Pages

1 Aug 2011

Allah Ajar Aku Erti Redha Dengan Ketentuan-Nya Pada Sahabat Inspirasi

Assalammualaikum. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Sengaja aku mainkan lagu Hakikat Bahagia – UNIC, lagu kegemaran kakak inspirasiku berulang kali semasa aku mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan sewal 9 pagi esok. Sayu. Sayu bila aku fikirkan dia akan pergi selepas tamat belajar di MSU bulan 10 nanti.

Namun Bengkel Jiwa Positif Jiwa Bahagia menyedarkan aku perlu redha dengan ketentuan-Nya, pasti ada hikmahnya kerana Allah tidak akan memberikan sesuatu yang sia-sia. Dengan redhalah aku akan bahagia di dunia. Redha dan pasrah. Allah kan lebih Mengetahui daripada kita. Mana mungkin Dia akan berikan kita sesuatu yang sia-sia, pasti ada hikmah atas segala ketentuan-Nya.

Baru sahaja petang tadi aku hantar sahabat seusrahku yang  telah pun tamat belajar di MSU. Walau aku tak rapat dengan dia namun hati aku rasa sayu dan sebak bila nak hantar dia ke kereta dan tatap wajahnya buat kali terakhir ketika itu. Dia hanya minta kawan-kawannya hantar sampai tangga begitu juga dengan aku. Namun hati aku mendesak,

“Pergi kepada dia, Insyirah. Dakaplah dia. Mungkin itulah dakapan terakhir yang dapat kau berikan pada dia”

Dengan hati yang mendesak, ilham daripada Allah, aku menggerakkan kaki menuju ke arahnya. Aku tak mahu menyesal kerana aku tak dapat nak ekspresikan kasih sayang aku padanya melalui dakapan seorang sahabat terhadap sahabat yang disayangi. Aku pernah merasakan penyesalan itu dan oleh sebab itu, aku tak mahu ia berulang lagi. Pedih. Satu penyesalan dan kesilapan dalam hidup aku. Bak kata En. Fuad,

“Just Do It” ..tetapi haruslah yang bersandarkan kebaikan dan Allah SAHAJA

Jadi, masa yang ada ini, insyaAllah aku akan gunakan semanfaatnya untuk memaniskan ukhwah dengan kakak inspirasiku agar aku berpuas hati dan bersenang hati sebelum dia pergi praktikal kerana aku dapat ekspresikan kasih sayang aku semaximize mungkin spend time dengan dia dalam masa yang masih berbaki ini.

Kak Hana? Hmm~ masih kehilangan. Namun tidak mengapa, pasti ada hikmahnya. Aku masih menunggu dia kembali dalam hidup aku setelah sekian lama. Aku cuma harap dia tidak menyimpan perasaan negatif pada aku kalau-kalau aku pernah lukakan hati dia. Mungkin juga sebab itu dia tidak jawab panggilan dan mesej aku.

“Syira tetap akan tunggu kakak dan terima serta maafkan kakak biarpun kakak telah tinggalkan saya walau berapa lama sekalipun kerana syira perlukan kakak sepertimu yang syira inspirasi serta semangat dan yang paling penting sentiasa nasihat syira dengan mengembalikan syira agar ingat pada Allah. Itulah ciri-ciri penasihat yang baik yang syira sangat suka untuk bersama, berkawan dan berkongsi cerita dengan kakak. Syira rindukan kak Hana, syira perlukan kakak. Cepatlah kembali dalam hidup syira. Tanpa kakak Syira sunyi dengan nasihat yang memberi inspirasi dan semangat baru dalam hidup syira.”

“Dengan redha dan pasrah yang seiring dengan Sunnatullah + ketentuan Allah lah kita akan bahagia kerana kita faham benar dengan ketentuan Allah. Kita sedar Allah ingin memberitahu kita tentang sesuatu. Allah itu lebih Mengetahui daripada yang kita tahu. Mana mungkin bahagia di Akhirat jika dunia tidak bahagia.”

1 comments:

Azmeer Ahmad said...

Assalamu'alaikum.nak tanya skit.soalan ni mmg x dak kaitan dgn tjuk di ats.cma skit sja la.msu ok x? dari segi fasiliti,yuran,kolej,kebajikan plajar2. terima kasih

Post a Comment

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

Bookmark Us!

Add To DeliciousAdd To DiggAdd To FacebookAdd To StumbleuponAdd To RedditAdd To TechnoratiAdd To More Social Bookmark Sites