Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Anda hebat andai tidak membeza-bezakan layanan terhadap sahabat-sahabat anda tetapi tidak aku. Aku tidak mampu kerana bukan semua orang boleh menjadi sahabat sejati melainkan hanya sekadar 2-3 orang.
Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia berduka, pasti aku turut berduka
Pasti aku turut merasa kesedihannya
Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia gembira, pasti aku turut gembira
Dukanya dukaku, gembiranya gembiraku
Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia kekurangan duit, pasti akan ku beri duitku padanya walau aku juga kekurangan duit
Biar aku berlapar agar dia kekenyangan
Bila aku sayang sahabat sejati
Walau sebanyak mana pun kekurangannya
Pasti aku terima dengan hati terbuka
Kerana sayangnya aku padanya mengatasi kekurangan yang ada padanya
Bila aku sayang sahabat sejati
Walau sekerap mana aku disakiti olehnya
Pasti cepat aku memaafkannya
Kerana aku tidak mahu kehilangan sahabat sepertinya
Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia meminta pertolongan, pasti akanku tolong walau aku keletihanKerana pasti tatkala itu dia dalam kesusahan
Jadi aku mahu merasa kesusahannya agar bebannya berkurang
Biar kami sama-sama susah, sama-sama senang
Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia perlukan aku namun kami berjauhan
Pasti aku akan berusaha agar aku dapat pergi kepadanya
Walau apapun keadaannya, agar kehadiranku itu menjadi kegembiraan buatnya dikala aku diperlukan
Bila aku sayang sahabat sejati
Pasti aku gembira tatkala berada di sisinya
Apetah lagi andai dia berjauhan denganku kerana telah selesai belajar
Pasti tatkala kami mempunyai masa bersama
Tiap detik bersamanya sangat membahagiakan aku
Sangat nikmat bagiku
Bila aku sayang sahabat sejati
Aku tidak kisah andai dia tidak menjadi pendengarku yang baik
Kerana cukuplah dia tetap bersama dan sudi bersahabat denganku
Bila aku sayang sahabat sejati
Aku tidak kisah andai dia menyakiti hatiku
Asal aku dapat menjaga hatinya
Bila aku sayang sahabat sejati
Walau sesibuk mana
Andai aku diperlukan olehnya
Pasti aku akan meluangkan masa sebaik mungkin
Agar dirinya merasa senang dengan kehadiranku
Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia demam
Pasti aku ingin menjaganya sehingga dia sembuh
Pasti aku akan cuba meluangkan masa melawat dan menjaganya walau aku kesibukan
Bila aku sayang sahabat sejati
Andai dia berkeinginan makan sesuatu
Pasti aku akan masak untuknya dan belajar andai aku tidak tahu cara untuk memasaknya
Agar keinginannya aku dapat penuhi yang akan menggembirakan hatinya
Bila aku sayang sahabat sejati
Pasti setiap saat bersamanya sangat nikmat bagiku
Bila aku sayang sahabat sejati
Pasti aku suka memberi dan menghadiahkan sesuatu
Walau sekecil mana pun
Asal dia gembira dengan pemberianku biarpun dia tidak meminta
Kerana prinsipku..buatlah yang terbaik buat sahabat walau tidak dibalas kerana ia mengajar aku erti 'IKHLAS'..banyak memberi, kurangkan meminta..
---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
1 comments:
when i read this i cried..
i'd lost her..
dulu masa kami gaduh..dia try pujuk sy..tp ego,,skrng dia pun dah xkesah pasal sy.. i miss her when i read this..sy tau dia baik tp sy ttp xkesah sbb hati sy tgh marah..kalau msa boleh putar balik tentu kami xperlu jd mcmni.. skrng kami kekok,jumpa pun xpandang mata..apatah lg nk gelak sama-sama..
sekarang sy sedar sy perlu hargai mereka dsekeliling sy. smaada mereka syng atau x pd sy,sy dah xkisah. sbb sy xnak perkara y sama berulang lg..cukuplah sy hilang shbt sy y dulu..sy akn syngkan mereka y baru mucul kini smpi akhir hayat..
terima kasih dgn entri ini...
Post a Comment