Pages

28 Jul 2011

Buatmu Sahabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Aku tak tahu kenapa, selepas aku datang 'Diskusi Ramadhan: Bulan Transformasi Diri' membuatkan aku rasa sangat sayu terutamanya apabila aku terkenangkan kakak inspirasiku, kak Ummu akan pergi jauh daripada aku. Masa yang ada, aku harap sangat dapat spend time sebanyak-banyaknya dengan dia. Tiap kali aku terserempak dengan dia, pasti aku ingin menatap wajahnya sepuas-puasnya kerana hati ini tahu, wajah itu tidak akan dapat aku tatap selepas bulan 10. 

Ya Allah, aku sangat sedih. Hanya Kau sahaja tahu betapa sedihnya aku. Tak tahulah Allah, maafkanlah aku jika sayang aku padanya melebihi sayang aku pada-Mu. Yang pasti, aku sangat sedih kerana aku tidak dapat menatap wajahnya lagi di MSU kerana dia akan pergi untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut di tempat lain.

Aku sedih tengok dia sedih, penat. Aku tak sanggup. Ia terkesan dalam hati aku untuk turut merasa kesedihan itu.

"I'm a good listener but not a good responder"

Aku hanya akan setia dengar dia bercerita tetapi aku tak mampu nak bagi dia respon yang baik. Yang pasti, aku sanggup jadi pendengar dia yang setia walau apa pun yang dia hadapi asalkan aku dapat meringankan beban di hati dia. Aku tak nak dia sedih, sebab nanti aku akan turut sedih. Kalau dia gembira, aku akan rasa sangat gembira kerana keceriaan yang dia lontarkan. Alhamdulillah, Allah seolah-olah sentiasa memberi aku peluang dan ruang untuk spend time dengan dia. Ada sahaja hari yang dapat aku spend time dengan dia walau hanya terserempak. Itu pun dah cukup nikmat dan besar serta indahnya waktu itu yang akan aku hargai sebaik-baiknya. Aku cuma impikan kakak sefikrah dan tak tahu kenapa hati aku tertarik pada dia dan aku sangat menghargai dan berterima kasih pada Allah atas pertemuan ini.

Melihat sahabat menitiskan air mata dalam program tadi membuatkan aku rasa sedalam-dalamnya erti persahabatannya. Walaupun aku tak rapat dengan kakak yang nangis tu, tetapi hati aku sayu sebab aku sedih tengok dia nangis. Aku tak tahu nak buat apa. Yang aku tahu hanya memberi kata-kata nasihat agar tabah dengan ketentuan-Nya. 

Untukmu, kak Ummu, kak Sol, kak Wahyu, kak Siha, kak Linda, kak Ana, sahabat PMI MSU, unit media PMI MSU, sahabat lain.

Sahabat...
tahukah kau tika kali pertama kaki ku di sini...
Ku melangkah keseorangan...
sendirian...
kesunyian...
melewati pengembaraanku di pembukitan ilmu ini...
Terasa perit dan payah..
menderitanya aku yang amat sangat...

Sahabat...
Tika diri ini mencari-cari teman...
kau hadir tanpa ku duga...
menemani diri ini menyusuri penghijrahan di tanah melata...
menjadi tulang kekuatan ku di sini...
sehingga ke hari ini...
Kaulah penyeri hidupku...

Sahabat...
Pelbagai cerita duka, derita, perit dan pahit di sini dikongsi bersama...
kaulah tempat ku meluah segala cerita...

kaulah pendengar yang begitu setia...

mendengar tanpa banyak kata...

Sahabat...
kaulah sahabat setia...
Setia bersama ku di sini...
Beriringan menggapai kejayaan demi kejayaan...
Semoga kau dan aku cemerlang dunia wa akhirat...

Sahabat...
Panas di sini tidak sampai ke petang hari...
Tiba-tiba hujan membasahi pembukitan ini...
Rupa-rupanya petanda buat diri...
kau dan aku akhirnya akan berakhir di sini...
berakhir sebagai penuntut ilmu Rabbani...
namun bukan bererti tamatnya persahabatan ini...

Sahabat..
walaupun kau dan aku akan berpisah jalan...
berpisah di setiap persimpangan haluan...
namun ku harap kita masih sejalan dalam tujuan....

Sahabat...
di tahajud malam ku panjatkan doa...
agar kau dan aku tidak terus dipisahkan selamanya...
moga tiba waktu yang didamba...
agar kau dan aku bersatu akhirnya...
bersatu sebagai sahabat yang diredhaiNYA...
insyAllah...itulah janji kita...


0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites