Pages

14 Aug 2011

Hyundai Coupe, Sahabat Dan Qiyam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi yang telah memberi aku kenangan yang cukup indah buat dua hari ini. Walaupun masanya singkat namun terlalu banyak kenangan yang aku dapat lakarkan bersama sahabat-sahabat di MSU.


Islamic Circle, Sahabat Dan Sakit?
Pada waktu tengah hari pada hari Jumaat biasanya aku menghadiri Islamic Circle (IC) anjuran Persatuan Mahasiswa Islam (PMIMSU) daripada pukul 12-2pm. Setelah tamat kelas pada pukul 11am aku bersiar-siar di MSU keseorangan untuk mencari tempat yang sesuai aku duduk sementara tunggu Islamic Circle . By the way, Islamic Circle adalah satu program yang dianjurkan khas untuk rapatkan hubungan antara muslimat sama ada non-muslim atau muslim dalam MSU. Ia seolah-olah seperti usrah tetapi ada keunikan tersendiri yang tak aku ungkapkan tetapi ianya lain daripada usrah.


Oleh sebab rakan sekelas aku semuanya sudah beransur pulang jadi aku spend time berseorangan. Setelah sampai waktunya, aku menuju ke tingkat 5 untuk menghadiri program itu. Ku lihat masih tiada yang sedang persiapkan kelas untuk perjumpaan itu. Tidak lama kemudian, ada sahabat yang kelolakan IC. Jadi aku turuti dia untuk persiapkan kelas untuk perjumpaan itu. Kami mencari kelas yang kosong. Tidak lama kemudian sahabat inspirasi yang turut kelolakan IC datang dan meminta kami berpindah ke kelas yang lebih luas.

Alhamdulillah dapat kelas kosong yang lebih luas dan selesa. Aku membantu dia mengalihkan meja untuk memberi  ruang kosong bagi perjumpaan itu. Senang aku melihatnya. Sahabat inspirasi katakan. Aku tak kisah kalau dia minta bantuan apa-apa pun, insyaAllah dengan kudrat yang aku miliki  akanku bantunya.

Kerusi telahpun disusun kemas untuk ahli IC yang akan datang sebentar lagi. Hajat hati ingin menegur untuk berbual dengannya namun muka muram yang terlakar di wajahnya membuatkan aku membiarkan dia berseorangan. Lantas aku berbual dengan sahabat lain yang telah sampai.

Sampainya seorang sahabat yang kelihatan rapat dengan sahabat inspirasi, dia melakarkan senyuman dan kelihatan gurauan yang mesra antara mereka.

“Dup!”

Sakit. Mungkin? Aku tak tahu kenapa, tetapi hati aku rasa sakit lantas aku keluar mencari ketenangan diri. Entahlah, apa masalah aku pun tak tahu. Mungkin kerana aku tak dapat menjadi pendorong kegembiraan pada dirinya. Namun aku akui kelemahan diri. Dirinya mempunyai banyak pilihan untuk ambil sebagai sahabatnya. Mungkin orang lain juga seperti aku, ingin menjadi sahabatnya yang rapat. Kelemahan yang banyak pada diriku menyedarkan aku tak layak untuk tempat itu. Pemandangan daripada balkoni tingkat 5 menjurus ke arah kolam membuat aku sedarkan Allah.

“Allah, aku sakit.”
“Aku tak tahu kenapa Allah tetapi aku rasa sakit”
“Namun, aku tak mahu mengharapkan apa-apa daripadanya. Aku cuma ingin mencintai sahabat kerana-Mu kerana itu akan membuatkan mendapat kemuliaan di sisi-Mu. Sesungguhnya kemuliaan di sisi-Mu lebih penting daripada mendapat kemuliaan di sisi dia”

Bak kata pepatah,

“Jika seseorang itu membalas cintamu, kamu sangat beruntung. Jika seseorang itu melebih cintamu apdanya, kamu sangat bertuah. Namun jika cintamu tidak dibalas, jangan berasa kecewa kerana mungkin cintamu diletakkan pada orang yang salah”

Dengan inspirasi daripada ayat itu, aku cuma menenangkan dan menguatkan hati.

“Jangan harapkan apa-apa Insyirah, impikan kemuliaan di sisi Allah atas mencintai sahabat kerana Allah kerana itu yang akan menolongmu di Akhirat kelak”

Tidak lama kemudian, oleh sebab Allah tahu aku berduka, Dia hadirkan sahabat kegembiraanku yang mana dialah antara sahabat yang aku rapat. Bersamanya membuatkan aku gembira dan senyuman mampu dilakarkan tatkala aku bertemu dengannya.

Lantas, kami bersama ke kelas untuk perjumpaan IC. Aku duduk bersebelahan dengan sahabat kegembiraanku yang memberikan aku momentum kegembiraan terutamaanya di saat aku perlukan kekuatan agar aku mampu gembirakan diri.

Aku merakam segala bicara a.k.a tazkirah yang diberikan sahabat inspirasi. Sengaja aku tidak mahu memandangnya kerana sakit yang masih berbaki dalam diri. Walaupun begitu, aku masih merakam mukanya hanya melalui handphone.

Aku suka rakam video dan tangkap gambar yang hanya akan menjadi rakaman peribadi aku untuk aku tatap di kala dia telah pergi nanti untuk praktikal. Setelah dia tamat belajar, aku akan compilekan semua video dan gambar dan jadikan satu  video lengkap. Semua tentangnya untuk aku sahaja yang menatapnya bagi melepaskan rinduku padanya.


Setelah tamat tazkirah, sahabat inspirasi dan sahabatnya ingin memperkenalkan satu tarian yang mana padaku tarian itu menarik dan menyeronokkan. Itulah kelainan yang terdapat dalam Islamic Circle. Bukan hanya sekadar pengisian rohani tetapi ada jua aktiviti menarik untuk merapatkan ukhwah. Rugi aku tidak dapat rakam saat itu kerana ku juga turut menyertainya. Namun apa yang pasti, gembira! J Hati yang berduka tadi dapat aku lenyapkan untuk seketika.


Aku hanya melihat dia pergi dengan pandangan yang semakin kabur daripada penglihatan aku tatkala dia pergi meninggalkan kelas itu untuk menghadiri kelasnya di waktu petang. Aku pula bergerak pulang ke rumah sewa bersama sahabat sebangunan. Buku tebal bidang perubatan yang kelihatan berat pada mataku membuatkan aku ingin mengangkatnya bagi meringankan bebannya. Sahabat itu bertubuh kecil dan rendah memutikkan rasa simpati dan comel pada hatiku. Oleh sebab itu, aku bawakan buku itu sehingga kami sampai di rumah tingkatnya.

Aku tak tahu kenapa, kadang-kadang orang boleh kata,

“Dia tu saje je rapat sebab nak jawatan”
“Dia tu saja je tolong sebab nak jawatan”
“Dia tu saje berlagak baik sebab nak jawatan”

Manusia itu bebas berkata-kata namun biarlah hanya aku dan Allah yang tahu rahsia hatiku. Kalau aku cakap,

“Mana ada. Biasa sahaja. Tak de maknanya”

Dan sebagainya,masih manusia itu akan terus berbicara. Walau apapun aku maafkan segala bicara buruk itu.

“Jangan dicemari Ramadhan yang mulia dengan amalan yang tak sesuai. Kita harus semarakkan Ramadhan dengan akhlak yang mulia seiring dengan Ramadhan, bulan yang mulia”


Andai anda fahami, berbuat baik kepada orang tanpa mengharapkan balasan itu sebenarnya sangat best, menyeronokkan dan akan terasa manis jika hati itu positif dan hanya mengharapkan keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah. Sebab kemuliaan di sisi manusia itu tidak akan membantu kita di Akhirat. Oleh sebab itu, berfikirlah untuk manfaat yang lebih berguna. Dunia ini sementara, kalau dapat kemuliaan di sisi manusia kat dunia je tetapi kalau kita aim untuk kemuliaan di sisi Allah insyaAllah dapat dan berguna untuk bekalan di Akhirat kelak.

Kalau anda tanya,

“Bagaimana nak positifkan hati?”

Ada satu je amalan yang saya buat,

“Baca selawat SEBELUM minum”

Cuba nilai diri anda sebelum amalkan dan lihatlah sendiri impaknya apabila mencapai sebulan hingga tiga bulan. Saya pasti ada kelainan yang anda rasakan berbanding diri anda yang sebelum itu. Cubalah ;) Selamat beramal!

Aku Dan Hyundai Coupe
Petang itu aku akan ke KL untuk Iftar bersama Dr. Mahathir anjuran PERKIM. Aku ni suka menyibukkan diri ke program-program luar. Apetah lagi iftar, makan percuma J Jadi aku persiapkan diri pada pukul 4 petang dan bergerak ke MSU untuk berkumpul. Alhamdulillah ada sahabat yang sudi tumpangkan aku ke MSU, dia meletakkan keretanya di Tesco. Aku keluar dan berjalan bersama mereka ke masjid MSU. Sepanjang itu aku ternampak,

“Pehh~~ Mewah. Hyundai Coupe. Siapalah agaknya pemiliknya”

Nie yang interest nih. ^_^

Seusai solat Asar, kami bergerak ke Tesco kerana kereta para sahabat ada terutamanya sahabat yang memberi aku tumpang ke Iftar by PERKIM. Aku berjalan menyusuri mereka. Oleh sebab baru kenal, aku janggal untuk berbual mesra. Kami berhenti di Hyundai Coupe. Aku terkejut.

“Dia punya ke?? Pehh! Kaya”

Aku menyusuri sahabat untuk masuk dalam kereta tu.

“Gilalah, gempak!!”

Almaklumlah aku bukan orang kaya yang selalu naik kereta mewah seperti itu. Jadi aku jakun jugalah naik kereta tu. Melihatkan pada kereta itu aku bertanyakan background keluarganya. Ayahnya merupakan seorang doctor manakala ibunya pula seseorang dalam DBKL. Mungkin orang penting.

Aku duduk diam dalam kereta yang mewah itu. Oleh sebab ada sahabat yang masih belum sampai, jadi kami tunggu dia terlebih itu. Setelah dia datang, kami bertolak. Dalam jem yang ‘lebat’, dia menyusuri kereta sahabat lain. Kami pergi dengan dua kereta. Kancil dan Hyundai Coupe (HC).

Dalam perjalanan, HC cuba mengikuti Kancil. Alhamdulillah walau dengan jem yang lebat. Namun begitu, sampai satu masa oleh sebab kami berlepas daripada tol terlebih dahulu oleh sebab dia memakai smart tag, kami tersalah masuk laluan.

“Allah tidak akan mengaturkan sesuatu yang sia-sia untuk hamba-Nya”

Masuk laluan itu, membuatkan kami menjauh daripada mereka, Kancil. Apakan daya, jalan yang jem dan tiada pilihan laluan yang lain, membuatkan kami harus melalui laluan itu agar dapat menyusuri ke Jalan Semarak, KL untuk iftar anjuran PERKIM. Namun dalam perjalanan itu pasti ada hikmahnya. 3 sahabat yang ada dapat mengetahui sedikit demi sedikit tentang background pemandu Hyundai Coupe daripada segi sekolah rendah, sekolah menengah, tempat selalu hang out, tempat makanan yang sedap dan rumah dia. Jadi, aku dapatlah sedikit demi sedikit tentang dia.

“Oh, dia begini, begini dan begini”

Lebih kurang sesi taa’ruf lah juga. Itulah agaknya hikmah kami tersalah jalan, bagus kan Allah ^_^

Alhamdulillah, walau hampir berbuka puasa kami dapat sampai ke destinasi. Sahabat yang datang di situ sangat ramai. Setelah kami berempat yang baru sampai berbuka dengan kurma, aku dan sahabat lain pergi menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu.

“Ramainya”

Kelihatan muslimin yang berada berdekatan surau wanita sangat ramai lantas memutikkan perasaan malu dalam diri ini untuk melalui laluan itu. Namun ada seorang muslimin yang menunjukkan jalan yang lebih mudah dan asing daripada laluan itu.

“Bagusnya budak ni”

Padat. Sangat padat muslimat dalam surau itu. Wuduk yang masih berbaki ke atas jasad ini memudahkan aku untuk terus menunaikan solat Maghrib. Setelah itu, aku dan sahabat ,menuju ke meja kami untuk makan. Kelihatan pemandu Kancil dan sahabatnya telah selesai makan. Kini, giliran kami pula.

“SubhanAllah. Banyaknya juadah. Rambang mata aku macam ni”

Oleh sebab aku kelaparan, rasa macam nak makan semua je juadah itu namun oleh sebab ramai yang beratur aku mulakan dengan mengambil laksa yang merupakan makanan kegemaranku.

“Sedapnya. Alhamdulillah”

Setelah itu aku beratur untuk makan ABC. Majoriti adalah muslimin yang beratur. Jadi aku berwaspada kalau-kalau tubuhku berlaga dengan mereka apetah lagi, ruang kosong yang ada sangat minima. Dalam pada itu, aku melihat sesuatu yang menarik pandanganku. Kelihatan pasangan muda yang sudah berkahwin mengambil makanan untuk dikongsi bersama.

“Romantiknya”

Padaku, pasangan yang sudah berkahwin itu dapat dikenal pasti. Apetah lagi aku melihat mereka adalah pasangan soleh dan solehah kerana lelakinya yang kelihatan wara’ dan isterinya yang kelihatan bertudung labuh.
Alhamdulillah, dapat aku menikmati ABC huhu Selepas selesai menikmati makanan yang bermacam jenis, kami mula bertolak untuk pulang. Oh ya, yang best sana ramai sahabat solehah dan calon soleh (astagfirullah al azim haha) tetapi harus menjaga mata dan hati agar tidak dinodai dengan cinta dunia.


Aku, Sahabat Pulang Daripada PERKIM
Aku naik kereta Kancil pula ketika pulang. Hyundai Coupe pulang lambat. Seperti biasa kami mengikuti jalan mengikut signboard. Perjalanan yang ada, kami masing-masing hanyut dalam lamunan sendiri. Sampai satu persimpangan, oleh sebab pemandu mungkin keletihan, dia hampir menyimpang ke laluan lain. Lantas, kami bernasib baik kerana sahabat di sebelah menyedarkannya. Hampir dilanggar divider namun dengan skillnya dapat dijauhkan. Kelakar sebab dia seolah-olah kelam kabut. Tak baik sungguh aku gelakkan dia. Haha Maaf sahabat ^_^ keletihan kot, sebab tu hampir tak perasan.

Alhamdulillah sampai kami ke destinasi, seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Kami dahulukan menghantar sahabat di depan dan kemudian, barulah tiba giliran aku dan sahabat yang sama kediaman. Sekali lagi oleh sebab keletihan, Kancil dipandu ternaik ke tepi jalan.

“Allahu akbar, rabun malam”

Aku hanya tertawa terbahak-bahak melihatkan kerenah sahabat di sebelah (ketika itu aku dah ganti sahabat lain untuk duduk di hadapan).

“Oh syira gelak eh.”
“Tengoklah nanti, kita kerjakan dia”..sahabat lain berkata

Aku hanya ketawa terbahak-bahak. Kelakar dan menghiburkan. Terubat duka yang berbaki.

“Terima kasih Allah”

Setelah itu, tibalah giliran aku dan sahabat setempat dihantar

“Terima kasih kak”..sengaja aku ambil sekali begnya

“Eh bak balik tu”

Hehe

“Hati-hati memandu. Assalammualaikum”


Aku Dan Qiyam
Setelah aku dan sahabat bersiap ke MSU untuk program qiyamulail anjuran PMI MSU, kami bertolak berjalan kaki di bawah jambatan. Gelap. Namun Alhamdulillah selamat sampai. Kelihatan daripada bawah, ruang muslimat seperti tiada orang. Rupanya ada setelah kami menjenguk di atas. Mereka sedang bersesi Taa’ruf sahabat-sahabat yang hadir untuk program qiyam. Lantas aku dan sahabat menyertainya dan aku memulakan sesi merakam menggunkan Sony Ericcson T707 (nak juga =.=”,  ^_^) Alhamdulillah mikrofon dalaman dan gambar video itu ok dan terang dengan apa yang diperkatakan oleh sahabat-sahabat ketika bertaa’ruf kerana jarak kami agak jauh. Di kala mereka memperkenalkan diri, aku shoot ke arah mereka agar mikrofon dapat menangkap apa yang mereka cakapkan. Nasib baik dengar.

Mataku meliar mencari sekujur tubuh yang aku harapkan namun hampa, dia takde.

“Dia datang sekejap lagi”

Tidak lama beberapa minit kemudian, dia datang. Hati tersenyum. Lega. Kami akhiri sesi taa’ruf dengan surah Al-Mulk. Alhamdulillah ramai juga yang menyertai program malam itu. Lebih kurang 20 orang. Setelah itu, kami diberikan masa untuk melakukan apa-apa aktiviti. Ambil waktu sendiri untuk berbuat apa.

Niat hati ingin spend time bersama dengannya malam itu. Namun aku memahami, masa yang ada tidak seharusnya digunakan dengan sia-sia. Aku perlu memahami dia mahu beribadah dengan membaca Al-Quran, berzikir dan bersendirian. Ingatkan nak ajak dia menyambung tadarrus tetapi tidak mengapalah.

Sudahku khabar aku ingin tidur berdekatannya pada malam itu. Seperti mood, seorang adik tidur dengan kakak. Sebegitulah aku ingin tidur berdekatannya untuk merasai tidur bersama seorang kakak, apetah lagi dia adalah kakak inspirasiku. Ketika itu, aku melihat keadaan seperti Allah tidak akan luluskan permohonan aku. Hati aku mula berduka, dan kecewa. Lantas aku ambil ruang yang paling hujung untuk aku bersendirian, sedarkan Allah dan mengadu padanya yang aku berduka.

Mata yang mengantuk membuatkan aku berbaring sebentar dengan telekung sebagai alas kepala. Namun hati mendesak agar bangun. Entah kenapa. Aku sedih kerana seakan-akan aku tak dapat tidur berhampirannya pada malam itu.

“Bersederhana Insyirah. Jangan terlalu obses. Rilex”

Allah adalah tempat aku mengadu saat aku berduka tentangnya dan aku tahu Dia dekat. Dekat dengan diri ini. Itu sangat terbukti di kala aku mengasing diri di hujung masjid,

“Siapa tu? Insyirah!”
“Insyirah”..kedengaran suara memanggilku

Lantas, ku hadapkan badan dan mataku ke arah suara itu. Dia, sahabat inspirasi rupanya yang memanggil aku. Lihatlah bagaimana aku tahu aku berduka kerananya, lantas pasti dia akan gembirakan aku. Lihatlah. Sekejap je aku ngadu kat Dia yang aku berduka kerananya then Dia buat sahabat inspirasiku memanggilku.

Gembira. ^_^ lantas aku datang ke arahnya.

“Marilah makan”
“Makan popia basah tak?”
“Makan”..aku menjawab

Kami makan bersama dengan sahabat lain yang akrab dengan dia. Sahabat itu yang menyuapkan aku potongan popia basah walaupun aku harap dia yang suapkan. Tidak mengapalah asalkan Allah dah beri aku peluang dan ruang untuk aku dapat spend time dengan dia.

“Terima kasih Allah”

Allah SELALU berikan aku kegembiraan saat aku berduka kerana sahabat inspirasi. Di saat aku berduka, akan ada sesuatu yang terjadi pada aku yang buatkan aku dapat spend time dengan sahabat inspirasi pada ketika itu. Benarlah Allah itu dekat andai kita sedar dan fahami.

Sekejap sahaja aku cakap kat Allah bahawa aku berduka sebab macam aku tak dapat tidur berdekatannya ketika itu, lantas Allah terus buat aku dapat spend time dengan dia pada masa itu.

“SubhanaAllah”

Seusai makan popia aku berus gigi sebelum tidur. Sebelum keluar ke tandas, aku terserempak dengan dia,

“Kakak, saya nak tidur dengan kakak”
“Tidurlah”..ringkas jawapannya

Setelah aku ke tandas, aku masih lihat dia menemankan teman serumahnya untuk makan nasi kepunyaan temannya itu yang berbaki. Lantas, aku sengaja duduk bersama dengannya untuk turut sama menemani teman serumahnya yang aku turut rapat dengannya.

“Insyirah pergilah tidur dahulu, akak tidur dekat dengan beg akak. Pergi tidur dahulu”

Seakan dia memahami, aku terus membaringkan diri di sana. Sekejap aku terbangun, menyedarkan tubuhnya yang masih tidak kelihatan berdekatan di sisi. Selepas beberapa minit kemudian dapat aku rasakan tubuhnya berada di sebelah kerana kedengaran zip begnya ditutup.

Beberapa minit kemudian, aku tersedar semula. Ku amati wajahnya. Gembira kerana aku dapat tidur berdekatan dengannya. Allah itu Maha Mendengar.

“Terima kasih Allah”


Setelah hampir pukul 4 pagi, aku dikejutkan. Begitu juga dia dan sahabat lain, kami prepare untuk berqiyam. Adapun di bilik air, di kala aku membuka pintu untuk ke ruang wuduk, terkejut wajahnya ku lihat tatkala itu. Aku hanya tersenyum

Mata yang sangat mengantuk menspoiltkan qiyamku pagi itu. Tak dapat aku berusaha yang terbaik. Namun diusahakan aja.^_^ demi kekasih Yang Tercinta.

Ketika sahur, aku menunggunya untuk sahur bersama namun kehadiranku seperti invisibleman membuatkan aku mengasingkan diri. Sekali lagi. Duka membuatkan aku mengadu semula pada Allah.

Sekujur tubuhnya berhadapanku membuat hati ini tersentap. Namun aku kuatkan sahaja hati ini kerana teringat pepatah,

“Bercintalah kerana Allah untuk mendapat kemuliaan di sisi Allah bukan kemuliaan di sisi manusia”

“Mencintai sahabat kerana Allah”

Makanan sahur yang ada aku suapkan sahaja di mulut ini walau hanya roti berinti kaya dan berinti sardine bersama minuman teh o. Alhamdulillah kenyang. Kek lapis juga membuka selera tekak ini.

Aku rasa duka tengok tubuhnya di hadapanku apabila dia hanya lebih berbual mesra bersama sahabat yang kelihatan akrab dengannya. Lantaran itu membuatkan aku mengundurkan diri dan duduk berdekatan sahabat kegembiraanku. Kelihatan mereka asyik bergelak ketawa. Bersama sahabat kegembiraanku sangat membuatkan aku rasa gembira dan menjadi pengubat duka aku terhadapnya.

Ketawa aku melihat kerenah mereka.

“Syira habiskanlah roti sardin tu. Penat akak wat sampai tak tidur”
“Akak wat ke?”
“Takpe, takpe meh sini syira habiskan”

Tersenyum dia tengok aku makan lantas aku turut tersenyum. Oleh sebab itu adalah buatan istimewa daripada sahabat kegembiraanku maka aku habiskan sahaja kerana tidaklah begitu banyak yang tinggal. Hanya seulas dan yang tinggal hanyalah roti berinti kaya.

“Huhh, makan, makan. Suami soleh, suami soleh”

Kami menyakat sahabat lain yang sedang memegang 1 ulas setengah roti sardine dan inti kaya. Tergelak aku melihat mereka. Terhibur hati aku yang lara.

Setelah hampir selesai, kami spend time bersama sekejap sementara menunggu sahabat lain menghabiskan rotinya sambil menyakatnya. Ku lihat sahabat inspirasi mula merapati kelompok kami dan turut sama menyertai sakatan itu. Aku gembira. Lihatlah bagaimana Allah berikan aku bahagia. Kalau tadi aku berduka kerana kehadiranku untuk turut sama menyertainya bersahur di invisiblekan tetapi selepas itu, Allah buat dia yang mendekati aku. (Dekatlah juga sebab dia ada bersama kelompok aku dan sahabat kegembiraanku) Setelah selesai semua makanan dihabiskan Cuma yang tinggal kek lapis. Sahabat lain sengaja menyakat aku

“Insyirah pergi hantar ini pada muslimin”
“Insyirah pergilah, Insyirah kan berani”

Lantas aku hantarkan sahaja kek lapis yang masih berbaki ke tempat muslimin bersahur tanpa memandang muka mereka dan terus kembali kea rah kelompok sahabat kegembiraan.

“Saje je sakat saya, kakak buli saya”..mereka hanya tergelak termasuk sahabat inspirasi setelah aku kembali ke arah mereka. Hatiku tersenyum

Setelah itu aku bantu mereka mengemaskan apa yang patut. Ingin menunggu sahabat inspirasi untuk naik bersama namun tidak mengapalah, dia hanya jauh di belakang beberapa meter membantu sahabat mengangkat barang ke atas.

Setelah kami selesai solat Subuh, ada kuliah Subuh akan diadakan di tempat muslimin. Ustaz itu sangat menghiburkan. Tazkirah yang dia bagi pun tidak membosankan malah menyegarkan kami yang kengantukan. Kelihatan sahabat inspirasiku tiada.

“Dia pergi mana?”..ku tanyakan pada sahabat kegembiraanku
“Dia balik kot, sebab dia pinjam motor akak”

Aku amati sahaja kuliah itu walau tanpanya. Kami banyak gelak ketawa walau kengantukan. Tidak beberapa lama ku toleh, sekujur tubuh yang aku kenali. Dia telahpun datang kembali. Barangkali tukar tudungnya kerana kelihatan dia menggunakan tudung yang berlainan.

Setelah kuliah berakhir, kami naik semula ke tempat muslimat untuk sesi bersalaman dan MENARI!! ^_^ a.k.a bersenam ringan di waktu pagi. Sambil berselawat, kami bersalaman, terserlah keeratan ukhwah kami dengan bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain. Bertambah erat rasanya.

Selepas itu, kami mulakan tarian ringkas idea sahabat yang rapat dengan sahabat inspirasiku.  Best! Sangat Best. Seronok! Aku tidak turut serta kerana aku ambil video mereka. Alhamdulillah semuanya ada pasangan masing-masing kecuali aku. Tidak mengapa kerana aku dapat merakam video ketika mereka menari.

Di kala aku merakam dia, sahabat inspirasiku,
“Hoi, jangan lama-lama, kalih-kalih”

Aku hanya tergelak. Dia malu dirinya yang sedang menari dirakam. Kelakar aku melihatnya juga sahabat lain. Ada sahaja yang lucu terjadi semasa aktiviti tarian itu dijalankan. Selesai. Semua sudah beransur pulang. Sebelum itu, aku juga sahabat lain membantu dia melipat telekung muslimat untuk dibasuh. Sebelum pulang, aku akan bersalam dan memeluknya seperti biasa. Sayang. Sayang aku rasakan di kala aku memeluknya. Hati tersenyum.

“Terima kasih Allah”

Allah itu sentiasa mempermudah dan memberi aku peluang dan ruang agar semester terakhirnya ini, aku dapat spend time dengan dia. Allah sentiasa memberi aku peluang itu. Dia sentiasa luluskan permohonan aku untuk maximize spend time dengan dia. Ada sahaja setelah aku berduka sekejap kerananya, Allah akan buatkan sesuatu yang terjadi agar aku dapat gembira dengannya. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites