Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Atas kurniaan-Nya pada hari ini dan untuk segala-galanya. Hampir genap sebulan sejak aku mengamalkan apa yang dibongkar dalam ebook Rahsia Tarikan dan mendengar Audio Hipnosis tiap kali sebelum tidur dan selepas bangun tidur.
Dahulunya aku seorang loser. Sering memandang rendah pada diri, sering berfikiran negatif yang membuatkan aku menangguh2kan kejayaan aku. Aku hanyalah seorang loser yang hanya berangan-angan tanpa usaha. Apabila orang lain berjaya, aku hanya mampu mengatakan,
"orang kaya semakin kaya"
Namun aku sendiri tak memulakan tindakan untuk mengubah hidup aku. Almost 3 years gak aku hidup begitu. Sering mengeluh bila takda duit tetapi tak nak berubah, mencari solusi pada persoalan itu. Aku lebih banyak berangan berbanding berusaha. Duit banyak keluar tetapi tiada yang masuk sebab semuanya aku hanya mengharapkan duit ibu dan ayah apetah lagi simpanan. Tengok baki akaun bank pun tak semangat melainkan hanya hembusan keluhan yang terluah.
Namun sekarang segala-galanya berubah setelah aku membeli ebook Rahsia Tarikan. Aku membeli ebook itu sebelum aku beli Audio Hipnosis. Ketika itu aku ingin membeli ebook Minda Berjaya oleh Ammar Zahar; seorang pelajar UPM yang buat duit 5 angka daripada kampus, keluar graduate dah mampu bina syarikat sendiri...mungkin Allah merencanakan sesuatu untuk aku. Ebook Minda Berjaya tu berharga RM37 sementara ebook Rahsia Tarikan berharga RM50, frankly masa tu aku tak ada duit sangat since aku baru buat sedikit keuntungan dengan bisnes dropship aku: Lubuk Rahsia Dropship. Namun entah kenapa, aku lebih memilih ebook Rahsia Tarikan walaupun harganya mahal.
Aku baca, seriously aku tak khatam penuh once aku dah beli + dapat download ebook tu. Aku baca sekilas pandang je. Mula-mula of kos keraguan tu pasti ada,
"betul ke bende ni"
Tetapi apa yang aku fikirkan adalah bila aku fikir atau mengeluh tak ada duit, ada sense/emotion/energi yang negatif dalam diri aku. Aku rasa stress, bengang, tertekan. Sebab itu aku beri peluang pada diri untuk apply apa yang disampaikan dalam ebook RT tu.
Kejayaan demi kejayaan, rezeki bertambah-tambah
1. Item pertama dan kedua bisnes ebay aku terjual dengan bids sasaran, almost 10 bids
Kejayaan pertama aku adalah item yang aku list untuk bisnes ebay aku mendapat bidder yang ramai = hot demand = item akan tersold = aku dapat payment =D
Daripada hanya 0 bids > 2 bids > 5 bids > 9 bids akhirnya alhamdulillah item aku tersold! =D Rahsianya pada permulaan listing, aku fikir dan imaginasi yang aku dapat sold dengan 10 bids even terjual dengan hanya 9 bids, ia cukup membuatkan aku percaya bahawa
"Teknik ni betul-betul menjadi!"
Sejak daripada itu aku develop diri aku agar sentiasa berfikiran positif agar aku hanya menarik perkara positif ke dalam hidup aku. Pesan millionaire mentor aku,
"apa yang kita fikir, buat dan cakap adalah doa"
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar + Allah Maha Mengabulkan.
2. Mendapat keuntungan berkali ganda sehingga mendapat RM500 untuk percubaan pertama berniaga di Ebay.
Setelah item aku terjual, ada pula customer yang minta deal luar untuk beli item aku since auction item aku masa tu dah tamat. Siap merayu agar jual kat dia. Aku offer AUD $90 = 291.37
3. Ditawarkan menjadi admin Ustazah Pilihan Firuz Akhtar Fan Club - alhamdulillah. Memang aku tak sangka dapat jadi admin fan page dia apabila ditawarkan oleh seseorang admin daripada page ini hanya kerana komen aku di wall page Ustazah Pilihan Firuz. Yang best, aku terus dapat approve jadi 'Friends' dia di profile dia eksklusif sebab aku admin fan page fan club dia =D
4. Dapat 'Friends' dengan srikandi inspirasiku dan menarik orang-orang yang berjaya ke dalam hidup aku. Eksklusif kot sebab mereka adalah kenalan jutaan orang di seluruh Malaysia. Harus rasa excited bila mereka approve aku jadi Friend, secara tak langsung aku dapat merapatkan ukhwah dengan mereka.
Sebelum tu, aku masih belum dapat friend dengan kak Nur Shahidat tetapi hanya disebabkan komen aku di status dia, dia terus approve. Selain itu, aku mula kenal orang-orang yang berjaya melalui dia iaitu kak Mastura. Selanjutnya: My Positive Life Has Begin.
Aku mula mengenal sis Raghad iaitu seorang wanita muslim di luar negara dan founder Muslim Women Success Coach. Aku suka baca dan dengar webinar yang dianjurkan, sangat inspiring bagi aku yang baru sahaja memulakan hidup ke arah kehidupan yang diingini. Artikelnya pun sangat inspiring tentang mencapai kejayaan dalam kehidupan yang kita inginkan.
5. Ditawarkan menjadi photographer dan videographer untuk pre-wedding dan charity event
6. Sampel artikel english aku mendapat kelulusan daripada Productive Muslim untuk menulis artikel english pada mereka random time - ingatkan english aku berterabur rupanya masih awesome hehe alhamdulillah. Rasa proud dan gembira juga sebab sampel artikel english yang aku ingat bakal ditendang itu mendapat kelulusan maksudnya english aku masih ok cuma kena keep practice untuk improve grammar and vocabulary.
7. Rezeki bisnes ebay semakin murah. Alhamdulillah takat nih, dah lebih 5 kali aku menjual, semua item aku terjual dengan keuntungan yang berlipat kali ganda kecuali ada satu je tak terjual sebab salah strategi =D. Nie salah satu daripadanya
8. Dapat jumpa cikgu Heliza Helmi setelah lama saya berhajat nak jumpa dia
7. Rezeki bisnes ebay semakin murah. Alhamdulillah takat nih, dah lebih 5 kali aku menjual, semua item aku terjual dengan keuntungan yang berlipat kali ganda kecuali ada satu je tak terjual sebab salah strategi =D. Nie salah satu daripadanya
8. Dapat jumpa cikgu Heliza Helmi setelah lama saya berhajat nak jumpa dia
Sebenarnya, setelah sekian lama dan mula kenal kenalan rapat cikgu, aku selalu fikir dan membayangkan dapat jumpa dengan dia. Alhamdulillah Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan memudahkan aku dapat jumpa dengan cikgu. Bermula daripada berkenalan dengan Ain Ismail yang merupakan peminat cikgu dan agak rapat dengan cikgu sejak yang setahun lalu. Kami berusaha mencari jalan agar dapat pergi ke tempat itu.
Kami janji untuk berjumpa di KL Sentral. Aku daripada Seremban bersama kakak aku. Oleh sebab Ain terlewat, dia pergi lambat dan kami berjanji bertemu di stesen KTM KL Sentral. Segalanya dipermudah Allah, tatkala kami berkejar untuk menaiki LRT, tatkala itu ada LRT yang sampai yang tidak memerlukan kami untuk menunggu, then bila dah sampai kat LRT Ampang Park, terus ada bas yang menunggu untuk ke Ampang Point dan kami terus ke sana dengan menaiki bas itu.
Syukurlah ada bro yang tunjukkan jalan kalau tidak, kami tak tahu nak menghala ke mana.
"Jauh perjalanan, indah permandangan" =D
Alhamdulillah kami sampai di tempat itu pada pukul 10.30pagi, oleh sebab aku dah agak program mesti start lambat jadi aku tak risau sangat hehe
Hampir pukul 12.30 pm tatkala aku ingin pergi ke tandas dengan ain, aku ternampak cikgu. Aku terus terluah,
"Cikgu!"
dengan nada excited huhu Pastu aku terus salam cikgu dan request nk peluk dia,
"Cikgu, nak peluk boleh?"
Cikgu memang sporting, dia dakap aku. happy!! sebab aku memang anak manja, selalu sahaja aku peluk ibu aku.
Nie video gambar program bersama cikgu: Santai Bowling Nisa' Gombak
Rasanya cukup dengan kejayaan yang aku list out di atas untuk testimonial ebook Rahsia Tarikan dan mendengar Audio Hipnosis. Yang lain, biarlah menjadi rahsia aku dan Allah=)
Jangan sampai orang mengumpul rezeki, anda mengumpul alasan untuk lebih berjaya dan kaya.
0 comments:
Post a Comment