengan Allah juga boleh dilakukan dan dihayati seperti bercakap dengan orang lain. 

AMARAN: Artikel ini SANGAT PANJANG dan LUAR BIASA daripada artikel biasa. HANYA YANG SABAR DAN KUAT UNTUK BERTAHAN SAHAJA yang digalakkan untuk meneruskan bacaan kerana ditakuti SANGAT BOSAN :) Kepada yang masih berdegil, selamat membaca dan amat berharap agar dapat komen serba sedikit di ruangan komen di bawah sebagai feedback/pendapat anda tentang artikel yang dirasakan paling panjang. Syukran jazilan ya pelawat yang tabah ^_^

Contohnya:-

Selepas bangun tidur,
"Ya Allah, terima kasih kerana bagi aku tidur"

Selepas makan,
"Ya Allah, terima kasih kerana bagi aku rezeki makan"

Sebelum mandi,
"Ya Allah, aku minta izin untuk mandi. Sesungguhnya semua ini pinjamanmu ya Allah"

Sebelum solat,
"Ya Allah, aku mohon, aku hamba yang mudah lalai dan alpa ya Allah, bantulah aku agar khusyu' solat kerana aku susah nak solat, walau hati dan bibirku berniat namun hakikatnya aku masih lalai ya Allah ketika solat"

Selepas solat,
"Terima kasih ya Allah kerana aku dapat solat" ..ada sahaja orang lain yang menghadapi kesukaran solat di tempat mereka atas sebab-sebab tertentu seperti orang yang daki gunung, mereka sukar mencari tempat yang bersih lagi suci untuk menunaikan solat dengan selesa dan khusyu', oleh sebab itulah, kita harus mengungkapkan terima kasih pada Allah yang telah memberi kemudahan pada kita untuk solat.

dan banyak lagi ungkapan terima kasih yang PATUT anda ungkapkan kepada Allah. Renungkanlah orang yang anda buat baik kepadanya, TIDAK PERNAH mengungkapkan terima kasih pada anda, apa perasaan anda? Pasti sangat terasa, tetapi Allah?? Renungkanlah pada umur berapa anda mula mengenali-Nya yang sepatutnya anda mengenali sejak daripada kecil.

Sila tonton video >> ini << untuk sama-sama kita renungkan betapa Allah sayang pada kita, sabar dengan kita yang banyak berbuat dosa dan kemungkaran di bumi pinjaman-Nya. Sungguh, Allah itu Maha Baik, Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat, Maha Pengasih.

Secara jujurnya, pada tahap permulaan aku mengamalkan berdialog dengan Allah, aku tidak yakin yang Allah akan bagi apa yang aku minta. Percubaan pertama yang aku minta adalah kek secret recipe dan ternyata cubaan pertama tidak mengecewakan. Aku terus bereksprimen dengan sentiasa berdialog dengan Allah.

Seterusnya, semakin aku berdialog dengan Allah, aku mula merasakan perasaan saling mengasihi antara sahabat-sahabat biarpun baru berkenalan, kemudian ketenangan kurniaan-Nya dan banyak lagi seperti yang anda boleh baca di link ini.

Yang terbaru, Allah ajar ikhlas dalam bersahabat. Dalam pada itu, aku merasakan kini, aku lebih banyak bergantung pada Allah. Kalau aku letih, sakit hati, marah semua aku ngadu kat Allah. Aku terjatuh cinta atas bisikan syaitan sebelum ini pun aku ngadu pada Allah agar Allah ambil semula getaran cinta (kononnya) itu agar hati ini sarat dengan cinta-Nya yang agung. 

Kalau dulu, aku jarang berterima kasih pada Allah, aku jarang ingat Allah dalam aktiviti harian melainkan ketika solat, itupun tanpa penghayatan yang penuh untuk mengingati Allah di kala menyebut nama-Nya dan aku sangat bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana Dia telah menurunkan hidayah ke dalam hati aku agar aku mengenali-Nya. Mungkin juga kerana aku berniat dan berusaha untuk berubah dan berhijrah di jalan-Nya, jadi Dia berikan kemudahan, kesenangan kepada aku.

Aku sangat beruntung berbanding manusia di luar sana, ada segelintir sahaja yang selalu ingat Allah dalam tiap aktiviti hariannya sedangkan Allah dah beri BANYAK nikmat pinjaman daripada-Nya pada mereka dan alhamdulillah aku adalah antara yang terpilih yang Dia mahu aku mengenal-Nya, merasakan kehadiran-Nya dalam jiwa aku.

Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (6:125)
Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta" (20:124)

Yang paling menakjubkan, bagi sesiapa yang tinggal di Brunsfield pasti tahu untuk memasuki setiap tingkat perlu akses kad untuk membuka pintu tingkat tersebut. Aku baru sahaja berpindah di sana pada bulan Mac yang lalu, oleh sebab bilangan teman serumah yang sepatutnya ada telah berlebihan jadi aku antara orang yang tidak dapat membeli akses kad kerana bilangan akses kad terhad untuk sebuah rumah. Sehingga sekarang aku masih tidak ada akses kad. Apa yang aku mampu lakukan adalah telefon salah seorang daripada teman serumah agar menolong aku membuka pintu tingkat setiap kali aku pulang. Kalau mereka ada di rumah, kadang-kadang aku pinjam akses kad mereka sebentar.

Kadang-kadang risau juga kalau-kalau menyusahkan mereka tetapi nak buat macam mana, itu sahaja jalan yang ada setakat ini. Kadang-kadang merungut (astagfirullah al-azim) juga sebab sukarnya aku untuk keluar masuk tingkat  tanpa akses kad tetapi rungutan itu hanya sementara kerana kebanyakkannya Allah yang permudahkan aku dan Allahlah yang menjadi akses kad aku. Percayakah anda kalau aku katakan, sepanjang aku tinggal di situ daripada bulan Mac sehingga sekarang, TIDAK PERNAH Allah biarkan aku tunggu berjam-jam untuk menunggu kalau-kalau ada orang masuk/keluar daripada pintu tingkat tersebut. Paling lama pun, Allah biarkan aku tunggu selama 20 minit. Baikkan Allah? ;)

Akan ada sahaja orang yang masuk/keluar untuk buka pintu tingkat itu. Rahsianya?? Aku pernah uji Allah, ketika itu, housemate aku semua takde kat rumah, ada juga yang balik rumah (hometown) begitu juga ke kelas. Lalu aku bermonolog,

"Ya Allah, Kaulah akses kad aku, Kaulah Yang Maha Berkuasa. Tolonglah buka pintu untuk aku. Aku takde akses kad Allah, Kau kan Maha Berkuasa. Tolonglah aku. Kau tak kesian dengan aku? Aku takde akses kad Allah"

Secara jujurnya, ada terputik rasa tak yakin pada Allah ketika itu namun memang benar, Allah itu dekat, kalau kita ingat Dia, Dia pun ingat kita dan sebaliknya. Dengan perasaan ketidak-keyakinan pada Allah, aku tekan butang lif naik ke tingkat aku. Sebelum sampai ke tingkat aku, hati berdebar,

"Agak-agak Allah tolong tak?"

Aku keluar. Fuhh~ Berdebar.

"Ya Allah, tolong buka pintu untuk aku. Kaulah akses kad aku"

Lama aku tunggu. Hati berdebar-debar. Tak lama kemudian, derapan tapak kaki dapat aku dengarkan.

Taraa~~!!!

Ada orang buka pintu. Hati tersenyum.

"Terima kasih Allah"

Dan begitulah kehidupan aku apabila tiada orang di rumah, aku hanya berkata,

"Ya Allah, tolong buka pintu untuk aku"

Dan Dia akan bukakan. SubhanAllah. Sangat BEST! Merasa Allah itu dekat dan sentiasa respon pada permintaan kita. Can u imagine? Aku dah tinggal situ daripada bulan Mac sampai sekarang, hampir 4 bulan yang pada aku tempoh yang lama Allah tolong aku dan aku TIDAK PERNAH perlu tunggu berjam-jam untuk orang bukakan pintu tingkat aku dan oleh sebab itulah, keyakinan sudah meresap ke dalam hati aku. Keyakinan pada kuasa Allah. Baru-baru ni pula, satu bangunan rumah sewa aku, tiada air dan aku hanya tersenyum,

"Allah kan ada. Ya Allah, permudahkan aku untuk mengambil wudhu' menunaikan solat. Kau kan Maha Pengasih. Takkan tak bagi aku solat untuk 'jumpa' Kau"

Dengan izin-Nya, lebih kurang sejam selepas itu, air ada semula dan lagi sekali aku tersenyum. Semua itu menambahkan rasa yakin kepada Allah dalam diri aku. Kalau aku sakit pun, aku relaks je dan berkata,

"Allah kan ada"

Pada masa itu, sebenar-benarnya hati aku ada rasa yakin pada Allah. Selain itu, ada sahaja hamba Allah yang copy aku punya artikel asal dan mengaku itu dia punya. Aku tidak kisah sebab? Hati aku membenarkan semua itu milik Allah. Allahlah yang bagi ilham kepada aku untuk taip artikel jadi buat apa aku nak marah? Bukan aku punya sebab Allah yang bagi ilham. Semua itu milik Allah. Kita ni pinjam je tetapi tak reti nak minta izin dan berterima kasih. ish3

Kisah lain pula, oleh sebab aku suka bersuka rela menjadi sukarelawan dalam gerakan dakwah, aku menghadiri temuduga untuk menjawat jawatan AJK dalam tenaga kerja yang kecil untuk permudah urusan mereka. Nak jadi pemimpin, masyaAllah tak layak dengan ilmu yang serba kekurangan yang insyaAllah akan dipertingkat daripada ke semasa. Jadi oleh sebab itu, AJK kecil-kecilan pun jadilah. Dengan pengetahuan am yang masyaAllah sangat tidak berkelayakan, aku hentam je jawab soalan temuduga secara lisan itu.


Sebelum pergi tu, haruslah berdoa dahulu then berusaha dan bertawakal dan antara ayat doa aku,


"Ya Allah, berikanlah aku peluang dan ruang agar aku dapat mewaqafkan diri, maximize diri di jalan-Mu untuk membela agama-Mu"


Walaupun aku tidak dapat menjawat jawatan AJK tu tetapi sebenarnya Allah telah pun membuka peluang dan ruang itu pada komitmen lain yang secara tidak langsung telah pun melibatkan aku dengan jawatan AJK yang aku hadiri temuduga tu a.k.a dua dalam satu. Hebat kan Allah? :) Semakin hari, semakin sayang dan yakin pada Allah. ^_^ Aku amatlah berterima kasih pada-Nya yang membuatkan aku berazam agar aku dapat lebih mengenal-Nya juga agama-Nya yang sebenar-benarnya kenal dengan banyakkan berterima kasih pada-Nya di segenap perlakuan aku dalam seharian.

Baru-baru ini aku ngidam nak DSLR Nikon D5100. Aku cuma harapkan kelulusan daripada Allah, kalau Dia luluskan, pastinya aku akan dapat kalau tidak aku akan cuba redha dengan bermohon pada-Nya agar tabahkan hati aku agar tidak terlalu fikirkan dunia oleh sebab sekarang dah banyak tanda-tanda Hari Kiamat yang sepatutnya aku fokus agar lebih maximize diri ke jalan-Nya.


Baiklah. Setakat ini sahaja impak/kesan yang aku ingin kongsikan pada anda. Semoga bermanfaat. Oh ye, sebenarnya ada lagi rahsia yang aku lupa nak beritahu. Selain selalu berkomunikasi/berdialog dengan Allah, AMATLAH digalakkan anda membaca selawat kepada Rasulullah SAW TIAP KALI SEBELUM MINUM. Seperti yang kita tahu, badan kita mempunyai 70% kandungan air, jadi dengan membaca selawat ke atas Rasulullah SAW, ia akan memberi molekul-molekul jernih lagi suci dalam badan kita yang membantu memberikan ketenangan ke dalam jiwa. 


Aku juga perasan, dah berapa lama aku tak marah. Serius! (semoga tiada riak) Sememangnya sejak aku amalkan selawat sebelum minum beberapa bulan yang lepas tak silap aku setelah pergi 'Bengkel Mihrab Cinta' juga pada Mac 2011 yang lalu, aku JARANG marah. Memang susah nak marah. Kalau marah pun, sekejap je then rileks.


Oh ye, sambung (banyak pula bebel nanti, bosan anda baca :D maaf ye). Apabila molekul-molekul air dalam badan anda rileks = tenang maka anda akan mudah mencapai aura delta. Orang yang ada aura delta kebiasaannya para ulama', orang alim yang apabila kita berada berdekatan mereka, kita akan rasa satu aura yang sangat tenang. Apabila mereka berbicara, ia menusuk ke dalam hati kita. Sangat terkesan dalam hati yang dapat kita rasakan. Jadi oleh sebab itulah AMAT digalakkan anda membaca selawat sebelum minum air tambahan lagi BANYAK fadhilat berselawat ke atas Nabi SAW malahan Rasulullah SAW lah yang akan memberi kita syafaat di Akhirat kelak. Oleh sebab itu kita perlu banyak berselawat.


Semoga bermanfaat. Panjangnya artikel, masyaAllah~~ ^_^

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites