Pages

12 Mar 2012

Dikala Orang Lain Mengumpul Alasan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah di kala aku sedang menelaah pelajaran untuk menghadapi exam pada hari Selasa ini, ada rezeki yang masuk. Genap 3 minggu aku mulakan bisnes Lubuk Rahsia Dropship dengan profit AUD $100++. Hari ini aku dapat AUD $65 lagi. Rasa sangat awesome. Patutlah aku rasa tangan kanan aku gatal je =D Rupa-rupanya ada rezeki nak masuk.


Frankly, pada hari Sabtu yang lalu, ketika aku berbelanja untuk 1st income aku, aku telah keciciran kad akses bernilai RM60. Sebagai pemikir positif, aku cuba maintainkan energi positif aku agar aku tak mudah 'melatah' dengan gurauan Allah sebab pada aku, itu bukanlah ujian yang besar kerana penyelesaiannya hanya perlu membeli kad akses baru bernilai RM60 then the problem is solved! Same goes to cerita nie: Hidup Bertuhan: Aku Jatuh Cinta.

Mula-mula aku rasa agak goyah sebab aku rasa macam,

"Huhh hilang ke?"

Tetapi lama kelamaan setelah cuba relax dengan beristighfar, aku mula meningkatkan semula energi pemikiran positif aku. Then pada malam itu, aku list item aku di Ebay yang aku dah target end hari ini tetapi petang. Pada masa itu aku cuba memotivasikan diri dan imagine, aku dapat payment AUD $65. Fikiran produce emotion, emotion produce action.

Agak terbatas diri aku bila aku dah kehilangan kad akses aku untuk dua hari ini tetapi aku tetap percaya dan visualize aku dapat payment AUD $65 untuk recover aku ye RM60 tu. Dan alhamdulillah hari ini terbukti dengan fikiran dan percaya kita mampu mengubah hidup kita. Dengan fikiran, visualize, percaya dan take action mampu menjadikan sesuatu yang kita inginkan menjadi realiti. Itulah yang aku belajar daripada ebook Rahsia Tarikan + mendengar audio Rahsia Hipnosis dan alhamdulillah hari ini terbukti dengan Fikiran Positif Mampu Mengubah Hidup Menjadi Positif

Jangan sampai, 'orang lain mengumpul rezeki, anda mengumpul alasan' :) Ingatlah, bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, selagi dia tidak berusaha mengubah nasibnya sendiri. ke arah kehidupan yang lebih positif dengan fikiran positif..

Dahulu aku juga pemikir negatif,

"duit bukan boleh mati"
"kaya sebenar kaya hati"

Tetapi bila aku dah mula buat bisnes ni, aku nak jadi seorang muslimah yang kaya, andai ada rezeki jadi Jutawan Muslim. Tanpa harta, kita takkan boleh pergi haji, umrah, bersedekah, bagi nafkah kat ibu bapa, dan berkahwin. Kenapa tidak,  kita kaya harta di samping kaya jiwa? Fikirankan. Bacalah artikel Kekayaan Menurut Islam

Sebab aku nak jadi orang kaya yang ada duit melebihi keperluan, bebas kewangan agar aku dapat bawa ibu aku pergi haji, itulah satu-satunya aim aku 3 tahun yang lalu, selebihnya boleh baca kat artikel Jatuh Bangunku Dalam Perniagaan Internet. Nak pergi haji pun RM20,000 untuk SEORANG. Pendapat anda, agak-agak adakah orang yang nak sponsor kita? Siapakah yang akan mendapatkan duit untuk pergi haji, sara diri dan keluarga kalau tidak diri kita sendiri? 

Pasti setiap daripada kita ada impian tersendiri, hidup ini adalah tentang pilihan, nak jadi baik atau jahat, nak jadi kaya atau miskin, nak masuk syurga atau neraka? Bak kata kawan aku, 

"Belajar tinggi-tinggi, masuk IPTA, masuk universiti, belajar luar negara tetapi sayang, tak tahu memilih mana yang baik, mana yang buruk, mana yang perlu ditinggalkan, mana yang perlu diusahakan, mana yang perlu dibaiki."

aka Lu Fikirlah sendiri =) 

Andai anda rasa mencipta alasan itu memberi manfaat untuk dunia dan Akhirat, teruskan. Jika tidak, make a move to change your life as your desire life. 

Mengapa tidak kita mencipta 1001 alasan untuk berjaya, kaya dan menjadi jutawan daripada mencipta 1001 alasan untuk GAGAL? Kerana aku tidak akan menoleh ke belakang lagi untuk mencipta lebih banyak alasan untuk berjaya, kaya, dan menjadi jutawan. 

Carilah rezeki di muka bumi ini umpama kamu akan hidup seribu tahun lagi. Dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok.

Aku lebih gembira tengok orang lebih soleh, lebih baik, lebih berjaya daripada aku kerana mereka akan menjadi inspirasi pada aku untuk menjadi lebih solehah, lebih baik dan lebih berjaya. Andai anda mahu saya tolong anda buat bisnes ini, berjaya bersama-sama saya, saya terbuka hati untuk menolong anda asalkan anda ada keinginan dan usaha yang keras untuk capai apa yang anda nak. 

Saya takkan meminta sesen pun daripada anda, cukuplah anda bersedekah dengan duit hasil daripada apa yang akan saya kongsikan untuk kita sama-sama berjaya dan saya hanya mahu mengajar pemikir positif kerana pemikir negatif akan influence energi tarikan positif yang ada pada saya daripada menarik rezeki dalam hidup saya.Yang penting,

The key to success is trust yourself, visualize your goals that will produce positive emotion and energy to take action towards your vision - my original quote. 

---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites