Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang
Syukur alhamdulillah atas nikmat-Nya pada hari ini. Pada hari ini aku dapat merasakan AWESOME + HEBATnya tenaga doa. Doa itu aku mohon kira-kira dua minggu yang lalu.
Kini, aku sibuk menguruskan bisnes Ebay. Kisah ini berlaku kira-kira dua tiga minggu yang lalu. Aku ternampak tawaran kelas Personal Coaching tentang kajian niche untuk niaga dalam Ebay yang mana kajian niche itu sangat penting agar kita dapat keuntungan berganda pada item yang dijual sebab aku sangat lemah untuk cari item/niche yang sesuai apetah lagi agar dapat keuntungan yang tinggi.
Then aku berdoa agar Allah permudahkan aku dapat masuk kelas tu. Masa tu keuntungan aku baru mencapai RM200 lebih since dah keluar some of the money untuk keperluan..kelas pc tu berharga ratusan ringgit lah juga yang mana time tu aku masih shot beberapa ratus. Mentor jutawan aku berpesan:
"An investment in knowledge always pays the best interest."
Aku berusaha dalam dua minggu dengan menggunakan ability Hukum Tarikan dan Audio Hipnosis dan alhamdulillah dapat up keuntungan lagi RM100. Antara yang aku sedar time tu,
"Bila kita ada target, kita akan kejar misi tu bersungguh-sungguh dan dengan fokusnya"
Sebab aku memang nak masuk pc tu kerana ia akan membantu aku mencari niche yang lebih profitable dengan margin yang lebih tinggi selari dengan mencapai impian aku untuk earn 4-5 figures a month dengan Ebay sekaligus mencapai impian aku untuk hidup dalam keadaan bebas hutang dan bebas masalah kewangan. InsyaAllah.
Biasanya aku akan spend time untuk berfikir dan visualize goals aku untuk menarik apa yang aku impikan. As well berdoa lepas solat. Jadi setiap kali lepas solat, aku gunakan Hukum Tarikan agar aku dapat masuk pc Ebay tu.
Tarikh pc tu makin dekat iaitu bulan depan sedangkan aku masih shot berapa ratus. Kadang-kala perasaan risau + ragu-ragu + bimbang itu datang tetapi aku cepat-cepat hapuskan agar aku dapat stablize energi positif yang aku pancarkan ke alam semesta.
TUP TUP! Hari ini aku dapat rezeki yang tak disangka-sangka. Aku dapat duit bayar pc tu. Subhanallah. Aku tak tahu macam mana nak cakap tetapi rasa sangat superb! Rezeki, penyelesaian yang disangka-sangka. HEBATNYA DOA! Memang aku tak sangka duit tu boleh datang macam tu je sekaligus aku dapat bayar pc tu. Syukur alhamdulillah.
Aku tak tahu nak cerita selanjutnya macam mana sebab aku tak tahu nak describe macam mana perasaan aku tentang kesedaran aku yang tenaga doa itu SANGAT HEBAT!
Apa yang aku amalkan?
SENTIASA:
Percaya pada Allah yang Dia akan permudahkan
Think +ve pada Allah walau Dia berikan ujian/masalah, tanamkan dalam diri yang Dia akan selesaikan problem tu tanpa kita perlu risau untuk selesaikan masalah tu bagaimana since Allah Maha Besar + Maha Kuasa. apelah sangat masalah yang tiny tu berbanding Allah yang Maha Besar dan Maha Kuasa since Allah yang create problem tu that's why just serahkan pada Dia agar Dia yang selesaikan
Bila kita berdoa, selarikan lisan dan hati. Selanjutnya baca di sini aka bila kita berdoa, put emotion in our doa yang akan memancarkan energi positif ke alam semesta yang akan menarik apa yang kita nak. *selanjutnya belilah buku Quranic Law of Attraction untuk memahami apa yang aku cakapkan.
Bersyukur dan berterima kasih pada Allah SETIAP HARI. Cara yang aku selalu buat,
"terima kasih Allah atas segala-galanya pada hari ini"
Lagi better kalau ada Buku Syukur. Yang mana kita list out semua perkara yang kita bersyukur pada hari itu. Contoh;
Terima kasih ya Allah, hari ini aku dapat komisyen RM100
Aku bersyukur pada hari ini kerana aku sihat
Aku bersyukur pada hari ini kerana aku ada makanan untuk dimakan apabila lapar
#aku buat buku nota besar yang mana sume impian aku letak sekali dalam tu. bila kita buat mende ni, kita akan meningkat dan memancarkan energi positif kepada alam semesta yang akan menarik apa yang kita nak
Dengar hipnosis Tarikan Rezeki. Yang mana audio ini berfungsi menjadikan kita seorang yang lebih tenang, kurang ragu-ragu aka reprogramming minda kita yang banyak negatif. Jadi dengan itu, lebih mudah kita praktikkan minda yang positif. insyaAllah.
Gembira walau aku berduka
Aku tak tahu kenapa tetapi tiap kali aku berduka, PASTI Allah berikan sesuatu buat aku gembira. Dia memang sangat baik pada aku.
Aku kehilangan akses kad berharga RM60. Memula macam,
"Hilang ke?"
Mula-mula macam down sket tetapi aku buang cepat-cepat perasaan negatif agar aku maintain energi positif aku. Tak lama pastu, TUP! Item aku di Ebay sold! AU $60. Allah gantikan akses kad bernilai RM60 kepada item terjual berharga AUD $60 x3 almost RM180 =) alhamdulillah thnx so much Allah
Kisah 2
Hari ni aku jadi stuntwoman. Bilik aku terkunci gara-gara angin kuat tertolak sebab time tu hujan sangat lebat. Entah bagaimana terkunci aku pun tak tahu. Akulah kena jadi stuntwoman (sebab badan aku sihat dan kuat =.=") masuk daripada tingkap bilik lain ke bilik aku yang terkunci tu. Badan aku sakit-sakit + tangan aku luka. Agak sukar kerja harian aku pada hari ini tetapi not big problem. Allah kan Maha Penyembuh. Letak ubat oklah.
+ aku rasa down gak. Kadang-kadang aku rasa aku perlukan seseorang untuk berkongsi kejayaan bisnes aku, tiap kali item sold, tiap kali aku dapat komisyen, aku nak gitau seseorang dan dia akan bagi kata-kata motivasi cam,
"alhamdulillah, tahniah. gambate! baguslah!"
Yang mana ia akan membuat aku lebih bersemangat cuma kadang-kadang aku tak tahu aku perlu beritahu siapa. Kadang-kadang orang yang aku berkongsi rasa gembira tu, aku tak dapat respon yang aku nak/expected. Hasilnya aku hanya cerita pada Allah. Segalanya aku kongsi pada Allah. Aku selalu bercerita pada Allah. Mungkin ada yang cakap aku orang gila cakap sorang-sorang tetapi Allah itu sentiasa ada. Dekat. Lanjut, baca Impak Hidup BerTuhan.
Tetibe terfikir kata kak Firuz yang cakap tentang dia bersyukur sebab dapat tunang dia yang boleh jadi sahabat pada dia. Sentiasa menyokong dia. Ustazah Pilihan Firuz Akhtar Fan Club tu pun tunang dia yang buat, blog. Best kot ada tunang yang begitu menyokong camtu. Nak share pape pun mesti kak Firuz gembira nak share dengan tunang dia. Time tunang dia balik Malaysia pun boleh tahu kak Firuz happy daripada update status dia.
Aku cakap sebab i wish to have someone yang supportive macam tu. Ahli keluarga, atau sahabat. Yang paling best, kalau minat sama. Minat bisnes.
Dan aku rasa sebenarnya Allah cemburu sebab Dia tak nak aku bercerita pada orang lain selain Dia sebab itulah aku selalu bebel kat Allah. Walaupun Dia tak bagi respon secara direct tetapi Dia bagi secara undirect. dalam hati. kalau aku tengah marah, nanti lama kelamaan, aku akan rasa cool. Time aku sakit hati, aku cerita kat Dia, nanti lama-lama aku cool.
Then hari ini walau badan aku sakit-sakit, tangan aku luka, aku down sebab tak tahu nak share happiness + successful story aku kat siapa, Dia bagi aku nikmat untuk replace sume tu dengan dapat duit masuk pc Ebay yang berharga ratusan ringgit + Dia hadiahkan aku seseorang yang mana aku boleh share successful story Ebay aku. Subhanallah. Thnx sgt Allah. Buat aku makin sayang pada Kau. Sekarang aku dah ada seseorang yang boleh aku share successful story Ebay aku sebab minat kami pun sama. Dia pun minat bisnes Ebay =) Alhamdulillah.
Indahnya Hidup BerTuhan...Hebatnya Tenaga Doa...
0 comments:
Post a Comment