Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Aku Dan Masalah Sekecil Zarah
Assignment, projek, lab practical atau lab report pastinya tak pernah renggang dalam meniti kehidupan seorang pelajar. Aku juga antaranya yang terpaksa menghadapi, menyiapkan assignment, lab practical dan projek yang banyak. Sebab?? Aku terlalu manjakan sang malas yang mengakibatkan buah bertangguh dihasilkan. Ujian? Bagi aku ia sebenarnya sekadar gurauan daripada Allah.
Oleh sebab aku terlalu manjakan sang malas, oleh itu, terjadilah kerja yang bertangguh yang mengakibatkan sang timbun bertandang dalam kehidupan aku. Segala ‘kerja sekolah’ berjumlah hampir 4-6 yang perlu dihantar pada minggu depan secara serentak membuatkan hati, iman aku rapuh dan aku mula tertekan. Sebenarnya itu adalah salah aku sendiri yang menyebabkan aku salahkan Allah. Teruk betul aku..aku marah Allah. Apetah lagi, handphone yang aku guna sebagai broadband ke lappy aku masih tidak dapat pulih sehingga kini setelah dihantar baiki sejak awal Ogos yang lalu.
Aku marah kat Allah,
“Kenapalah kau buat aku macam ni?? Tolonglah baiki handphone aku. Kau Maha Penyayang ya Allah”
Aku mengeluh. Di saat itulah aku menilai iman, taqwa dan keikhlasan juga jiwa positif (kononnya) dalam diri aku. Tatkala itulah aku dapat memerhati bahawa iman, taqwa, keikhlasan juga jiwa positif aku masih belum cukup utuh dan kukuh.
Perkara itu membuatkan aku rasa tertekan kerana semuanya perlu dihantar pada minggu depan. Dengan kemudahan internet yang Allah telah tarik membuatkan aku rasa sangat sukar kerana aku hanya boleh meluangkan masa di kampus untuk mencari bahan dan menyimpannya di pendrive. Rasa tak selesa dan kurang menyenangkan untuk buat kerja sekolahku di kampus oleh sebab pelajar yang ramai dan tempat yang kurang selesa.
Perasaan, dan minda yang tertekan membuatkan aku perlukan seseorang untuk aku luahkan rasa ketensionan aku selepas aku berhubung terus dengan Allah untuk meluahkan rasa ketidak puas hatian itu. Lantas, aku memberi sms kepada sahabat kegembiraanku yang mana jika aku bersamanya, ia dapat menambahkan rasa ceria pada hati ini walau tidak seberapa banyak. Yang penting, aku dapat lega untuk ceritakan pada seseorang.
“Asslm, kak, syira tension. Banyak assignment, lab practical kena buat dan hantar L akak kat mne? Nak jumpa. Exam dah habis”
“Dah, adik kat mana?”
“Open lab”
Tidak berapa lama, hampir tidak perasan dia berdekatan, handphoneku berbunyi dan aku ternampak wajahnya di tingkap open lab dan aku keluar bertemunya.
“Kak”..aku bermuram
“Kenapa ni?”
“Assignment, lab prac..hmm semua kena hantar minggu depan. Saya tension la kak. Programming sy lemah. Sy fhm apa soalan tu nak, tapi bila nk convert jadi programming language sy lemah, sy bodoh”..hati sayu mengenangkan diri yang masih tidak mahir dalam programming language walau dariapda mula semester, aku seolah-olah tidak dapat memahami apa-apa. Sukar benar untuk aku memahaminya, Oleh sebab itu, aku bercita-cita untuk menjadi graphic designer rather than programmer.
“Syira tak faham mintalah kawan ajar, tak pon tanya lecturer”
“Hmm..”
“Kesian pulak, tapi akak nak tolong pun tak reti”
“saya sedih la kak. Nape Allah buat saya macam ini”
“Tak baik cakap camtu, seolah-olah salahkan Allah”..padahal aku yang salah sebab aku bertangguh dalam siapkan kerja.
“Handphone saya lagi, dah hampir 3 minggu dah tapi tak siap g, susahlah kak. Segalanya terbengkalai”
“Syira nak guna broadband akak? Akak tak guna pun, syira guna lah. Entahlah, akak jarang guna.kalau perlu, baru akak guna. Syira tak faham, tanyalah kawan, minta kawan ajar. Minta lecturer ajar. Jangan malu untuk tanya. Akak nie, kalau tak faham, cakap je kat sir tu. I cannot understand sir. Nanti dia ajarlah”
“Hmm..baiklah nanti syira tanya kawan”
“jangan malas. Jangan wat kerja last minute g pasnie”..dia memberikan aku nasihat
“Hmm..”
“Kita tudung labuh jangan bagi orang ingat kita ni hanya focus pada dakwah sahaja. Kita kena tunjukkan pada orang, orang bertudung labuh juga pandai dalam akademik. Jangan bagi orang lain merendahkan kita yang bertudung labuh”
“hmm”..hati aku juga pernah memikirkannya. Aku perlu bijaksana dalam akademik di samping berdakwah kerana daripada itulah, orang yang perjuangkan Islam akan disegani dan dihormati. Bukan apa, maksud aku, orang yang berdakwah harus stabil daripada segi ilmu dunia dan akhirat. Jika pendakwah gagal dalam keputusan akademik, mana mungkin orang lain akan hormati betul tak? Oleh sebab itulah, jadi wakil-Nya perlu berilmu daripada segi dunia dan Akhirat.
“Ni ok tak nie? Akak tak dapat nak bantu. Kalau tentang medic boleh lah. Kesian pulak akak tengok. Akak harap akak dapat bantu untuk kurangkan tension syira tu. Jangan sedih sangat. Tanya kawan dan lecturer”
“baiklah”..aku salam, dan peluk dia agar dapat aku lepaskan sedikit beban aku
Beban dan ketensionan aku semakin kurang dengan dapatnya aku luahkan pada dia. Walaupun dia tak membantu aku dalam menyelesaikan assignment aku tetapi aku rasa lega kerana aku punya seseorang untuk mendengar rasa terbeban aku. Lega sedikit.
Lantaran itu, Allah ilhamkan aku agar menyenaraikan segala kerja sekolah yang ada. Dan buat column ‘penyelesaian’…aku senaraikan. Di situ aku dapat lihat, sebenarnya semua itu bukanlah masalah besar namun hanyalah masalah remeh temeh. Apa yang aku perlu buat hanyalah tanya kawan/lecturer, cari bahan dan compilekan. Entah dari mana dan apalah sangat ujian/gurauan Allah pada aku, tetapi aku cepat sahaja melenting padahal itu hanyalah ujian sekecil zarah. Itupun aku dah marahkan-Nya.
“Maafkan aku Allah”
Aku, Sahabat Kegembiraan Dan Sahabat Inspirasi
Petang itu, aku tahu Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) ada buat Pop Kuiz Ramadhan. Jadi oleh sebab aku berkelapangan, aku datang menjenguk bagaimana program itu dijalankan dan kalau-kalau khidmat aku diperlukan. Dengan muka yang muram, aku datang menerpa kepada pimpinan PMI yang ada di situ. Kelihatan banyak kerusi yang tersusun di tempat itu.
Aku melihat siapakah yang ada. Antaranya dia, sahabat inspirasiku. Namun oleh sebab sms yang aku berikannya semalam seperti berikut,
“Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya…oleh sebab itulah, saya sentiasa meminta kata-kata semangat daripada akak namun apakan daya~”
Sms itu yang dia tidak balas membuatkan hati aku tawar untuk menegurnya apetah lagi dengan mood aku yang kurang baik dan berada dalam tekanan ketika itu. Aku tak pandang pun ke arahnya. Melihatkan mereka sedang melipat Risalah Ramadhan untuk edaran pelajar maka aku hanya menerpa ke arah mereka dan membantu tanpa aku pandang wajah sahabat inspirasiku itu.
Aku tawar hati untuk memandangnya. Selesai membantu melipat lalu aku menyendiri ke tempat lain dan menyapa sahabat yang berhampiran di situ. Kelihatan Pop Kuiz Ramadhan untuk finalis sudah bermula. Lantas aku duduk sahaja berjauhan daripada sahabat inspirasi dan melihat.
Hatiku ketika itu rasa yang aku perlu beredar namun aku menyedari selepas mereka tamat program nanti, pasti khidmat aku diperlukan untuk mengemaskan tempat itu terutamanya menyusun kerusi yang banyak disusun di situ. Oleh sebab itu, aku duduk sahaja di situ sambil mengambil gambar situasi ketika itu kerana aku bertanggungjawab dalam mengambil gambar setiap program PMI.
Aku hanya memandang sayu ke arah sahabat inspirasi. Hajat hati aku ingin meluahkan kebimbangan dan ketensionan aku kepadanya namun hati yang tawar melupakan hajat itu. Allah itu Maha Mendengar, tidak lama kemudian, di kala aku termenung, tetiba,
“Syira, sini..” dia menunjukkan kerusi meminta aku duduk berdekatannya
Hati aku gembira namun masih dalam kemuraman lantas aku duduk berhampirannya.
“Syira tension ye?”
Aku tak tahu macam mana dia tahu. Aku pelik dalam masa yang sama aku gembira seolah-olah dia ambil berat tentang aku yang mana aku sangat hargai kerana siapa yang tak gembira andai sahabat yang kita sayangi mengambil berat tentang kita. Mungkin dia boleh mengagak daripada ekspressi mukaku yang membuatnya bertanya begitu padaku.
“Huh? Hmm..”
Diam sebentar.
“Banyak assignment, lab prac kena hantar. Saya tension lah kak”
Oleh sebab ketika itu Pop Kuiz Ramadhan masih belum tamat,
“Tunggu kejap ye. Akak bagi formulanya. Ada caranya”
“Baiklah”
Lantas aku tunggu dia menyelesaikan.
Seusai Pop Kuiz Ramadhan tamat, aku hanya memerhati dia dengan sahabat yang kelihatan akrab dan seolah-olah dia gembira bersamanya. Hati ini sedikit cemburu kerana aku tak dapat menjadi kegembiraan (Insyirah) pada dirinya yang membuat dia sentiasa tersenyum. Sakit? Ya, hati aku sakit.
Entah mengapa. Oleh sebab itu, aku pandang ke tempat lain untuk mengubati hati aku yang sakit itu. Tidak sepatutnya aku berasa begitu. Bukan apa, aku Cuma berharap aku dapat menjadi pengukir senyuman dan penyumbang kegembiraan pada dirinya namun aku tak berjaya mencapai cita-cita itu.
Setelah segalanya telah selesai dikemas, aku dapat duduk berdekatan dengannya, meluangkan masa dengannya. Dapat berbual sebentar dengannya sementara tunggu waktu mesyuaratku pada pukul 5 petang untuk program jadi committee untuk berbuka puasa bersama anak-anak yatim di MSU yang akan berlangsung pada hari Khamis depan.
“Insyirah janganlah tension. Buat satu-satu. Nak kena hantar bila?”
“Minggu depan”
“Ha lama lagi”
“tapi banyak kot”..aku bermuram
“Syira perlukan mentor untuk buat assignment tu sebab syira tak faham”
“Abis tu kena tunggu dia free dulu lah untuk buat assignment tu”…mungkin dia ingat mentor itu adalah mentor yang ibarat ibu bapa kami di MSU a.k.a ibu/bapa angkat di kampus.
“Bukan, syira perlukan kawan untuk buat assignment tu sebab syira tak faham. Programming..hmm”
“Oh..berapa assignment yang perlukan mentor? Yang lain tu?”
“Ada 4. Yang lain satu je. Cam statistic tu boleh lah syira buat tapi programming, syira tak reti.”
“Takpe, buat perlahan-perlahan. Balik ni syira rehat”
“Pasni ada meeting. Petang ni kan buka puasa sama dengan pimpinan?”
“Oh..takpe, buat perlahan-perlahan. Satu-satu. Jangan fikir semua sekali. Selesaikan satu-satu. Bacalah surah Al-Insyirah 9 kali”…itulah antara nasihatnya padaku. Aduh, tak teringat aku untuk membaca surah namaku sendiri. insyaAllah aku akan amalkan apetah lagi ia adalah daripada dia, sahabat yang aku sayangi yang memberikan nasihat. Pasti aku sangat menghargainya.
“Jangan tension”
“Hmm..baiklah”
Selepas itu aku dapat mendengar dia berbual dengan sahabat yang berdekatan kami tentang dia mempunyai sakit kepala sejak tingkatan 4. Katanya,
“kalau saya gelak-gelak dengan kawan, tak rasa tapi bila saya berseorangan, sakit kepala tu mesti datang. Saya tak makan ubat”…sebenarnya dia guna ‘saya’ as nama dia namun sengaja aku gantikan dengan saya
Setelah selesai berbual, dia dan sahabat lain mengundurkan diri untuk usrah pimpinan PMI. Tinggallah aku berseorangan di situ.
“Baca Surah Al-Insyirah 9 kali. Jangan tension-tension. Banyakkan rehat”
“Cakap orang, dia tu”…sengaja aku perkatakan sebegitu kerana dia sendiri kadang kala tidak menjaga kesihatan dirinya
“Orang cakap sebab tak nak dia kena cam kita kan kak”..katanya pada sahabatnya
Hati gembira kerana dapat aku rasakan keprihatinannya pada aku
“Terima kasih Allah”
Sebelum dia pergi, seperti biasa aku sengaja ingin salam dan peluk dia untuk mengekspresikan kasih sayangku padanya. Apetah lagi apabila aku mengingati bahawa aku harus maximize spend time dengan dia kerana semester itulah semester terakhirnya yang akan memisahkan jasad kami.
Antara pesanan dia yang aku ingat hatta ketika aku sedang menaip artikel ini pun,
“Gunakan masa dengan berkualiti”..yang meresap ke dalam hati. Di kala aku ingin on9 facebook aku akan ingat dua perkara, satu yang dia cakapkan iaitu,
“Gunakan masa dengan berkualiti”
Dan nasihat daripada sahabat kegembiraanku,
“Online facebook bila bosan”
P/s: sahabat inspirasi dan sahabat kegembiraan adalah orang yang berbeza.
Sahabat inspirasi adalah sahabat (kakak) yang mana dia menjadi idola pada diri aku untuk jadi seperti dia, sopan, lemah lembut, menjaga imej, berfikiran luas mengenai perjuangan untuk agama Islam sebelum aku menjadikan Sumayyah Khayyat dan Rabiatul Adawiyah sebagai idola utama.
“Mulakan dengan serendah-rendah level untuk jadikan idola. Apabila dapat jadi seperti dia, barulah aku upgrade untuk jadi sehebat Sumayyah Khayyat dan Rabiatul Adawiyah”..itu pemikiran dan pandangan aku
Aku juga sangat dan sentiasa mengharapkan kata-kata semangat daripada sahabat inspirasi kerana aku fikirkan ayat ini,
“Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya”
Oleh sebab kasih sayangku padanya lah yang akan membuat aku sentiasa bersemangat dan sentiasa hadam segala apa yang dia cakap, nasihat dan amalkan hatta sekecil zarah pun, akan aku cerna agar apa yang dia cakap benar-benar aku hayati dan amalkan.
Itulah kuasa kasih sayang.
Sahabat kegembiraan adalah sahabat (kakak) yang mana apabila aku bersamanya akan membuat aku berasa senang dan gembira apabila bersamanya. Dialah yang menjadi tempat aku meluahkan segala masalah, perasaan sakit, terasa hati dan segalanyalah. Aku lebih selesa untuk meluahkan padanya berbanding sahabat inspirasi kerana dia kelihatan lebih menghargai aku dan jarang sekali dia abaikan aku sebab aku suka bermanja dengan dia ^_^ kakak memang terbaik hehe
Aku Dan ‘Keluarga Yang Damai’
Setelah selesai mesyuarat berbuka puasa dengan anak yatim, aku menuju ke tempat berlangsungnya perjumpaan bersama pimpinan PMI. Oleh sebab aku juga sahabat Unit Media PMI (UM PMI) yang berkhidmat di bawah PMI mendapat jemputan untuk berbuka puasa bersama mereka. Nampaknya hanya aku dan seorang sahabat UM PMI yang dapat menghadirinya. Sahabat UM PMI yang lain tidak dapat hadir oleh sebab keletihan kerana ada yang baru sahaja menghadiri Konvoi Merdeka anjuran MSU ke sekolah menengah berdekatan dan balai polis serta balai bomba.
Jadi aku dan sahabatku, yang ibarat abang dalam masa yang sama ketua untuk UM PMI sahaja yang dapat pergi jemputan berbuka puasa bersama pimpinan PMI.
Teringat 2-3 bulan yang lalu aku pernah berniat agar dapat rapat dengan pimpinan khasnya muslimah PMI kerana di kala aku melihat gambar pimpinan dalam group PMI, aku sangat cemburu dengan keakraban mereka dan aku sangat berharap aku dapat rapat dengan mereka sebegitu.
Alhamdulillah doaku didengar dan dimakbulkan Allah. Allah banyak permudah dan memberi aku peluang dan ruang sehingga kini agar aku dapat menguatkan ukhwah dengan mereka khasnya muslimah PMI. Bukan aku berniat untuk dapat jawatan cuma aku sangat berharap aku dapat rapat, menguatkan ukhwah dengan muslimah PMI agar aku tak cemburu kerana aku dapat dan berjaya untuk menjadi salah seorang dalam ukhwah yang sangat kuat itu.
“Terima kasih Allah, aku sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada ukhwah yang utuh dan kukuh itu”
Aku baru sahaja mengenal PMI pada bulan Januari 2011 dan daripada situlah aku melihat segala program yang pernah PMI buat namun aku pelik kenapa selama ini aku tak sedar akan kehadiran PMI dalam hidupku namun bagi aku, tiada istilah terlambat kerana Allah tetap pertemu dan bukakan mata hari aku agar menyedari tentang PMI dan Alhamdulillah daripada mula-mula kenal PMI, aku mula upgrade masuk usrah, program-program Islamik dan PMI, berubah mula bertudung labuh setelah mendapat kekuatan dan rangsangan serta dorongan daripada sahabat-sahabat yang aku kenal dalam PMI.
Aku tak tahu jika ada antara mereka yang menyedari dan gembira dengan perubahan aku daripada gadis biasa ke gadis bertudung labuh namun aku gembira apabila diri aku diselimuti tudung labuh. Rasa seperti berada dalam pelukan Allah melindungi maruah dan tubuhku daripada menaikkan nafsu syahwat si adam yang merapuhkan iman mereka. Kasihan mereka, kerana hawa yang mendedahkan aurat, mereka terpaksa berjihad dengan nafsu syahwat mereka.
Daripada niat aku yang mula-mula dululah, setelah transformasi diri, Allah semakin permudahkan aku dapat menjadi salah seorang daripada Unit Media PMI yang turut merupakan unit yang terpenting dalam PMI yang berperanan membuat design poster, profile picture facebook, video montaj dan bahan-bahan pengiklanan lain untuk program-program PMI.
Nikmat ini yang pada aku sangat besar kerana antara beribu pelajar MSU, Allah pilih aku sebagai salah seorang yang dapat menjadi sebahagian daripada gerakan dakwah yang mana banyak memberi aku kesedaran tentang perlunya aku perjuangkan agama Islam dalam kehidupan seharian aku berbanding kehidupan aku sebelum ini yang kosong.
“Terima kasih Allah. Terima kasih sangat-sangat”
Petang itu, kami adakan usrah terlebih dahulu sebelum bergerak ke tempat berbuka puasa. Sebenarnya usrah itu adalah usrah mingguan untuk pimpinan PMI namun oleh sebab kami, Unit Media PMI dijemput untuk berbuka puasa bersama maka kami pun turut dapat mendengar usrah. Tajuk pada hari itu adalah tajwid yang mana sangat menarik minat aku kerana …hehe
Alhamdulillah, dan terima kasih pada Allah kerana dapat aku menambah ilmu tentang tajwid. Sememangnya perkara begitu sangat perlu diulang kaji namun biasalah manusia itu mudah lupa sebab itulah sentiasa perlu diingatkan.
Seusai usrah, kami berbuka puasa sekadar mengalas perut, menunaikan solat Maghrib dan bergerak ke tempat berbuka puasa yang tidak jauh daripada kampus. Oleh sebab aku suka meluangkan masa bersama sahabat kegembiraan dengan motornya, lantas, aku tumpang motornya ke tempat itu.
“Best naik motor”
Tak lama lepas itu, rupanya sahabat inspirasi aku juga turut menumpangkan sahabat lain menaiki motornya.
“Rugi pulak aku tak dapat naik motor dengan dia. Kak, saya nak naik motor dengan kak tu”
“Pergilah, pergi tukar”
“Tak pelah”
Lantas, kami bervroom ke tempat berbuka puasa. Di kala itu makanan telahpun sampai. Kami menunggu sahabat muslimah yang lain sampai dan mula menjamu selera. Aku gembira kerana Allah buat aku dapat duduk sebelah sahabat inspirasi. Walau aku belum sempat request tetapi Allah dah permudahkan pun. Baikkan Allah? Dia sangat memahami aku. ^_^
Terlihat sahabat lain mengeluarkan kek batik,
“Wah..kek batik!”
Kek batik kegemaranku turut menjadi santapan berbuka puasa.
“Ha..ni. Insyirah suka kek batik kan”..sahabat inspirasi berkata padaku
“Hee.”
“Habiskan..”
“Memang aku sangat suka kek batik, harap sangat sahabat inspirasi buatkan tetapi tidak mengapalah, sahabat lain buat pun jadilah asalkan dapat makanan. Dia pandai buat kek batik. Suka aku makan”
Aku segera menyelesaikan makanan aku dan makan kek batik.
“Banyak betul budak ni makan”..sahabat inspirasi menegurku
Aku hanya tersenyum. Masa itu aku ambil kesempatan untuk mengambil gambar dan video yang menjadi hobi aku agar apabila aku melihat semua gambar dan video itu, aku pasti akan merindui saat itu suatu hari nanti apetah lagi apabila sahabat inspirasi pergi praktikal pada bulan 11 nanti. Walau sedih, aku perlu redha.
Banyak juga gambar aku bersama sahabat inspirasi tak kurang juga bersama sahabat kegembiraanku. Aku suka ambil video kerana aku dapat mendengar suaranya. Suka aku melihat telatahnya apabila dia tahu aku mengambil videonya.
“Hoi”
Aku hanya tergelak melihat dia berkata begitu. Lucu aku rasakan dan terhibur hati aku melihatnya. Hajat untuk suapkan dia makan nampaknya tak kesampaian tetapi tidak mengapa tidak begitu kecewa. Di kala aku duduk bersamanya, aku dapat lebih mengenali apa yang dia suka dan tak suka.
Allah itu Maha Mendengar kan? Jadi, setelah selesai berbuka puasa, Allah permudahkan aku dapat naik motor dengan dia. Wah..ape lagi, gembira hati aku..hehe
“Terima kasih Allah”
Laju dia bawak
“Dulu, syira pernah katakana akak bawak skema kan”
Aku hanya tergelak. Teringat aku di waktu dia menghantarku ke KTM dahulu, dia terlalu takut untuk mencelah kereta-kereta untuk sampai ke depan trafik,
“Akak nie skema la”
“Maaf kak klu terasa”..aku tersenyum
Habis dia rempit laju ke surau berdekatan untuk kami tunaikan solat Isyak dan solat Terawih berimamkan pimpinan PMI sendiri kerana surau itu tidak digunakan (ada hikmahnya juga). Terkejut aku sebab aku belum bersedia lagi, dia telahpun memacu laju nasib baik aku tak terpelanting. Haha
Seusai solat Isyak dan Terawih kami adakan perjumpaan sekali lagi sebelum majlis tamat. Salah seorang pimpinan PMI akan memulakan peperiksaan akhir sem dan pergi praktikal, oleh sebab itu, sebelum majls berakhir, kami adakan makan-makan kecil yang mana makanannya berupa kek Big Apple (Mewah u~~ huhu sedap-sedap..favourite ku..dah lama tak makan kek mahal + sedap camtu)
“Terima kasih Allah”
Aku tertarik pada ayat sahabat itu, Firdaus namanya.
“Apabila saya kenal PMI, dapat masuk pimpinan PMI, saya dapat rasakan suasana keluarga yang damai, baru saya rasakan pengisian pada jiwa ini berbanding sebelum ini sejak Julai 2009. Pergi kelas, balik kelas. Macam tak de pape.”
“Keluarga yang damai”
Aku sangat tertarik pada ayat itu yang mana aku turut merasakannnya. Sejak aku kenal PMI, aku juga turut merasakan perkara yang sama, aku rasa jiwa aku sentiasa terisi, walau aku sangat penat untuk gerakan dakwah tetapi penat itu sesuatu penat yang memuaskan hati aku dan aku tak rasa mengeluh pun sebab aku gembira dengan penat itu kerana penat itu adalah kerana aku gunakan di jalan Allah.
Kalau dulu, sebelum ini, macam Firdaus cakap,
“Pergi kelas, balik kelas”
Aku pasti ada juga antara mereka yang merasakan perkara yang sama yang mana apabila mereka dekat dengan PMI, mereka rasa keluarga yang damai dan pengisian pada jiwa mereka. Seronok! Aku sangat gembira kerana aku dapat menjadi saksi kepada kemanisan ukwah fillah dan menjadi sebahagian keluarga yang damai ini. Aku juga rasa bertuah kerana aku masih setia bersama mereka, sebab ketika itu baru ku sedar sahabat seunitku sudah pun pulang meninggalkan aku. Jadi tinggallah aku berseorang yang bukan daripada golongan pimpinan PMI. Namun aku sangat gembira kerana aku dapat merapatkan ukhwah dengan mereka. Menjadi saksi pada kemanisan dan keindahan ukhwah fillah dan merasai keluarga yang damai.
“Terima kasih Allah”
Alhamdulillah, ketika balik pada malam itu pun, aku dapat menumpang motor sahabat inspirasi ke kolej kediaman (rumah sewa). Gembira aku sepanjang malam itu.
Di kala pulang, setelah membersihkan diri. Ada ilham yang Allah berikan padaku. Aku meneliti apa yang jadi pada aku hari ini. Daripada tekanan yang aku hadapi pagi tadi hingga malam ini. Allah sering memberi aku bahagia. Walau pagi tadi seolah-olah aku marah Dia, tetapi masih Dia berbuat baik dengan aku, sesungguhnya Dia Maha Baik dan Maha Lembut pada hamba-Nya.
Aku muhasabah diri aku. Bertafakur. Hati aku sayu secara tiba-tiba. Aku rasa aku tak layak jadi hamba-Nya. Aku tak layak nak hidup di dunia-Nya kerana aku bukan hamba-Nya yang baik namun masih, Dia beri aku bahagia. Aku marah Dia tetapi Dia mudahkan aku dapat rapat, luangkan masa dengan sahabat inspirasi, sahabat kegembiraan, muslimah PMI dan berpeluang merasai ‘keluarga yang damai’.
Baikkan Allah pada aku?? Namun aku melihat diri aku. Ujian yang sebenarnya gurauan Dia padaku pun aku dah melenting seolah-olah gurauan Dia sangat besar padahal hanya sekecil zarah malah sebenarnya lebih kecil daripada zarah. Dia selalu permudahkan aku agar dapat peluang spend time dengan sahabat inspirasi, sahabat kegembiraan, dan muslimah PMI namun aku jarang berusaha pertahankan kesedaran aku pada-Nya. Apabila aku susah terutamanya, aku lebih banyak ingat Dia namun apabila aku dapat spend time dengan sahabat inspirasi, sahabat kegembiraan dan muslimah PMI, aku lupakan Dia. Bila aku berseorangan, barulah aku ingat Dia balik.
Betapa aku bukanlah hamba-Nya yang baik. Aku tak layak hidup kat dunia-Nya namun Allah itu Maha Baik, Maha Lembut Pada Hamba-Nya, sebab itu Dia tetap berbuat baik pada aku walaupun aku lupakan Dia, aku marah Dia. MasyaAllah.
“Maafkan aku ya Allah”
Pagi tadi aku tension, tetapi menjelang malam, Allah gembirakan aku dengan memberi aku peluang agar aku dapat rapatkan diri dengan sahabat inspirasi dan yang besar nikmatnya, menjadi sebahagian daripada saksi ‘keluarga yang damai’.
“Maafkan aku ya Allah. Maafkan atas kekhilafanku memarahi-Mu pagi tadi. Kau sering membuatku bahagia, di kala aku sakit kerana sahabat inspirasi, Kau buat dia dekat dengan aku. Di saat aku tension, Kau gembirakan aku dengan dapat spend time dengan sahabat inspirasi. Ada sahaja yang Kau buat untuk gembirakan aku namun masih, aku tak berusaha untuk mengingati dan menyedari-Mu setiap saat. Ajarkan aku ya Allah, Aku mohon ajarkan aku berzikir kepada-Mu, beribadah kepada-Mu dengan baik dan menyedari-Mu setiap saat”
“Terima kasih ya Allah atas semua ini. Terima kasih sangat-sangat. Sesungguhnya Kau sering memberiku bahagia. Terima kasih atas pendekatan yang Kau berikan agar aku dapat bersama sahabat inspirasiku”
0 comments:
Post a Comment