Pages

9 Sept 2011

Berlatih Sedarkan Allah Itu Dekat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah semalam, dapat juga aku bangun pagi sebelum Subuh seolah-olah tersedar, dikejutkan Allah. Jadi aku nak kongsi serba sedikit, simple je bagaimana caranya. Papepun baca dahulu link ini,



oleh FuadLatip

Ini adalah cara aku sendiri daripada apa yang aku baca dua link tersebut. Aku baring macam biasa, macam nak tidur tu. Pastu aku letakkan tangan di perut macam orang yang meninggal dunia sambil sedarkan Allah itu dekat.

Analogi sedarkan Allah macam ni,

Korang perasan tak hembusan nafas yang keluar tiap saat? Aku sendiri tak perasan yang aku sedang bernafas. Bila aku fokus, barulah aku sedar, aku sedang bernafas.

Begitulah analoginya. 

Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.

Jadi jelas di sini Allah itu dekat dan hanya mereka yang sedar Allah akan sedarkan Allah, kalau nak buat dosa pun fikir infinity kali sebab sedar Allah itu dekat macam korang bayangkan, YDP Agong ikut korang 24 jam, agak-agak korang akan berpeluk-pelukan ke depan dia? Tetapi tak tahulah kalau ada yang kurang segan untuk buat. Dah lah dia tu sangat berdaulat+beradab. Itu baru YDP Agung tetapi ini Allah, yang cipta YDP Agung tu. Sebab itu, orang yang buat dosa itu, sebenarnya dia tak sedar Allah hanya TAHU BUKAN SEDAR Allah.

So, korang cubalah amalkan. Aku harap korang faham apa yang aku cuba cakap.

Summary.
Baring macam orang mati, tangan di perut, tangan kanan di atas tangan kiri, kaki luruskan dan cuba pertahankan kesedaran Allah itu dekat macam korang pertahankan yang korang sedar korang mendengar nafas korang.

InsyaAllah lama kelamaan korang akan tertidur sendiri dan akan dikejutkan eksklusif oleh Allah tatkala fajar menjelang untuk berdating dengan-Nya. Kalau masih tak dapat, teruskan berlatih, jangan berhenti.

*Maaflah kalau bahasa aku kat blog ini agak kasar, aku dah ngantuk sebenarnya jadi semua kurang bagus berbanding post sebelum ini. teguran amat-amatlah dialu-alukan. selamat beramal

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites