Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dahulu, aku rasa susah nak rapat dengan muslimah (gadis bertudung labuh). Aku tak tahu kenapa tetapi bisikan nuraniku suka benar melihat mereka yang bertudung labuh. Menenangkan mata yang memandang. Sejuk dan tenang rasanya.
Sedikit demi sedikit aku cuba merapati mereka di kampusku melalui penyertaanku dalam Persatuan Mahasiswa Islam, MSU. Pada mulanya aku rasa dipinggir mungkin kerana aku yang baru sahaja mereka kenal. Namun begitu, setelah aku mula aktif, sertai usrah dan bergiat aktif dalam program PMI, aku dapat merapatkan diri dengan mereka.
Masihku teringat sehingga sahabat inspirasiku dahulu agak rimas dengan aku kerana aku terlalu begitu ingin mendekatinya. Salah aku juga kerana keobsesan aku untuk bersahabat dengan muslimah yang menjadi impianku untuk mempunyai sahabat solehah. Namun lama kelamaan, aku mula cuba memahami dia. Mengawal keobsesanku untuk mempunyai sahabat solehah.
Pada aku, sebenarnya jika ingin rapat dengan mereka, kita yang perlu mendekatkan diri dengan mereka bukan tunggu mereka rapat dengan kita kerana mungkin pada mereka, mereka lebih selesa untuk bersama dengan sahabat sefikrah. Oleh sebab itu, agak sukar untuk berasa selesa bersama dengan orang yang tidak kelihatan sefikrah dengan mereka. Orang selalu menyangka,
“Bukankah yang tudung labuh tu patut dekat dengan orang yang bertudung biasa hatta yang tidak bertudung sekalipun?”
Pada pendapat aku,
“ya memang betul tetapi jika mereka tidak selesa bersama orang yang bertudung biasa adalah lebih baik mereka bersama dengan sahabat sefikrah. Sebaliknya orang yang bertudung biasa juga yang tidak bertudung harus juga memainkan peranan agar berusaha untuk mendekati mereka”
Maksud aku di sini adalah kedua-dua pihak saling memainkan peranan agar saling mendekati dan merapati. Ibarat seperti kita yang harus merapati para ulama’ atau pensyarah untuk mempelajari ilmu bukan dia yang datang pada kita. Jadi, jika kita mahukan momentum posifit/soleh/solehah, cubalah untuk merapati mereka. Walau pada mulanya, kita akan rasa diperlu/dipinggir/terasing namun percayalah anda akan mula memahami mereka tatkala anda dapat rapat dengan mereka dan mereka berasa selesa untuk bersama anda.
Aku menilai diri aku selama ini, daripada seorang yang bertudung biasa kepada tudung labuh adalah kerana aku berazam agar aku dapat membina ukhwah yang kuat dengan mereka dan Alhamdulillah dengan kemudahan, peluang dan ruang serta kelulusan daripada-Nya aku dapat rapat dengan mereka membina ukhwah yang utuh, kukuh dan sangat menyenangkan yang juga mentransformasi diri ini ke arah yang lebih baik. Dari sehari ke sehari, aku dapat perkara baru yang aku belajar daripada mereka.
1 comments:
alhamdulillah..dulu pon mengalami konflik yg sama, tp sekarang step by step dh paham approach mcm mana yg boleh digunakan.nice entry ^_^
Post a Comment