Pages

4 Sept 2011

Masih Banyak Yang Perlu Diperbaiki

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Melihat foto si dia dengan jubah putih dan berkopiah, aku terasa kerdil dan malu atas perasaan fitrah kurniaan-Nya terhadapnya. Malu semalu-malunya ibarat pokok semalu yang mengucup tatkala disentuh. Kesolehan aku dan si dia jauh beza, SANGAT JAUH BEZA. Serius aku malu. Memang padanlah dia bertunang dengan orang lain sebab aku memang tak layak untuk memiliki dan dicintai adam sepertinya,  bukan kerana dia tak layak untuk aku tetapi aku yang tak layak untuk dia. Semoga gadis tunangannya akan memberi kebahagiaan dalam hidupnya. 

Sedih? Ya, dulu aku sentap bila tahu dia nak bertunang, kini baru aku tahu udang di sebalik batu, apa yang Allah nak tunjuk kat aku. Inilah hikmahnya rupa-rupanya.

"Terima kasih Allah"


Berderau batinku tatkala, 

"kita kahwinkan syira dengan M la..." fuhh~ gugup jantungku.. 

"syira kan belajar lagi" 

"mana tahu dia sanggup tunggu" gile kentang betul..nasib baik terlepas. 

baru kau tahu kau dah bersedia ke belum..tula ckp psl cinta g..ish4..menakutkan..baru ku sedar, 

"Aku Belum Bersedia.."



Ya, aku belum bersedia sebenarnya untuk jadi isteri. *entah sapelah si dia (aku suka cakap malang sungguh pemilik tulang rusukku sebab?? banyak kelemahan aku, jadi malanglah sape yang memiliki aku huhu)

Aku bukan selalu tetapi kengkadang terfikir pasal cinta+kahwin awal tetapi sebenarnya bila kahwin banyak yang perlu kita consider. Anak, nak didik anak bukan senang macam ibu bapa kita didik kita, agak-agak senang tak? Ada anak yang degil macam aku, sabor jela mak apok aku. Ish3 Nak tarbiyah anak lagi. Banyak woo! Banyak yang perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Kahwin? MACAM nampak seronok tetapi sebenarnya beso tanggungjawab.


Sejak Ramadhan berlalu, aku rasa aku makin jauh daripada Allah, sebab itu dalam satu masa, aku merenung jauh..aku dapat rasa dia jauh daripada aku bukan kerana Dia yang menjauhkan diri tetapi aku yang menjauh daripada Dia, seolah-olah Ramadhan tidak memberi apa-apa kesan pada aku. Berlalu begitu sahaja tanpa istiqamah amalan-amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan.

Aku kembali rasa kosong, sebab?? Aku tak dekatkan diri pada Allah..semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Tamat Ramadhan, tamat camtu jelah tanpa kesan yang mendalam. Allahu akbar. Plus, bertambah rasanya sifat-sifat munafik dalam diri aku. Sedar tak sedar sebenarnya sifat-sifat munafik ini ada dalam diri kita.

Peperiksaan semester kedua hampir tiba dalam masa sebulan lagi. Aku perlu prepare dalam masa yang sama perbaiki diri sebagai hamba, wakil-Nya, anak dan pelajar juga sahabat. Banyak, terlalu banyak yang perlu diperbaiki. Semoga Allah beri kekuatan pada diri ini. 

Hamba mohon ya Allah, kurniakanlah aku ketetapan pada urusan kerja dan keazaman atas hidayat


Padamu yang menjadi imam dalam hidupku.. 
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku..Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.



0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites