Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tika orang lain diuji, dia cuba menenangkan orang lain, dia cuba menggembirakan orang lain agar mereka berasa ringan dengan ujian-Nya tetapi dikala dia diuji, tiada sesiapa yang berada di sampingnya. Apabila dia bersuara cuba meluahkan, manusia hanya tahu berburuk sangka berbanding memahaminya. Dia perlukan perhatian.
Tangisan terlerai setitis demi setitis di bawah sinaran bulan yang mengambang. Dia perlukan seseorang tetapi dia tidak tahu siapa orang itu. Hanya Allah sebaik tempat mengadu. Andai Allah muncul di hadapannya, dia ingin sekali memeluk Allah, tuhannya.
"Allah, aku tidak kuat, aku lemah tanpa daya dan pertolongan-Mu. Tolong aku ya Allah. Tabahkan hatiku. Kuatkan semangatku menempuh ujian, mujahadah ini. Aku rasa terbeban ya Allah"
Pasti dia berasa lega jika dapat memeluk-Nya, namun ia hanyalah khayalan tetapi dia yakin dan percaya Allah mendengar rintihannya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.
Manusia ibarat tin kosong, apabila jatuh, bergerak akan terus berbunyi. Kalau diluahkan, disalah sangka, kalau tak diluah ambil hati. Lebih baik diam dan menyembunyikan.
Di kala hati dan fikirannya dirundum kegelisahan, pelukan sahabat lama datang menenangkan walau hanya beberapa saat tetapi dia rasa sangat lega berpelukan bersamanya. Lapang hatinya menerima pertemuan sahabat lama apetah lagi apabila dia dalam keresahan seribu satu fikiran yang menerpa.
Ibu..dia rindukan ibunya. Dia rindukan pelukan masakan ibunya. Dia rindu pada rumahnya. Dia rindukan pelukan ibu. Saat gelisah ini pelukan ibunya sangat diperlukan agar memberikan kelapangan pada fikiran dan hatinya yang gundah gulana. Mahu diluah, dia risau ibunya akan menyalah erti perasaannya namun ibu tidak patut dipersalah kerana tidak memahami jiwa remajanya.
Hanya tangisan buat penawar sementara dan akan terus mengalir sehingga beban di hati dan fikiran terlerai apabila tiba masanya. Amanah pimpinan menambah keresahan pada jiwanya. Rasa tak terpikul dengan amanah itu namun wajib dipegang demi Islam agamanya, sebagai penghargaan pada nikmat Yang Maha Esa. Hanya itu yang akan membuat hidupnya beerti dan bermakna.
"Demi Islam, Demi agama Allah, Aku wajib memikulnya tanpa pilihan."
Ingin sekali dia meluahkan semua ini pada seseorang tetapi dia tidak tahu siapa. Hanya Allah yang bermain di hati dan fikirannya, segalanya hanya diluahkan kepada Yang Maha Mengerti isi hati hamba-Nya.
"Ya Allah, aku mohon agar diberikan ketabahan dan kekuatan menempuh ujian-Mu yang sangat ringan ini jika dibandingkan dengan ujian hamba-Mu yang lain. Redhakanlah hati ini menerimanya dengan hati yang terbuka dan tenang. Tenang menerima ketentuan-Mu kerana sesungguhnya Kau tidak membebani hamba-Mu untuk sesuatu yang tidak mereka mampu."
---------- Segala kopi pasta adalah dibenarkan dengan meletakkan backlink ke blog ini. Jazakallahu khairan. Copyright © 2011
0 comments:
Post a Comment