Pages

16 Aug 2011

Hati ini ingin sekali..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Entah kenapa, hati aku rasa kosong. Satu kekurangan aku rasakan dalam diri aku. Aku ada segalanya cuma aku rasa aku kekurangan sesuatu. Cinta-Nya. Ya, cinta-Nya yang membuatkan aku rasa kosong pada jiwa.

Si dia tidak lagi aku terlalu fikirkan. Kadang-kadang sahaja dia bertandang di lubuk hati tetapi oleh sebab aku kuatkan diri agar aku jauh daripada sesuatu yang membuat kami dekat membuahkan hasil yang cinta terhadapnya semakin pudar dalam hati ini. Alhamdulillah. Syukurlah, jika tidak, ia mungkin menggangguku saban hari.

Hati ini sayu sekali. Entah kenapa. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Ada sahaja ketika aku berseorangan hatta di keramaian membuatkan aku menangis dan syahdu dengan sendirinya.

Hati ini..
Ingin sekali meluangkan masa bersama sahabat inspirasi untuk berbuka puasa dan berterawih bersama-sama

Hati ini..
Rindu sekali meluangkan masa bersama sahabat kegembiraanku (tak sama dengan sahabat inspirasi) untuk berbuka puasa dan berterawih bersama-sama

Hati ini..
Ingin sekali berjumpa dengan kakak inspirasiku, kak Hana. Entah mana perginya. Panggilan juga sms yang aku hantar tidak lagi berjawab. Sejak bulan 6 aku memburunya, aku tak tahu kenapa. Apa salahku hingga dia tidak membalas dan menghubungi aku. Aku terlalu rindukannya. Aku rindu kata-kata semangat daripadanya. Tatkala aku jatuh, dia yang bangun dan kuatkan aku dengan kata-kata hikmahnya yang sangat memberi inspirasi pada diri ini.

Dia sering melayan kerenah aku walau sesibuk mana. Pasti dia akan mencari waktu, meluangkan masa untuk bercakap dengan aku. Tak pernah dia abaikan melainkan tidak sengaja terlepas pandang sms, mesejku di FB. FB sahajalah tempat aku bertemu dengannya setelah dua tahun kami tidak bertemu.

Banyak kali aku berhajat untuk menemuinya namun sehingga kini, Allah masih belum meluluskan permohonanku agar dapat bertemu dengan-Nya. Aku sangat berharap tidak lama lagi aku dapat bertemu dengannya. Aku rindu padanya. Sangat rindu. Amat berharap sekali jika aku mempunyai kakak kandung sepertinya. Rajin sekali dia melayan kemanjaan aku seperti seorang adik yang suka bermanja dengannya. Aku suka dan gembira dengan layanan padaku.

Namun aku tidak memahami kenapa dia tidak lagi sudi menerima dan menjawab panggilanku. Sudah lama aku memburunya namun masih tiada apa-apa tanda. Gambarnya di hp dan penanda bukuku sering menjadi tatapan tatkala aku rindu padanya.

Hati ini..
Ingin sekali pergi ke tempat sunyi agar aku dapat asyik bermunajat dengan-Nya. Di mana di situ tiada manusia yang akan menggangguku tatkala aku syahdu untuk mengalirkan air mata kerana-Nya. Satu tempat yang aku bebas untuk menangis semahu-mahunya tanpa sesiapapun yang akan mengganggu. Aku bebas menangis, mengadu pada-Nya atas apa perkara sekalipun, yang tidak bisa aku bicarakan pada manusia.


0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites