Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..
Aminah Qutb
"Bukan harta yang ku perlukan...bukan keturunan yang menjadi keutamaan.. bukan paras rupa yang ku idamkan...tetapi kejelasan agama dan semangat juangmu dalam menegakkan agamaNya itu yang kudambakan...kerana itu, baitulmuslim yang dibina tidak akan sia-sia dalam melahirkan pejuang di jalanNya...diriku ibarat rusuk yang rapuh dan bengkok, perlu berhati-hati untuk meluruskanya...lantaran itu, jgnlah kau hadir utk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki, jgn juga mengugut dengan paruh berbisa...hadirlah dengan tulus ikhlas di hati bersama-sama cinta Ilahi...antara kita perlu sentiasa perbaiki diri...diriku tidaklah semulia Khadijah, sehebat Aisyah, sekuat Asiah, setabah Fatimah.. aku hanya wanita akhir zaman yang berusaha menjadi wanita solehah.."
_Mencintai dan Dicintai Kerana Allah_
0 comments:
Post a Comment