Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kini, sebenarnya aku kurang suka dan tak minat nak cakap pasal cinta. Muak pun ada. Serik? Wallahu alam kerana aku perbetulkan doa aku agar aku tak de perasaan tentang cinta lagi. Benci? kot tetapi kadang-kadang tengok lelaki soleh (kat masjid/surau pakai kopiah, pakai jubah putih) terdetik sebentar hatiku namun aku beristighfar agar tidak menjadi sesuatu yang sia-sia pada diriku tetapi aku rasa nak taip artikel tentang cinta since aku baru lawat blog ala-ala cinta sahabat aku yang insyaAllah akan mendirikan baitul muslim tak lama lagi. Gembira aku untuknya kerana dia merupakan sahabat yang aku sayangi. Mestilah gembira, tak kan nak marah tol tak? :)
Tika berbicara tentang cinta, pasti semua tersenyum simpul
Tika berbicara tentang cinta, pasti semua akur pada ceritanya, fokus pada apa bicaranya
Tika berbicara tentang cinta, hati berbunga merasa bahagia
Tika berbicara tentang cinta, segalanya wajah si dia
Tika berbicara tentang cinta, kadang kala pasti teringatkan si dia
Tika berbicara tentang cinta, jika bertemu pasti seronok rasanya
Tika berbicara tentang cinta, kata-katanya sahaja pasti dihadam olehmu dengan segera
Tika berbicara tentang cinta, jika mendengar suaranya pasti sudah rasa gembira, semangat sahaja
Ya, sungguh pabila jatuh cinta itu pasti bahagia segalanya, di mana sahaja ada muka si dia, di mana sahaja pasti teringat si dia namun cinta yang mana sebenarnya akan membawa bahagia...
Aku sangat terinspirasi dengan kata-kata hikmah daripada Cerpen "Seindah Mawar Berduri"
“Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan.
Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga, apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika percintaan.”
“ Ziana, jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau Ziana rasa ianya boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan cinta tu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan Ziana dari–Nya. Allah Maha Penyayang,” jelas Khazinatul Asrar.
“Praktikalnya?” Roziana mahu lebih jelas.
“Kikislah keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon, bermujahadah untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya… Buatlah secara perlahan–lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Kak Asrar faham, Ziana perlukan masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak apalah…selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah,” senyum berputik di bibir.
http://www.scribd.com/doc/2652779/Seindah-Mawar-Berduri
Aku sangat terinspirasi dengan watak Khazinatul Asrar dalam cerpen ini. Dia sangat menjaga pergaulannya dengan ikhwat. Senyum pun tak dengan Tsabit yang sukakan Asrar which is memotivasikan aku agar tidak senyum pada ikhwat walaupun aku tahu dan dengar,
"Senyum itu sedekah"
Tetapi apa yang aku fikirkan adalah, betapa nikmatnya si pemilik tulang rusuk aku nanti apabila dia tahu bahawa aku menjaga senyuman itu hanya untuknya. Malahan baru-baru ini, seorang sahabat mungkin juga seperti abang pada aku menasihati agar kurangkan pandanganku pada ikhwat hatta ikhwat itu hodoh sekalipun dan dia berikan aku sepotong hadis,
"Dlm 1 hdith Nbi b'sbda yg mafhumnya..jika seorg llaki t'pndang wnita yg cntik kmudian dia menundukkn pndangannya, maka Allah akn tmbah khusyuk dlm solatnya"...hdith ini utk llaki tpi bleh pkai utk wnita gak...wnita yg msuk surga akn pergi melihat wjah Allah nnti, tpi bgi wnita yg memberati auratnya(b'purdah), Allah sendiri yg akn dtg melawatnya d syurga"
Selain itu, dia juga menyarankan aku buku Fadilat Amal karangan Shaikhul Hadith Maulana Zakariya.
InsyaAllah bila aku dah habis final exam nanti, aku berniat nak beli dan baca untuk mempertingkat akhlak aku mencapai tahap muslimah solehah sejati.
p/s: sebenarnya aku nak tulis tentang addict facebook tetapi tak pelah mungkin ilham daripada Allah. semoga bermanfaat.
0 comments:
Post a Comment